Iltizam Kepimpinan AMK Baru

amk

Barisan kepimpinan yang dipilih oleh perwakilan kongres Angkatan Muda Keadilan kali ini merakamkam ribuan terima kasih atas kepercayaan dan penghargaan yang berikan oleh perwakilan.

Namun begitu kami menyedari kepercayaan yang diberikan oleh perwakilan merupakan satu tanggungjawab yang besar yang perlu dilaksanakan oleh semua exco yang dipilih dan keseluruhan pimpinan AMK pusat yang akan diumumkan dalam masa yang terdekat ini.
Berdasarkan perbahasan dan usul yang dibincangkan dalam kongres AMK secara umumnya fokus barisan kepimpinan baru dalam tahun pertama kepimpinan, kami cerakinkan kepada perkara berikut:

1. Agenda Pilihanraya – Memastikan organisasi AMK disetiap peringkat bersedia untuk menghadapi pilihanraya umum ke -12. Membentuk satu pasukan yang kukuh dan padu demi menghadapi Barisan Nasional (BN).
2. Mengukuhkan organisasi AMK disemua peringkat melalui latihan yang tersusun, pengurusan organisasi yang lebih berdaya saing dan menambahkan ahli wanita muda, disamping program yang lebih segar untuk golongan muda.
3. Memperhebat usaha menetang korupsi dan penyelewengan melalui penyebaran dan gerak kerja yang lebih deras diperingkat akar umbi. Meneruskan usaha meletakkan maqam rasuah ditempat yang paling jijik dalam jiwa dan pemikiran masyarakat khususnya golongan muda.
4. Mengangkat Anwar dan garis pemikiran beliau yang merangkumi pembentukan Negara dan bangsa yang demokrat, bebas, adil dan berdaya saing dan mampan.
5. Membenteras gejala sosial dengan kaedah mengukuhkan anak muda di Malaysia melaui program pendidikan integriti kemasyarakatan, ekonomi dan politik.

Kongres AMK dan pemilihan pimpinan pusat secara asasnya telah menonjolkan bahawa AMK telah bersedia menjadi sebuah organisasi yang matang dalam menerima kepelbagaian dan perbezaan. Pertandingan juga menunjukkan perwakilan AMK yang terdiri dari kelompok generasi 1998 telah menolak politik sempit berdasar perkauman, kelompok dan individu.

Shamsul Iskandar Md Akin
Ketua Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

One thought on “Iltizam Kepimpinan AMK Baru”

  1. Tahniah atas kemenangan.Saya mewakili AMK Bhg Ampang mendoakan agar semangat memperkasa AMK terus membugar di kalangan Pimpinan & EXCO yang baru terpilih.Moga obor impian rakyat kekal menyala menuju perubahan dan AMK Pusat makar sebagai pembawa obor dan panji-panji harapan itu.Saya juga mohon maaf tidak dapat mewakili AMK dalam ucapan perbahasan usul walaupun telah bersetuju pada awalnya.namun komitmen terhadap keluarga terpaksa didahulukan (bukan salah saya jadual perbahasan ditunda!)Majulah AMK demi rakyat.Assalamualaikum

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s