AMK Kesal Menteri Saran Penulis Blog Didaftarkan

Angkatan Muda KeADILan (AMK) kesal sekali dengan Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor yang menyarankan supaya penulis blog di Malaysia didaftarkan.

Kami kesal kerana ini menunjukkan Timbalan Menteri Kementerian sendiri mempunyai pemahaman yang begitu cetek sekali tentang teknologi komunikasi.AMK juga hampa dengan niat di sebalik cadangan ini, iaitu untuk menumpaskan suara rakyat dan mencabuli hak rakyat untuk bersuara berkenaan isu-isu kepentingan rakyat, khasnya dalam masa menjelang Pilihanraya Umum.

Kami berpendapat bahawa cadangan ini berasal dari rasa takut di kalangan kerajaan kerana penulis-penulis blog telah berjaya mendedahkan kemerosotan dan kerakusan yang berleluasa dalam kerajaan Barisan Nasional.

Ini termasuk tuduhan-tuduhan rasuah dalam hal pembelian kapal selam Scorpene, jet Sukhoi dan kapalterbang terbaru kerajaan, kuasa Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri membebaskan tahanan di bawah Ordinan Darurat dan peruntukan RM 600 million yang akhirnya menguntungkan ketua-ketua bahagian Umno.

Dengan contoh-contoh tersebut, sudah tentu kerajaan akan cuba mengambil langkah untuk mendiamkan rakyat daripada menyebarkan kebenaran mengenai penindasan kerajaan Barisan Nasional.

Komen-komen Datuk Shaziman juga pasti akan mengakibatkan rasa tidak yakin di kalangan pengguna internet untuk mengguna perkhidmatan ‘hosting’ yang bertapak di Malaysia serta menggurangkan nombor pengguna yang mengguna domain yang berakhir dengan “.my”. Ini seterusnya melemahkan industri internet di Malaysia.

AMK mendesak kerajaan supaya tidak menapis internet dan mengekalkan kebebasan internet.

Shamsul Iskandar
Pemangku Ketua
Angkatan Muda KeADILan

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s