Penyelewengan KBS, AMK Kemuka Laporan BPR

Angkatanmuda.org
14 September 2007

KUALA LUMPUR, 13 September – Angkatan Muda KeADILan (AMK) mengemukakan laporan dan aduan rasmi kepada Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Ibu Pejabat BPR Putrajaya, hari ini berkenaan penyelewengan dalam Kementerian Belia dan Sukan.

bpr1Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata AMK melihat bahawa ‘permainan tarik tali’ antara Menteri Belia dan Sukan, Azalina Othman Said dan Menteri Pelajaran, Hishamuddin Tun Hussien mengenai penyelewengan pembelian peralatan dan kelengkapan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara adalah satu bukti rendahnya pembudayaan akauntabiliti di kalangan menteri kabinet.

“AMK menggesa Hishamuddin agar meletakkan jawatan agar proses siasatan boleh dijalankan tanpa ‘kacau ganggu’ dan bertanggungjawab di atas penyelewengan wang rakyat yang tidak berkesudahan di bawah pemerintahan Kerajaan BN,” tegasnya.

Beliau menjelaskan laporan rasmi tersebut dibuat supaya agar penyelewengan ini tidak berakhir dengan siasatan semata-mata, sebaliknya dakwaan ke atas Hishamuddin.

bpr2Menurutnya, laporan Ketua Audit Negara 2006 mendedahkan pembelian 13 peralatan dan kelengkapan bagi IKBN dengan harga semua barang itu dilaporkan melebihi harga pasaran hingga kerajaan menanggung kerugian RM8.39 juta, tuduhan telah dihalakan oleh Azalina kepada Hishamuddin yang menjawat jawatan Menteri Belia & Sukan sewaktu pembelian tersebut dibuat.

Shamsul menegaskan bahawa melalui penelitian AMK ke atas Laporan Ketua Audit Negara 2006, Semakan Audit mendapati pada bulan Mei 2001, Ketua Setiausaha Kementerian pada masa itu telah memutuskan supaya perolehan peralatan dilaksanakan secara tender terbuka walaupun pihak perunding mengesyorkan kaedah tender pra-kelayakan.

“Bagaimanapun, pada bulan September 2001, Menteri Belia Dan Sukan ketika itu pula memutuskan projek perolehan peralatan IKBN dibuat secara rundingan terus atau tender terhad,” katanya.

Menurutnya lagi, laporan audit tersebut juga mendedahkan antara bulan Oktober 2006 hingga bulan Februari 2007 mendapati beberapa peralatan bernilai RM88.45 juta yang dibekalkan antara tahun 2003 hingga tahun 2005 masih tidak digunakan atau tidak digunakan secara optimum disebabkan oleh beberapa faktor seperti tiada keperluan, tenaga pengajar yang tiada kepakaran dan pembelian yang terlalu awal.

“Ini jelas membuktikan bahawa melalui penelitian Ketua Audit Negara, berlaku penyelewengan yang dilakukan secara berterusan oleh dua Menteri Belia dan Sukan, iaitu Hishamuddin dan juga Azalina yang menggantikan Hishamuddin pada tahun 2003. Melihat kepada kesinambungan budaya perbelanjaan tidak berhemah ini, Badan Pencegah Rasuah (BPR) perlu segera menyiasat kedua-dua menteri ini, khususnya Hishamuddin sendiri yang membenarkan siasatan dibuat ke atasnya,” tegasnya.

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

One thought on “Penyelewengan KBS, AMK Kemuka Laporan BPR”

  1. Tahniah Bro Sam,
    Teruskan jihad menelanjangkan kemungkaran dan pembaziran ini.Kalau perlu,bawa hingga ke perhatian YDP Agong.
    Lawan Tetap Lawan.

    Bekas Lisa1.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s