Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada kawan-kawan Angkatan Muda di semua peringkat dan juga para pengundi di Bahagian Jasin. Untuk kali ini, di bahagian Jasin, saya telah sediakan beberapa keping banner ucapan Selamat Tahun Baru Cina yang disertakan gambar para pimpinan iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Dr Syed Husin Ali.
Saya telah meminta Setiausaha Bahagian, Puan Mahani Masban untuk mendapatkan permit penggantungan. Beliau maklum pada saya kesukaran dan halangan yang beliau terpaksa hadapi untuk mendapatkan permit tersebut. Setelah berusaha selama 3 hari, barulah berjaya dilakukan. Kadang-kadang saya geleng kepala apabila mengenangkan tindakan pemerintah yang senantiasa menyekat proses demokrasi daripada disuburkan hatta sehingga “trauma” apabila melihat banner tersebut.
Karut memang karut,tapi itulah realitinya di Malaysia…
Makin hari makin karut!
Sdr Sam,semoga konsisten dengan blog baru ini!
malaysia boleh!!!
askum sam kg tehel tu kg sebelah bini aku…ramai sedara mara aku kat situ…juga di area paya bemban…bila nak buat pogram kat n9…
selamat tahun baru