SK.Com : Perlantikan Jawatankuasa AMK Diumum, Fokus Gerakerja Pilihanraya

Sila rujuk berita lanjut mengenai Angkatan Muda KeADILan dan PKR di Suara Keadilan Online.Tahniah atas kewujudan laman web ini,dan semoga ia menjadi pemangkin kepada penyediaan sumber berita parti yang kredibel!

Kuala Lumpur, 10 Jun – Mesyuarat pertama Angkatan Muda KeADILan (AMK) pada hari ini menyaksikan perlantikan beberapa muka lama dan muka baru di dalam saf kepimpinan AMK untuk sesi 2007-2010 dengan meletakkan gerak kerja Pilihanraya Umum ke-12 sebagai fokus utama pergerakan itu dalam tempoh terdekat.

Dalam pengumuman yang dibuat oleh Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, bekas Ketua Penerangan KeADILan Selangor, Ahmad Zaki Yamani dilantik sebagai Setiausaha AMK yang baru manakala bekas Ketua AMK Negeri Kelantan, Zamakhsari Ibrahim dilantik sebagai Bendahari AMK.

Pimpinan AMK Perak, S. Kesavan dilantik sebagai Penolong Setiausaha AMK yang baru.

Penolong Setiausaha AMK sesi lepas, Lau Teck Hai dilantik sebagai Ketua Penerangan dan muka baru, Hidayat Saifudin dilantik sebagai Timbalan Ketua Penerangan.

Bekas pimpinan Pusat Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan juga bekas calon Naib Ketua AMK, Jonson Chong turut dilantik sebagai Ketua Biro Strategi AMK dan Zulfikar Ali sebagai Ketua Biro Pilihanraya AMK.

5 nama diketengahkan sebagai Exco Lantikan AMK iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad, T. Kumar, Yap Weng Kiong, Zainuddin Awang, dan Nurin Aina Abdullah.

Shamsul turut menegaskan bahawa konsensus telah dicapai di kalangan pimpinan AMK yang baru bahawa fokus utama AMK adalah untuk memperkemaskan jentera AMK melalui penubuhan Sekretariat AMK di seluruh peringkat bertujuan untuk menghadapi pilihanraya yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa.

AMK sesi 2007-2010 diterajui oleh Shamsul dan Fariz Musa sebagai Timbalan Ketua AMK, manakala Khairul Anuar Zainuddin, Amiruddin Shari dan Tan Seng Toh dipilih perwakilan sebagai Naib-naib Ketua AMK dalam Pemilihan lewat Kongres Tahunan AMK yang lepas.

Pengarang: Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Pengerusi KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Melaka Peguam, Yusof Rahmat & co, Ketua KeADILan Cabang Jasin, Melaka

3 thoughts on “SK.Com : Perlantikan Jawatankuasa AMK Diumum, Fokus Gerakerja Pilihanraya”

  1. Rakyat nak tau apa pendirian PKR mengenai pergolakan di Palestin. PAS dah terang-terang sokong Hamas dan menolak kepimpinan Fatah.PKR pulak macam mana.Takan nak tunggu George Bush (penasihat parti) nasihat Anwar (de facto leader)dulu kut.Kalau tak silap-mesti PKR sokong Fatah sebab bapak besar merestui Fatah.

  2. Untuk mengelak kekeliruan, saya ingin menyatakan disini dengan jelas bahawa saya bukan penolong setiausaha AMK dan tidak pernah menyandang jawatan tersebut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s