Jadikan Ijok Sebagai Lunas Kedua!

Semalam Angkatan Muda KeADILan Malaysia telah berjaya melancarkan Jentera Pilihanraya AMK dan juga Skuad Angkatan Muda Negeri Selangor. Kehadiran masyarakat sekitar Ijok memberikan ‘tanda-tanda awal’ bahang pilihanraya Ijok makin hangat dan ada cahaya buat KeADILan di hujung jalan.

Penubuhan Skuad Angkatan Muda yang juga bertujuan sebagai pasukan gerak gempur pilihanraya dimulakan di Bahagian Gombak beberapa bulan yang lalu, dan kini disusuli di peringkat Negeri Selangor. Keahlian awal menjangkau 100 orang dan ini memberikan semangat buat kita untuk terus bergerak dan menggempur BN di Selangor.

Acara semalam yang dianggarkan kehadiran seramai 2000 orang turut diserikan dengan sesi ceramah oleh Sdr Azmin Ali, Naib Presiden KeADILan yang Juga Pengarah Pilihanraya KeADILan Pusat; dan Tan Sri Khalid Ibrahim, Bendahari Agung KeADILan yang juga Pengerusi Perhubungan di Selangor. Pimpinan AMK Pusat terdiri daripada Sdr Jonah, Amir Sari dan juga Tan Seng Toh juga turut berucap. Semalam juga adalah merupakan ucapan sulung Tan Sri Khalid sempena pengisytiharan kempen rasmi yang dimulakan oleh KeADILan untuk PRK DUN Ijok ini. Laporan rasmi boleh dibaca di Laman Web AMK.

Saya menegaskan betapa perlunya Ijok menjadi medan buat rakyat kembali menilai prestasi kerajaan di bawah pimpinan Pak Lah. Sedari 31hb Oktober 2003 sehinggalah hari ini, tidak ada satupun dasar-dasar yang menguntungkan rakyat di bawah pemerintahan Pak Lah. Isu kenaikan harga minyak, isu tol, inflasi berleluasa, penindasan masyarakat peneroka bandar melalui penghapusan setinggan, rasuah di peringkat tertinggi pimpinan kerajaan dan pentadbir awam, Islam Hadhari yang langsung tidak ada unsur-unsur Hadharah di dalam perlaksanaannya, semua kecelaruan ini berlaku di saat Pak Lah menjadi PM.

Dengan memberikan kemenangan kepada BN, ia akan turut memberikan signal kepada Pak Lah yang rakyat sentiasa bersama menyokong dasar-dasar ‘mesra rakyat’ beliau. Saya tidak fikir rakyat Ijok khususnya mudah diperlekeh oleh Pak Lah! Justeru, inilah medan terbaik buat rakyat menterjemahkan protes mereka kepada Kerajaan BN di bawah pimpinan Pak Lah.

Ijok berpotensi untuk menjadi medan manifestasi gelombang rakyat. KeADILan sentiasa berusaha untuk merealisasikan semangat agar Ijok bakal mengulangi kejayaan Lunas.

Kejayaan di Ijok bukan semata-mata buat KeADILan..sebaliknya untuk rakyat. Anda bakal menentukannya!

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

5 thoughts on “Jadikan Ijok Sebagai Lunas Kedua!”

  1. Pisang tak berbuah dua kali. Tak ada idea lain ke? Nak guna mafia keadilan lagi nak gempur Ijuk pula. Bersedialah untuk kalah, lebih baik gulung tikar sahaja. Nampaknya orang PAS lebih pandai, boikot kalau tahu tak boleh menang.

  2. sdr yusriam,
    kalah menang ketentuan Allah.di Lunas dulu pun,sampai ke Sidang Parlimen keADILan, PAS & DAP dicemuh kononnya tidak boleh menang.tetapi segalanya di luar jangkaan,yang terkedu kekal pimpinan BN.

    di Machap Pemuda BN mengganas, cedera beberapa penyokong DAP.di Lunas apa yang dilaksanakan oleh petugas-petugas keADILan pada ketika itu hanya menyekat kemasukan pengundi hantu,dan di bawa terus ke balai polis.itupun maklumat daripada kalangan org2 BN sendiri.

    kalau betul keADILan bertindak stail mafia, kenapa menghala ke balai polis?baik pukul separuh mati…

  3. Biasa la perangai UMNO, dia yg mafia, tuduh org lain buat utk tutup kebusukan ‘SHIT’ mereka. Wak byk juga ikuti by election ni. memang perangai UMNO tak boleh dimaafkan. Dia ingat hidup nak menungkat langit. nanti mati dimamah cacing jua.

  4. Wak Jenal,
    rakyat tidak buta dengan tingkahlaku busuk lagi membusukkan org-org Umno.Ini tidak akan berlaku kalau tidak ada restu daripada pemimpin mereka.

    rakyat kian sedar,cuma bila ditekan,kesedaran itu tersembunyi di balik pintu.saya percaya Allah akan buka pintu hati rakyat bila tiba masanya.dan kami tetap istiqamah menyediakan ruang perubahan.

  5. Di bawah pemerintahan umno, mereka menjadikan umat islam cintakan dunia dan takut mati dan sikap ini akan diwarisi oleh generasi akan datang. Ini bermakna generasi melayu akan datang akan menjadi lemah seperti yang telah ingatkan oleh Nabi Muhammad saw. Saya tak mahu ianya berlaku pada bangsa kita. Saya akan bertahajjud setiap malam untuk mendoakan dan merayu kepada Yang Maha Agung supaya Allah memberi kemenangan kepada pemimpin Islam. Bukankah itu kita dituntut?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: