Tahniah Buat Rakyat Malaysia!

Setelah tamat pilihanraya umum ke-12 Sabtu lepas, baru kini saya berkesempatan untuk melayari blog ini.

Alhamdulillah, KeADILan mencatatkan kemenangan besar, yang sama sekali tidak diduga oleh Umno-BN. 31 kerusi Parlimen, dan mengepalai Kerajaan Negeri Selangor, serta bersama-sama pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan negeri Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan, jelas membuktikan rakyat telah berani untuk menyatakan hak mereka.

Meskipun saya yang diamanahkan parti untuk bertanding di Parlimen Dungun tewas, tetapi saya terima itu sebagai keputusan rakyat. Tidak dinafikan, puluhan bas yang masuk ke Terengganu 2 hari sebelum pilihanraya amat mengejutkan ramai pihak, tetapi saya percaya bahawa itu adalah penguat semangat untuk saya, dan kepimpinan KeADILan Terengganu bekerja keras untuk menyebarkan kefahaman kepada rakyat untuk sama-sama bangkit, keluar daripada kepompong penindasan Umno-BN.

Alhamdulillah, penerimaan rakyat Dungun kepada saya amat baik. Gerak kerja PAS juga sangat terbuka menerima kehadiran saya sebagai calon. Malah, rakyat menerima baik setiap risalah, profil calon, manifesto parti yang diserahkan kepada mereka oleh kami. Cuma rezeki tidak berpihak kepada saya dan kepimpinan PAS serta KeADILan negeri.

Apapun, penambahan kerusi DUN yang berjaya dihasilkan adalah bukti bahawa perjuangan ini membuahkan sesuatu hasil yang positif.

InsyaAllah, saya akan berada di Dungun untuk bersama-sama mendampingi masyarakat di sana, agar 2012 nanti Dungun dan Terengganu bakal menjadi milik kita.

Saya sedang merangka pelbagai program penambahbaikan gerak kerja AMK di seluruh Malaysia, khususnya di negeri-negeri yang dimenangi pakatan pembangkang agar AMK boleh menjadi agen untuk memperkemaskan sistem penyampaian kerajaan negeri kepada rakyat.

Sekali lagi, tahniah buat sekalian rakyat Malaysia. Buat kepimpinan negeri-negeri yang telah menang, serta Ahli-ahli Parlimen yang mencatatkan kejayaan, jangan hampakan rakyat yang menaruh sepenuh kepercayaan buat kita.

Sama-sama kita bekerja keras untuk merealisasikan harapan baru untuk Malaysia.

Shamsul Iskandar Mohd Akin

Pengarang: Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Pengerusi KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Melaka Peguam, Yusof Rahmat & co, Ketua KeADILan Cabang Jasin, Melaka

7 thoughts on “Tahniah Buat Rakyat Malaysia!”

  1. assalamualaikum w.b.t

    buat saudara, setelah kita bekerja keras di dungun saya melihat masih ada yang tidak mahu keluar dari kepompong BN yang terutamanya dari pada orang2 umno yang karat, biasalah apabila orang melayu sudah termakan duit susah hendak menolak BN tetapi tidak mengapa setalah bekerja keras di sana meredah hujan,panas, ribut dan provoc BN di sura,seberang takir, paka,bukit besi,kuala abang, tok kah disini dapat saya melihat penerimaan masyarakat setempat terhadap saudara maka dengan berkat dan doa seluruh warga kerja Pru 12 berharap saudara tabah menghadapi liku-liku permainan politik di dungun ……….
    lawan tetap lawan

    salam reformasi,
    apai melaka

    Sdr apai,
    terima kasih atas sokongan.saya akan terus menyumbang di Dungun insyaAllah.gerak kerja akan diperkemaskan,khususnya memperkenalkan KeADILan dan memantapkan gerak kerja KeADILan di sana. apapun kita doakan agar kezaliman BN dapat dilihat rakyat Terengganu dengan hati yang terbuka dan penuh tawadhuk dan nanti hati mereka akan terbuka untuk berubah kembali.

  2. Saya yakin dengan komitmen dan azam yang kukuh insyallah kita akan berjaya menawan kembali Terengganu!

    sdr jamizal,
    terima kasih.sama2 berusaha dan doakan kejayaan menyusul kelak!

  3. Assalamualaikum,

    Saya harap DUN Selangor dapat menghantar Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Senator ke Dewan Negara!

    selongsong

  4. Saudara Shamsul,

    Tahniah atas kejayaan BA pada kali ini.Tahniah juga pada saudara kerana berjaya menambat hati rakyat Dungun.Hanya masa sahaja yang akan memisahkan kejayaan saudara di sana.Saya doakan saudara istiqamah dan terus berjuang untuk rakyat.
    Kuasa bukan segala-galanya tapi khidmat yang berterusan dan ikhlas lebih utama.
    Teruskan berjuang.

    Wassalam.

  5. Sudah tentu ada hikmahnya apabila tidak semua pemimpin PKR menang dalam PRU12. Saudara ditentukan supaya memperkukuhkan barisan AMK tatkala rakan2 lain ditentukan untuk berjuang di medan rakyat. Perlu ada ‘person in charge’ untuk mengemudi AMK dari dalam. Risau juga kalau semuanya menang, mungkin hal dalaman AMK akan terganggu.

  6. salam.takpe abg. sam, belajar dari AK party kat turki..depa pun amik masa 30 tahun nak tawan turki..kerja2 grassroot kena buat perabis…long live marhaen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s