Malaysiakini: Samy Vellu Diberi 7 Hari Lagi

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (AMPKR) hari ini memberi lanjutan tempoh tujuh hari lagi kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu untuk mendedahkan semua perjanjian konsesi lebuhraya seperti yang dijanjikannya.

Sebelum ini, pergerakan itu memberi tempoh seminggu, yang berakhir hari ini, kepada Presiden MIC itu untuk berbuat demikian. Perkara itu dinyatakan oleh Naib Ketua AMPKR, S Manikavasagam, selepas pemangku Ketuanya, Shamsul Iskandar Md Akin menyerahkan memorandum kepada Samy Vellu di pejabat menteri berkenaan di Kuala Lumpur pagi ini.

Katanya, jika menteri itu masih membisu, pihaknya akan membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) supaya menyiasat Samy Vellu.

“Saya minta beliau usah hanya pandai bercakap, kami mahu beliau mendedahkannya untuk pengetahuan orang ramai. Lihat AMPKR, apabila kami bercakap kami buktikan,” katanya.

‘Buat sindiran’

Sementara itu, Shamsul Iskandar berkata, sehingga hari ini, Samy Vellu belum mendedahkannya kepada awam perjanjian konsesi tersebut seperti yang dijanjikannya dan dilaporkan oleh akhbar tempatan baru-baru ini.

“Sebaliknya beliau lebih suka membuat sindiran kepada PKR. Ini bermakna beliau mahu lari dari isu sebenarnya.

“Datuk Seri Samy Vellu tidak perlu bermain kata-kata untuk menutup kecurigaan dengan mengaitkan perjanjian tersebut dengan kabinet mahupun undang-undang Akta Rahsia Rasmi,” katanya.

Memorandum yang diserahkan pagi tadi, telah diterima oleh Setiausaha Akhbar Menteri Kerja Raya, A Sivabalan. Hadir sama ialah Naib Ketua AMPKR – S Manikavasagam dan Sharifah Shahidah Syed Kamaruzaman – serta Ketua Penerangan AMPKR, Latheeffa Koya.

Shamsul Iskandar berkata, dua pendedahan berkaitan perjanjian tol Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART) dan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) yang dibuat oleh AMPKR dan pembangkang, meunjukkan ia jelas tidak memberi keuntungan kepada rakyat mahupun kerajaan.

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s