Ex-Gratia vs Mohon Maaf

Saya menyambut baik langkah Kerajaan yang akan memberikan pampasan secara ex-gratia kepada pejuang-pejuang Keadilan di zaman pemerintahan Mahathir Mohamad dahulu iaitu YAA Tun Salleh Abas dan rakannya yang lain baru-baru ini. Walau bagai mana pun keengganan pihak Kerajaan yang berkuasa sekarang untuk tidak menyampaikan perkataan maaf kepada pejuang-pejuang Keadilan tersebut amat mengejutkan serta dianggap sebagai satu tindakan yang sombong dan tidak sepatutnya berlaku walhal kesilapan tersebut telah dilakukan secara nyata di zaman pemerintahan Mahathir Mohamad dan diketahui bukan setakat rakyat Malaysia malah di seluruh dunia.

Saya ingin menegaskan bahawa ketidakadilan yang dilakukan oleh Mahathir Mohamad tidak hanya berlaku pada tahun 1988 sahaja, sebaliknya ketidakadilan yang dilakukan oleh regim Mahathir Mohamad juga berlaku pada tahun 1998 bila mana Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dimalukan dan dianiaya oleh regim Mahathir Mohamad melalui agensi-agensi Kerajaan pada masa itu. Masyarakat Malaysia sedia maklum bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat, diserbu, ditangkap, dipukul dan dihina di mahkamah dengan pelbagai tuduhan.

Sepatutnya Perdana Menteri pada masa kini, Hj. Abdullah Ahmad Badawi turut juga membetulkan kesilapan dan penganiayaan yang dilakukan oleh regim Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah penganiayaan yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh regim Mahathir Mohamad tersebut melampaui batas-batas kemanusiaan yang sukar diterima oleh semua golongan masyarakat.

Saya mengingatkan Hj. Abdullah Ahmad Badawi untuk membaca keputusan PRU 12 dahulu sebagai signal ketidakpuasan hati rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa mengenai kegagalannya membetulkan segala kesilapan yang telah dilakukan oleh regim yang terdahulu terutamanya mengenai isu penganiayaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim selain dari kesilapan dan kezaliman lain yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional secara umumnya terhadap seluruh rakyat Malaysia.

Saya ingin menegaskan bahawa Hj. Abdullah Ahmad Badawi hendaklah lebih berani dan tegas di dalam menidakkan sebarang bentuk kezaliman, penganiayaan dan sebagainya demi memastikan kemakmuran dan kekayaan negara dapat dirasai oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan juga darjat.

Saya berjanji bahawa pihak kami akan terus memastikan setiap satu kesilapan, penganiayaan dan kezaliman yang pernah dilakukan oleh regim Mahathir Mohamad dan juga di bawah regim Hj. Abdullah Ahmad Badawi terhadap mana-mana rakyat Malaysia tanpa mengira kaum akan ditebus dan dituntut penghukuman yang sewajarnya.

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

2 thoughts on “Ex-Gratia vs Mohon Maaf”

  1. Pak Lah & Najib jangan rasuah bekas Hakim dengan sagu-hati. Jikalau hendak maaf maaf dengan jujur dan ikhlas.

    jangan permainkan MARUAH orang dengan bayaran wang dan duit kertas !

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s