Salam Juang Daripada Parlimen Dungun!

Teman2,

Sudah lebih daripada 2 minggu saya berkampung di Dungun, demi memastikan suara rakyat Dungun dapat diperjuangkan di Parlimen melalui wadah KeADILan.

Alhamdulillah, meskipun Umno Dungun memainkan sentimen kenegerian bahawa ‘rakyat Dungun perlu menolak calon luar’, sambutan rakyat sangat menggalakkan di keempat-empat DUN.

Saya mempunyai keyakinan bahawa Parlimen Dungun dan sekurang-kurangnya 3 daripada 4 DUN boleh ditawan oleh pakatan PAS dan KeADILan.

Meskipun pelbagai jenis penipuan yang berlaku sedari awal sehingga ke saat-saat akhir hari mengundi oleh BN dengan restu SPR, gerak kerja KeADILan dan PAS sangat optimis bahawa rakyat Dungun untuk memastikan hak mereka tidak diragut oleh hantu-hantu tajaan Umno-BN.

Doakan kami yang sedang berperang di Parlimen Dungun ini untuk meraih kemenangan yang berharga.

Wang sudah ditabur dan ‘hantu’ pun telah tiba di Dungun ini semata-mata untuk memastikan kezaliman berterusan.

MP dan ADUN terdahulu kaya raya, walaupun baru sepenggal menang dengan mahligai bernilai RM1.2 juta tetapi masih ada rakyat yang tidak pernah menikmati bekalan elektrik dan air bersih selama 20 tahun di sini.

Berbekal semangat pendekar, “sekali menghunus keris, pantang menyisipnya kembali”, kami akan terus berjuang untuk pastikan KeADILan dan PAS menang.

“biar miskin harta benda tapi besar jiwa raga”..

Salam juang!!

Shamsul Iskandar Mohd Akin

Pengarang: Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Pengerusi KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Melaka Peguam, Yusof Rahmat & co, Ketua KeADILan Cabang Jasin, Melaka

7 thoughts on “Salam Juang Daripada Parlimen Dungun!”

  1. lhamdullillah moga moga Allah membuka hati dan j iwa rakyat Malaysia untuk menghadapi kebenaran dan berani membuat perubahan . Sud ah 50 tahun diperintah olih satu party dan ditipu dan diputar belitkan , ya Allah berilah kesedaran kepada rakyaat malaysia untuk menukar kerajaan yang ada sekarang kepada kerajaan BARISAN ALTERNATIF . AMIN.

  2. Good job, Sam.

    Kekalkan semangat juang. Rakyat dah berani bersuara. Walaupun gagal menawan Terengganu, tapi secara keseluruhan, BA telah menang!! AMK tetap gah. :)

  3. CADANGAN UNTUK UNDI POS
    ……………………….

    Selama bertahun-tahun lamanya UNDI POS datang lewat (lambat dikira pada waktu penjumlahan undi keseluruhan)

    Kenapa? bukankah undi pos itu dilakukan beberapa hari sebelum hari mengundi yang sebenar? Untuk mengelakkan berlakunya kemungkinan PENIPUAN melalui undi pos, saya cadangkan supaya;

    1. Semua undi pos MESTI TIBA di tempat penjumlahan undi terlebih dahulu.
    2. Semua undi pos MESTI DIKIRA TERLEBIH DAHULU sebelum pengiraan undi-undi keseluruhan yang lain.

    Hanya dengan cara ini sahaja barulah ada ketelusan yang tidak boleh dipertikaikan bagi undi pos. Sesiapa pun ahli Parlimen selepas ini MESTILAH “MEMAKSAKAN” cadangan ini di Parlimen selepas ini.

    Sesiapa membaca ini, tolong sampaikan atau ceritakan kepada sesiapa sahaja, keluarga anda, kawan anda, YB anda, atau sesiapa sahaja. Selama bertahun-tahun undi pos ini diragui, inilah masanya kita mengubah cara pengiraan undi pos yang selama ini banyak dipersoalkan.

    Sepatutnya tiada masaalah undi pos itu DIKIRA TERLEBIH DAHULU kerana pengundian melalui pos sudah pun dilakukan beberapa hari sebelum pengundian sebenar.

  4. Salam perjuangan syeikh,
    Semoga Allah menerima amal dan perjuangan sdr !! Tahniah atas kesungguhan sdr sehingga PKR, PAS dan DAP dapat bertapak kukuh di parlimen. SDr adalah wira kami dan teruskan perjuangan sehingga Allah memberi kejayaan di dunia dan di akhirat. Kami sekalipun tidak bersama di politik tapi hati dan jiwa kami tetap bersama anda semua..!!!

  5. PKR hanya sebuah parti yang kacau daun dengan membuat pakatan dengan PAS dan DAP.Cuba anda tengok sekarang,hampir kesemua agenda kerajaan untuk negara ini tidak dapat berjalan dengan sempurna kerana sikap fitnah,tomahan tidak berasas dan dendam telah membantut perjalanan pentadbiran negara serta meningkatan sentimen perkaum.Dengan kata lain Pakatan Rakyat hanya mementingkan diri serta sanggup menggadai maruah agama,bangsa dan negara.Marilah kita kembali bersatu di bawah satu bumbung iaitu UMNO.Dengan UMNO sahaja penyatuan orang Melayu dapat dirapatkan dengan berkesan.Tidak ada guna PKR dan PAS bertelagah dengan UMNO kerana ingin majoriti lebih dalam pilihan raya serta ingin memegang jawatan tertinggi di negeri mahupun negara.”HIDUP MELAYU UNTUK MELAYU”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s