Pilihanraya Kecil DUN Ijok 28hb April 2007

Pengerusi SPR telahpun mengumumkan bahawa Pilihanraya Kecil DUN Ijok akan dilangsungkan pada 28hb April depan, manakala penamaan calon akan diadakan pada 19hb April ini, iaitu seminggu selepas PRK DUN Machap melabuhkan tirai.

KeADILan telah dipersetujui oleh pakatan parti-parti alternatif untuk meletakkan calon dalam pilihanraya Ijok.Andai tiada aral, pertemuan satu-lawan-satu dijangka berlaku antara KeADILan dan BN/MIC.

Sempena Pilihanraya Kecil ini, sebuah blog khas, Ijok 2007 telah diwujudkan oleh Badan Penerangan KeADILan Negeri Selangor sebagai saluran informasi buat masyarakat.

Biar di Machap, biar di Ijok, perjuangan kita bukan sekadar ‘mengisi’ pertandingan di dalam pilihanraya kecil dan umum semata-mata.Fokus kita jelas, untuk mengubah lanskap masa depan Malaysia ke arah menjadi sebuah Negara yang adil dan demokratik dan meninggalkan politik teras perkauman yang diwarisi 50 tahun hasil pemerintahan BN.

Machap & Ijok bakal menjadi tapak perubahan.Kami menyediakan ruang dan rakyat kelak yang bakal memanfaatkannya.

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: