Abdullah Pengarah ‘Wayang Empat Babak’

Malaysia-Today.net
30 Julai 2007
Oleh Zulkifli Mohamed

PERMATANG PAUH: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selayaknya dinobatkan sebagai ‘Pengarah wayang empat babak’ kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin.

Beliau merujuk ‘empat babak’ yang sedang diarahkan Abdullah melalui lakonan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail.

Babak pertama katanya berkaitan penutupan kes Ketua Polis Negara (KPN) Datuk Seri Musa Hasan, yang dilaporkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) oleh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Johari Baharom.

Dokumen berkaitan salahlaku KPN, katanya pernah didedahkan oleh web Malaysia Today.

Diikuti babak kedua, penutupan kes salahlaku bekas Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Datuk Seri Zulkifli Mat Noor membabitkan 28 kes yang didedahkan oleh bekas Ketua Pengarah BPR Sabah Mohamad Ramli Abdul Manan.

Babak ketiga pula, katanya penutupan kes yang melibatkan kes rasuah Datuk Johari Baharom.

Dan babak keempat, membabitkan kes pembunuhan warga Mongolia Altantunya Sharibuu yang sedang dibicarakan.

Berdasarkan pengamatannya, kes tersebut dijangka menerima nasib yang sama seperti kes pembunuhan Norita Shamsudin. Akhirnya pembunuh misteri tidak dapat dikesan.

Peguam yang juga bekas ahli panel forum Debat Perdana RTM itu berkata, berbanding di negara jiran Indonesia, perkara sebegini tidak berlaku.

Beliau merujuk kes yang membabitkan seorang Menteri negara itu yang dijatuhi penjara tujuh tahun kerana rasuah, baru-baru ini.

“Peguam Negara Indonesia pohon penjara enam tahun, tetapi mahkamah jatuhkan hukuman tujuh tahun. Tapi, di sini Peguam Negara arah tutup kes, langsung tiada kes.

Sebab itu, jelasnya beliau tidak pernah yakin Abdullah ikhlas mahu membanteras rasuah dan membaik pulih pentadbiran negara.

“Selepas tiga tahun mentadbir (negara) prestasi Abdullah bukannya semakin baik,tapi semakin menurun,” ujarnya dalam ceramah kelompok di Kampung Guar Jering dekat sini, semalam.

Oleh itu, serunya rakyat jangan mudah termakan gula-gula pilihan raya yang sedang ditaburkan pemimpin Umno/BN, termasuk mengisytiharkan kenaikan gaji kakitangan awam baru-baru ini.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK) Ezam Mohd Noor mencabar pihak berkuasa mendakwanya kerana membuat ‘laporan palsu’ terhadap bekas pengarah BPR.

“Tangkap saya dan dakwa di mahkamah kerana buat laporan palsu, saya berjanji akan bongkarkan setiap tuduhan itu di sana nanti,” kata Ezam di depan ribuan orang di Geliga Besar Kemaman, Sabtu.

Ezam individu yang bertanggungjawab melaporkan secara rasmi kepada BPR, pada 26 Februari lalu, berdasarkan sepucuk surat yang ditulis oleh bekas Pengarah BPR Sabah kepada Ketua Polis Negara pada 4 Julai 2006 dengan salinan diberikan kepada YAB Perdana Menteri.

Menurut Ezam kandungan surat ini begitu serius dan mencabar kewibawaan BPR sendiri yang merupakan agensi yang diharapkan menangani dan membanteras rasuah.

Ekoran itu, kertas siasatan terhadap Zulkifli dibuka.

Bagaimanapun, 27 Julai lalu, Peguam Negara mengumumkan semua tuduhan itu sebagai tohmahan dan mengarahkan kes tersebut ditutup.

Menurut Gani, seramai 43 orang saksi telah ditemuduga termasuk pengadu, Mohamad Ramli, berhubung kes tersebut.

“Penyiasatan menunjukkan bahawa Mohamad Ramli hanya mengandaikan perkara-perkara seperti yang didakwanya terhadap Zulkifli. Mohamad Ramli tidak dapat menyokong dakwaannya dengan keterangan dalam bentuk dokumen,” kata Ghani dalam alasannya yang disiarkan media.

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

One thought on “Abdullah Pengarah ‘Wayang Empat Babak’”

  1. wayang dollah badawi ni memang dah lama…dia patut dpt anugerah pengarah terbaik festival filem malaysia..retorik je lebih!..habuk pun tarak!.malaysia makin hancur bawah kepimpinan palsu dia!…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s