semalam saya turut berceramah bersama Tan Sri Khalid Ibrahim, Bendahari Agung keADILan di Hutan Percha sempena kempen pilihanraya kecil DUN Machap yang akan berlangsung 3 hari lagi. kehadiran yang amat memberangsangkan menunjukkan segala dakyah BN melalui propaganda media mereka tidak memberikan kesan ke atas kesedaran rakyat di Machap.
Saya menegaskan di dalam ucapan saya semalam yang Machap perlu menjadi medan rakyat untuk menilai dan membalas setiap penderitaan mereka hasil daripada percaturan dasar songsang yang dilaksanakan oleh BN. inilah ruang yang perlu dimanfaatkan oleh segenap lapisan masyarakat di Machap untuk menunjukkan protes mereka, dan manifestasi rakyat Malaysia keseluruhannya atas kesusahan rakyat selama ini di bawah pentabdiran Pak Lah khususnya.
Saya menyelar tindakan Datuk Wira Mohd Rustam yang mengatakan bahawa isu-isu yang ditegaskan oleh pembangkang adalah isu-isu lapuk dan basi.saya ingin bertanya pada rakyat, apakah kenaikan harga minyak isu basi? apakah derita rakyat menghabiskan duit untuk membayar tol itu isu basi? apakah inflasi yang disebabkan kenaikan harga minyak yang tak kunjung surut itu isu basi? apakah mendedahkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa di kalangan penjawat awam, pimpinan kerajaan malahan calon BN sendiri itu isu basi?
Sedih! Wahai Ali Rustam yang budiman, janganlah mengarut lagi!
Mereka makin pening, rakyat semakin sedar!