Calon KeADILan Bagi Parlimen 039 Dungun

Assalamualaikum WBT.

Pertamanya, saya ingin memohon maaf atas kelewatan kemaskini blog ini, memandangkan saya kini sepenuh masa berada di Dungun, kawasan yang diamanahkan oleh kepimpinan PAS dan KeADILan untuk saya tandingi bagi Pilihanraya Umum ke-12 kali ini.

Amanah ini pastinya sesuatu yang amat berat, dalam keadaan saya memikul beban untuk mengembalikan kuasa pemerintahan rakyat kepada rakyat semula melalui tertegaknya kerajaan negeri BA menggantikan kerajaan Umno dibawah pimpinan Idris Jusoh kini.

Penelitian saya, Terengganu sepanjang 4 tahun di bawah pemerintahan BN, tidak berubah apa-apa. Malah, kalangan rakyat yang saya dekati di Dungun banyak menceritakan bagaimana wujudnya double-standard yang ketara di kalangan pimpinan BN dalam menaburkan janji. Janji-janji mereka semuanya manis, tetapi tidak ada apa-apa kesan pun.

Sangat menyedihkan, di beberapa kawasan seperti Setiu dan Kemaman, bendera BN lebih banyak daripada lampu jalan! Inilah hasil Islam Hadhari tajaan Umno Terengganu demi menawan Terengganu untuk memuaskan nafsu mereka.

InsyaAllah, saya akan memastikan khidmat saya akan terus ditabur di Dungun. Samada saya menang atau tidak, itu terserah kepada Allah SWT melalui nawaitu pengundi di hari mengundi kelak. Perjuangan ini tidak mengenal asal usul, sebaliknya lebih memberi penumpuan kepada usaha membangunkan rakyat tanpa memilih bulu dan ideologi.

Doakan kemenangan saya dan rakyat di Dungun, dan Malaysia seluruhnya!

Shamsul Iskandar Mohd Akin

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

4 thoughts on “Calon KeADILan Bagi Parlimen 039 Dungun”

  1. Assalamualaikum wrt wbt.

    Teruskan berjuang wahai pejuang.

    Jangan rasa gentar dan takbur. Rendah diri dan istiqamah, tetapi menyinga terhadap kezaliman. Namun pengundi akan mengetahui jika kita benar2 mahu membela mereka, bukan hanya kepentingan peribadi.

    Selamat berjuang di negeri Ganukite.

    Waalaikumsalam Sdr Omar,
    pesan sdr amat saya hargai.
    doakan saya agar perjalanan ini ada sinar di hujung jalan.
    insyaAllah..

  2. Assalamualaikum.
    Allah sentiasa bersama dengan orang yang benar. Sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang yang melakukan kebaikan. Menang atau kalah tidak bermakna kita dipersiakan oleh Yang Maha Mengetahui. Perjuangan mesti diteruskan untuk mendapatkan keredhaanNya. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat. Amin!
    Kenalan Lama
    Kelang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s