Khairy Jamaluddin Pupuk Budaya Samseng & Berbohong!

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menganggap kenyataan Khairy Jamaludin yang menyatakan bahawa Parti Keadilan Rakyat (keADILan) sengaja tidak mengikut peraturan keselamatan dengan sengaja berarak untuk bertembung dengan jentera penyokong Barisan Nasional (BN) adalah bohong dan tidak berasas sama sekali.

Di dalam hal ini AMK telah mendapatkan penjelasan daripada Setiausaha SPR sendiri, Datuk Haji Kamaruzaman Mohd Noor tentang bagaimana tidak ada laluan perarakan yang berlainan sepertimana yang biasa berlaku semasa hari penamaan calon. Beliau memaklumkan kepada AMK bahawa penerangan telah diberikan kepada kedua-dua parti yang akan bertanding dan beliau mengesahkan laluan perarakan oleh keADILan adalah betul sepertimana yang dirancang.

Justeru AMK melahirkan keyakinan bahawa halangan yang dilakukan terhadap calon keADILan semasa hari penamaan calon oleh Pemuda BN telah dirancang lebih awal oleh mereka untuk tujuan melakukan provokasi awal terhadap penyokong keADILan dan percubaan untuk menghalang Tan Sri Khalid Ibrahim daripada menyerahkan borang pencalonan beliau.

AMK menegaskan bahawa budaya samseng telah ditunjukkan dan digalakkan oleh pemuda BN dengan beberapa insiden yang tidak diingini dilakukan oleh anggota mereka sendiri. Di dalam hal ini, AMK adalah parti politik yang pertama membuat dua laporan polis sejurus selepas proses penamaan calon, masing-masing dilakukan oleh Zainurin bin Jiman pada jam 1232pm, repot no 900/07 dan Zulkanaine Bin Kassim pada jam 1251pm, repot no 901/07.

Di dalam kes Zainurin beliau telah ditumbuk di bahagian muka pipi sebelah kiri oleh salah seorang anggota pemuda BN dan di dalam kes Zulkanaine, beliau telah dibaling dengan kayu oleh sekumpulan pemuda BN. AMK percaya kedua-dua laporan polis di atas akan disiasat di bawah Seksyen 323 (mendatangkan kecederaan dengan sengaja) dan 336 (membahayakan nyawa dan keselamatan diri) Kanun Keseksaan.

AMK memberi amaran kepada Khairy dan konco-konconya untuk tidak bertindak di luar batas undang-undang kerana AMK tidak akan teragak-agak untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap mereka.

SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Pemangku Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

5 thoughts on “Khairy Jamaluddin Pupuk Budaya Samseng & Berbohong!”

  1. Malam tadi RTM 2 boleh siar pula Hukum Hudud dilaksanakan ke atas Aduka di dalam Semerah Padi. Macam ada sesuatu mesej untuk orang Ijok.

  2. as’kum, oklah kita jumpa semula dlm lmn ni selps tghari nanti…memang bagus sekali….lawan tetap lawan…insya allah pasti kemenangan menjelma….sebab yg bathil pasti akan lenyap ssuatu masa nanti dan yg hak akan menerima kemenangan dr yg MAHA ESA….aminnnn

  3. Khairy adalah jelmaan haman pada zaman firaun bertindak sebagai penasihat kpd firaun tapi pada dasarnya dia yg memerintah kerajaan itu tanpa kesedaran firaun yang bodeh, peka badak…………aduhai kj menantu sifu islam hadari iaitu ada hari-hari je islam rujuk mentor islam hadari

  4. Orang melayu Ijok…apa khabar ?Anda semua tentu rasa puas kerana mengundi Partiban…Orang melayu umNO apa khabar ? anda tentu seronok kerana dapat memukul penyokong penyokong melayu PAS dan Keadilan…bangsa China dan bangsa Hindu tertawa berdekah dekah melihat melayu pukul melayu…Itulah keistimewaan nya bangsa melayu yang ada dalam umNO…Pilihanraya yang akan datang Lim Kit Siang bakal Perdana Menteri Malaysia…

Tinggalkan Jawapan kepada 9w2alz Batal balasan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: