BLOG @ GOBLOK ?

Tertarik saya mengenai satu berita di dalam akhbar-akhbar Barisan Nasional semalam dimana mantan diktator negara, Mahathir Mohamad sudah mengikuti jejak langkah mantan menteri besar Selangor dengan memulakan blognya. Lucu rasanya di hati ini melihat kepada keazaman Mahathir Mohamad ini di dalam usahanya untuk menyerang dan memalukan Abdullah Ahmad Badawi. Benar cakap-cakap orang mengenai sifat Mahathir Mohamad ini dimana sekiranya seseorang itu tidak disukainya maka hingga ke lubang cacing dicarinya makhluk tersebut dan mangsanya kali ini tidak lain daripada Perdana Menteri Malaysia,menantunya dan penasihat-penasihatnya.
Saya juga merasakan bagaimana kecewanya Mahathir Mohamad ini pada hari ini sehinggakan di dalam umurnya yang sudah lanjut masih lagi cuba sedaya upaya untuk menggunakan alam siber untuk memenuhi nafsunya untuk menjatuhkan Abdullah Ahmad Badawi. Dan saya juga pasti Mahathir Mohamad pada hari ini dan ketika ini mula memahami perasaan para pejuang keadilan di zamannya bagaimana susahnya untuk menegakkan keadilan apabila media di kawal oleh kerajaan dan tiada kebebasan media diatas arahan beliau pada waktu tersebut iaitu selama 22 tahun.
Kepada mantan PM ini, saya ingin bertanya bagaimanakah perasaan anda sekarang apabila kata-kata, idea-idea dan teguran-teguran anda disekat oleh pemerintah dari dilaporkan di dalam akhbar, media massa dan sebagainya?
Hah jangan pula blog yang anda mulakan semalam akan bertukar kepada GOBLOK hasil dari sifat-sifat amarah anda kepada seseorang!!

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

7 thoughts on “BLOG @ GOBLOK ?”

  1. Baru rasanya MM menyedari betapa pentingnya kebebasan media. But it is too late my dear MM.!!

  2. Mantan PM yang mengakui menganiayaakan Anwar Ibrahim nampaknya juga sedar kuasa dan pengaruh blog keatas minda rakyat . Apa pun , selamat datang ke dunia blog yang telah menafikan majoriti 2/3 kuasa BN selepas 50 tahun memerintah negara .

  3. Cant beat them ,join them………agarnya inilah pegangan MM buat masa kini. Semoga selamat berblog !

  4. MM SUDAH BERSARA,KONON BERSARA JADI PM TAPI KATANYA BERPOLITIK HAKNYA.TAPI ORANG TAK ERTI POLITIK PUN TAHU,DIA BERPOLITIK UNTUK LINDUNGI KONCO-KONCONYA DAN ANAK BININYA UNTUK APA YANG ADA ATAS NAMA BUMIPUTRA DAN HAK MELAYU.21 TAHUN JADI PM KONON NAK BELA HAK MELAYU:KENAPA ORANG MELAYU MASIH TERPINNGIR LAGI.SEMUANYA GARA SAPU ATAS NAMA BUMIPUTERA MASUK POKET SENDIRI.PORAH CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

  5. Sama sama lah kita berdoa semoga bekas PM kita dipanjangkan usianya supaya kita terus dapat mendengar pandangan nya. Barang siapa hendak menjadi petah bertutur dan meningkatkan kebolihan dalam bidang “pengurusan manusia” tiru lah gaya nya.

  6. I agree to your post. If it is to become “goblok”, Dr M’s blog is not different than others out there only concerned about making Abdullah and UMNO fall from grace.

    Which i totally am against, freedom of speech on the net yes. But if you use it in such ways? Where are our ethics?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: