Fokus Pada Anwar, Bukan Pada Jawatan!

 

Meskipun Kongres Tahunan KeADILan bakal berlangsung pada bulan Mei depan, bahangnya sudah terasa seawal hari ini. Dalam pada kita mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan pilihanraya yang hanya menanti ilham PM untuk diadakan, KeADILan juga dalam proses memperkemaskan kepimpinan dan jentera parti apabila dalam kongres akan datang juga akan dilangsungkan pemilihan parti. Kita tidak seperti Umno, yang seringkali menangguhkan amalan demokrasi dalaman mereka apabila tiba waktu pilihanraya. KeADILan tegar dan tegas untuk melaksanakan amalan demokrasi yang kekal menjadi mauduk utama perjuangan meski terpaksa berhadapan dengan cabaran kecil pemilihan.

Saya terpanggil untuk memberikan pandangan memandangkan terdapat kepelbagaian pendekatan ketika mana parti yang muda ini ghairah untuk mempraktikkan amalan demokrasi. Di suatu sisi, ada pandangan yang menyatakan bahawa amalan muafakat tanpa pertandingan dan mungkin juga tanpa pencalonan yang pelbagai mesti menjadi keutamaan pada tahap ini. Muafakat juga demokratik kata mereka. Saya juga cenderung untuk bersetuju dengan pandangan ini. Asasnya ialah prinsip syura seperti yang dinukilkan di dalam Al-Quran yang menggalakkan kita bermesyuarah, wa amruhum syura bainahum. Alasan utama pandangan ini ialah bagi mengelakkan bibit perpecahan yang lebih besar di dalam parti.

Di dalam masa yang sama pandangan yang menyatakan bahawa pesta (kalau boleh saya gunakan istilah ini) demokrasi mesti kelihatan di dalam parti yang komited dengan agenda perubahan khususnya di dalam usaha memperbaiki sistem dan amalan demokrasi di Malaysia juga tidak boleh disisihkan. Ada kebenaran dan niat yang murni bagi kumpulan yang mendokong sisi pandangan ini. Saya teringat salah satu bab di dalam buku karangan Wilfred Madelung, The Succession of Muhammad yang menceritakan bagaimana beberapa pencalonan telah dibuat semasa perbincangan Sahifah Bani Saadah untuk memilih Khalifah baru selepas wafatnya Nabi Muhammad S.A.W. walaupun Baginda Rasul seolah-olah telah menunjuk pengganti beliau iaitu Abu Bakar As-Siddiq.

Walau apapun pertandingan (contestation) pandangan, pada hemat saya, Kongres kali ini perlu menjadi titik tolak keADILan untuk melangkah lebih berani. Persoalannya bagaimana ? Saya beriltizam menggerakkan seluruh kekuatan Angkatan Muda untuk menobatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden keADILan dan juga mendesak Kerajaan agar beliau dibenarkan untuk bertanding dalam pilihanraya umum yang akan datang. Saya tegas menyatakan, ini wajar menjadi fokus utama kongres parti akan datang. Bukan bermakna menafikan amalan dan semangat demokrasi di dalam parti, tetapi adalah lebih penting bagi kita untuk meletakkan keADILan di landasan yang tepat dengan kemudinya dipegang secara serius oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dengan penyertaan beliau sebagai Presiden, pastinya keyakinan ahli dan rakyat Malaysia akan bertambah dan suasana/ambience ini akan memperhebatkan lagi keADILan untuk berhadapan dengan Umno/BN dalam Pilihanraya Umum akan datang. Mengikut urutan fiqh keutamaan, di dalam keadaan sokongan rakyat kian memuncak kepada keADILan dan perubahan politik, perkara ini yang wajar kita tekankan, bukannya ghairah untuk merebut jawatan di dalam parti.

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

6 thoughts on “Fokus Pada Anwar, Bukan Pada Jawatan!”

  1. Samsul oh Samsul! Masih mahu bermain dengan retorika. Sudah terang lagi bersuluh apa hajat saudara! Cuma satu pesanan…. ahli dan rakyat dah muak dengan politiking ala UMNO. Jgn terjerat dgn kata-kata sendiri.

  2. Fokus pada Dato Seri Anwar Ibrahim dan pilihanraya bukan hanya retorika politik. Di dalam keadaan negara hilang kepimpinan seorang Perdana Menteri, kehadiran dan kebolehan Anwar mesti dimanfaatkan oleh seluruh rakyat Malaysia. Hajat saya hanya satu, ingin menjadikan negara ini, baldatun toiyyibatun warabbun ghafur.

  3. sdr…

    bijak 2…kamu betul2 macam umno lain cakap depan lain buat belakang…chai kamu yang bersepah kini….hantar amir sari ke png bertemu bahagian – bahagian itu ape citer?

  4. Sdr AMK, jawapan Sdr Amir Sari dgn sendirinya menjawab pertanyaan Sdr.
    kita jangan galakkan penggunaan blog untuk tujuan penyebaran fitnah. Di dalam mana-mana pemilihan termasuk pemilihan parti, kempen bukannya satu perlakuan dosa. Yang perlu kita galakkan ialah kempen secara sihat dan beradab. Cuma saya mengajak para pemimpin untuk tidak lari daripada fokus perjuangan demi rakyat iaitu mengangkat Anwar Ibrahim sebagai pemimpin nombor wahid negara ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: