Apakah Khairy Jamaluddin terlibat di dalam siasatan kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim ?

Berikut saya sertakan trasnkrip hansard dewan rakyat bertarikh 16 Julai 2008. Persoalan utama ialah bagaimana Khairy mengetahui dengan terperinci perjalanan siasatan kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim ? Apakah Khairy cuba menjadi jagoan baru PM 2010 (mungkin tidak) Najib Tun Razak ? Antara intipati utama hansard dewan rakyat ini ialah :

1. Apakah Khairy tahu isi kandungan laporan polis yang dibuat terhadap Anwar dan bagaimana beliau boleh desak supaya Anwar memberikan DNA walhal baru ditahan oleh polis ?

2. Laporan polis yang dibuat oleh Saiful tidak diserahkan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim sehingga ke hari ini atas arahan daripada atas. Arahan siapa dan apa motif ? Laporan polis adalah dokumen awam, kenapa tidak diserahkan kepada Dato Seri Anwar ? Apakah setelah memberi keterangan semalam, baru laporan polis dibuat ?

DR. 16.7.2008
59

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Tuan Yang di-Pertua, demi kebenaran kita perlu dengar apa yang akan disebut oleh Ketua Pembangkang. Demi kebenaran!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sila duduk,

Yang Berhormat. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [Permatang Pauh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang. Saya hendak tanya kenapa Yang Berhormat Rembau minta DNA daripada suami saya. Setakat sekarang ini, laporan polis yang dibuat tidak diberikan kepada kami. Macam mana Yang Berhormat Rembau boleh tahu dan hendak minta DNA sekarang? [Disorak] Bagaimana Yang Berhormat Rembau boleh tahu apa dalam laporan polis? Itu yang saya hendak tanya Yang Berhormat Rembau, kenapa masih belum masuk court, belum lagi kena dakwa, belum apa-apa lagi. Pukul dua nanti akan pergi ke IPK – IPP, tetapi kenapa Yang Berhormat Rembau minta DNA? Bagaimana Yang Berhormat Rembau tahu? Apakah Yang Berhormat Rembau tahu content dalam laporan polis? Itu soalan saya.

[Dewan riuh]Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak
jelaskan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain diam. Tolong diam.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jelaskan. Pertamanya, laporan polis tidak diberikan kepada Ketua Pembangkang sebab suami beliau masih lagi tidak memberi keterangan kepada polis. [Dewan riuh] Masih lagi tidak lagi menghadirkan diri! Kedua, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jawab….[Dewan riuh]

Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [Permatang Pauh]: [Bangun]
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: [Bangun]
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: [Bangun]
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: [Bangun]

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Sila duduk. Sila duduk. Bawa bertenang.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, duduk, Yang Berhormat. Yang Berhormat, duduk.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Tuan Yang di-Pertua, kedua, saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua, saya tidak tahu menahu tentang siasatan ini tetapi yang saya tahu, yang minta, yang tergerak hati saya untuk minta DNA ini secara sukarela diberi kepada pihak polis adalah bentuk laporan polis tersebut. Saya tidak hendak sebut di Dewan yang mulia ini tetapi bentuk laporan polis yang dibuat adalah tuduhan-tuduhan liwat dan salah satu…

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: [Bangun]
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: [Bangun]
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: [Bangun]
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sudah, Yang Berhormat. Sudah, Yang Berhormat.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Tuan Yang di-Pertua sebagai lawyer salah satu bukti yang diperlukan untuk memastikan bahawa ada homosexual intercourse adalah bukti DNA, Tuan Yang di-Pertua. Kita perlukan DNA!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik, Yang Berhormat. Sudah, sudah, Yang Berhormat.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Tuan Yang di-Pertua, sorry, Tuan Yang di-Pertua. Saya perlu jawab sampai habis.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sudah habis masa, Yang Berhormat.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Hendak bagi DNA. Ini tuduhan liwat, maknanya ada homosexual anal intercourse! Ada penetration!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Masa Yang Berhormat sudah habis.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Jadi, kalau tidak takut maka tunjuk, bagi DNA agar…

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Masa Yang Berhormat sudah habis. Yang Berhormat Rembau, duduk Yang Berhormat Rembau. Sudah habis, Yang Berhormat. Baik, Yang Berhormat. Masa sudah habis, Yang Berhormat. Saya minta maaf. Masa Yang Berhormat sudah habis.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tuan Yang di-Pertua, point of order.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sebab?
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Point of order.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tidak ada point of order, Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Point of Order 36(12).
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat tidak payah…

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: No, ini point of order. Dengar saya dulu. A statement…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya dengar, Yang Berhormat. Dengar saya dulu, Yang Berhormat. Minta dengar saya dahulu.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Satu statement yang dibuat oleh Rembau…

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: [Bangun]
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: [Bangun]
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, dengarlah saya dahulu. Kenapa point of order Yang Berhormat saya tidak boleh dengar? Semua mulut ini macam cacing kena abu, Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Sekarang dengar point of order.

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Jangan tunjuk sebelah sini sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Sana pun cacing juga! [Disorak]

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Saya minta Tuan Yang di-Pertua berlaku adil.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Dia seorang sahaja yang berdiri, Yang Berhormat.

Seorang Ahli: Yang Berhormat Pasir Salak, tu!

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Berapa orang yang berdiri saya bilang, Yang Berhormat. Saya hitung! Saya duduk di sini senang hitung berapa orang berdiri. Menteri duduk, semua duduk. Yang berdiri Yang Berhormat Rembau seorang sahaja. Saya bersetuju dengan…

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Berapa bilangan berdiri? Tuan Yang diPertua cakap suara cacing sebelah kiri. Tidak boleh begitu. I mean mesti berlaku adil.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk, Yang Berhormat. Duduk, Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Yang Berhormat Gombak marah sangat ini pasal apa? [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya tak ada sebut pembangkang cacing…

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: [Ketawa]

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Tengok Yang Berhormat Pasir Salak! Tengok! [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat ini…

seorang Ahli: Bapak cacing pun ada… [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat sensitif tak berfasal. Tangan saya pegang sebelah sini, tangan ini bercakap macam itu. Tak kan tangan macam ini. Fikir sikit lah [Dewan ketawa][Riuh] Yang Berhormat…

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Pembangkang memang tak faham apa-apa.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Tangan itu tangan kiri hanya tunjuk sini. Cacing paling besar di sana. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Okey saya hendak Yang Berhormat Puchong.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tuan Yang di-Pertua ada Speaker, ada cacing, ada bapak cacing. Saya tak tahu lah. Tuan Yang di-Pertua ada point of order di sini itu penting. Point of Order 36(12) yang menyatakan, “Any member who imputes statements That mislead the House is deemed to be contempt of the House and the member may be referred to the Committee of Privileges for the offence”. Tuan Yang di-Pertua ini satu isu yang amat penting. Yang Berhormat Rembau tadi yang kita semua dengar beliau kata, beliau kata bahawa oleh sebab Datuk Seri Anwar Ibrahim belum beri statement itu menjadi sebab di atas mana laporan polis tidak diberikan kepada beliau. Semua orang dengar, semua dengar Yang Berhormat Rembau cakap macam itu.

Beberapa Ahli: Ya, ya, dengar!

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Dan saya hendak tanya Tuan Yang di-Pertua, adakah Yang Berhormat Rembau pegang teguh kepada alasannya itu, say it now? Adalah Yang Berhormat Rembau tetap menyatakan…

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Hold on! Hold On! Hold On..

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Dengar dulu. Diam dulu.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Adakah Yang Berhormat Rembau tetap memegang teguh bahawa itu sebenarnya alasan. Itu sebenarnya alasan. Datuk Seri Anwar tidak beri statement. Oleh itu, pihak polis tak bagi kepada dia laporan polis. Tuan Yang di-Pertua saya hendak tahu betul tidak?

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar: [Bangun]

Tuan Haji Roslan Shaharum [Bukit Gantang]: Jawab Yang Berhormat Rembau. Jawab.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tak ada Yang Berhormat Rembau. Duduk Yang Berhormat Rembau, minta maaf duduk Yang Berhormat Rembau. Yang Berhormat saya minta maaf duduk. Saya dah dengar Yang Berhormat hendak baca peraturan sudah beri alasan, saya sudah dengar. Saya sudah Yang Berhormat Rembau duduk jadi dengar saya lagi. [Disampuk] Tak kan Yang Berhormat hendak berucap sepanjang hari. [Dewan riuh] Duduk Yang Berhormat. Dibaca peraturan, dituju kepada Speaker, Speaker peraturan dia membuat keputusan. Bukan minta ahli membuat penjelasan. Kalau itulah pendirian Yang Berhormat Rembau, itu fasal dia Yang Berhormat. Jadi tunggu Yang Berhormat. Yang Berhormat minta saya mesti bersetuju dengan Yang Berhormat itu tidak betul Yang Berhormat. Peraturan ini…

Beberapa Ahli: [Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Dengar dulu,
dengar saya juga. Jadi kalau Yang Berhormat Rembau cakap macam itu mungkin Yang
Berhormat Rembau kurang memahami macam mana polis bertindak.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Okey tunggu
Yang Berhormat!
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tuan Yang di-Pertua yang bagi
jawapan…[Mikrofon dimatikan] [Terus bercakap tanpa pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Bukan saya
bagi. Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk Yang Berhormat. Saya tak
boleh bercakap. Bila saya bercakap Yang Berhormat berdiri. Jadi siapa yang boleh bercakap
dalam Dewan ini? Yang Berhormat sahaja yang boleh bercakap. Jadi kadang-kadang kita tegur
Speaker banyak bercakap. Inilah sebab dia. Kalau tak saya tak hendak bercakap, saya hendak
dengar orang yang bercakap sahaja.
Tolong Yang Berhormat, saya buat keputusan. Keputusan saya di bawah 42, 43 akan
selesailah benda itu. Jadi persoalannya sama ada impression Yang Berhormat Rembau
mengatakan bahawa kalau tak dapat ini, tak boleh buat ini. Itu Yang Berhormat Rembau punya
pendapat, pendirian tetapi yang buat penyiasatan ialah pihak polis Yang Berhormat, tak kan polis
mengikut apa Yang Berhormat Rembau sebut dalam Dewan.
Beberapa Ahli: [Bangun dan menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Jadi Yang
Berhormat janganlah ikatkan polis dengan apa Yang Berhormat Rembau sebut dalam Dewan.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Tuan Yang di-Pertua, ini bukan soal polis
kena ikut arahan Yang Berhormat Rembau.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Cacing bangun lagi. [Ketawa]

DR. 16.7.2008
64

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat Pasir Salak, tolonglah, minta tolonglah.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Inilah masalahnya ini. Orang yang macam
ini pun boleh jadi Wakil Rakyat. Kalu jadi Penghulu pun nasib baik sudah. Tuan Yang di-Pertua,
saya hendak membantu Tuan Yang di-Pertua. Bukan soal polis kena ikut Yang Berhormat
Rembau. Siapa Yang Berhormat Rembau? Kalau dia bukan menantu Perdana Menteri tidak
ada siapa dia sekarang. [Dewan riuh][Tepuk] Tapi Tuan Yang di-Pertua apa yang dibangkitkan
oleh sahabat saya daripada Puchong ialah dia misleading…
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Sama juga Tuan Yang di-Pertua,
kalau bukan Yang Berhormat Gombak bukan ‘balachi’ Anwar Ibrahim siapa lah dia sekarang.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: …dia misleading – Duduklah! Tak tahu
peraturankah? Duduk! [Dewan terlalu riuh]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tapi Yang
Berhormat Padang Serai dengan Yang Berhormat Puchong juga…
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Duduk! Duduk! [Dewan terlalu
riuh] [Ramai ahli berdiri]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat Gombak tak payah. Timbalan menteri pun duduk. Tak payahlah Yang Berhormat.
Saya belum pakai ini Yang Berhormat..[Mengangkat dan menunjukkan ‘gavel’]
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Saya minta laluan dari Speaker! [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: [Mengangkat
dan menunjukkan ‘gavel’] Saya biasanya letak sini Yang Berhormat, saya ketuk kepala.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Ha Ketuk! [Dewan ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tak guna
hendak ketuk sini. Kalau ketuk sini orang tak dengar. Keluar daripada sini ketuk kepala mungkin
orang dengar. [Dewan ketawa][Disampuk] Bukan ketawa sana sahaja semua sekali Yang
Berhormat.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Tuan Yang di-Pertua, apa yang dibangkitkan
oleh Yang Berhormat Puchong tadi ialah Yang Berhormat Rembau dia mislead Dewan ini.
Sebab laporan polis sesiapa pun boleh ambil. Pergi balai polis bayar RM2 boleh dapat salinan.
This is a public document, mengapa setelah dua minggu…

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Itu peribadi Anwar.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Pergi la ambil laporan polis.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat dengar dulu. Jangan berucap panjang sangat masa kita…
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Betul Tuan Yang di-Pertua, tapi apa yang
dibangkitkan hari ini ialah seolah-olah tuduhan yang dilemparkan oleh Yang Berhormat Rembau

DR. 16.7.2008
65

itu kita membenarkan. Tak benar, peguam Datuk Seri Anwar sudah menulis tiga surat pada
Bukit Aman, sampai hari ini kita tidak dapat satu salinan pun laporan polis yang kononnya di buat
pada 26 hari bulan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik, baik
Yang Berhormat.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Yang Berhormat Gombak lebih banyak
buat tuduhan yang bukan-bukan.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Siapa yang buat kita tak tahu, apa tuduhan
kita tidak tahu tapi hari ini Yang Berhormat Rembau tahu semua kandungan laporan polis
berkenaan. Bagaimana dia boleh tahu? [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik Yang
Berhormat. [Dewan riuh] [Mikrofon dimatikan]
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: …yang juga dianggotai oleh Rembau.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sudahlah,
Yang Berhormat Rembau sudahlah. Sudahlah.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Semua institusi kerajaan, sebab itu saya
minta supaya Tuan Yang di-Pertua buat ruling dia telah mengelirukan Dewan yang mulia ini dan
mesti dirujuk kepada jawatankuasa untuk diambil tindakan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat Puchong pun duduk jugalah.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Point of order, saya hendak teruskan dengan…
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Itu Anwar Ibrahim punya hal.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Point of order
ini ditunjuk pada peraturan sahaja Yang Berhormat. Lepas itu Speaker buat ruling. Lepas
Speaker buat ruling Yang Berhormat tak setuju apa punya point of order buang dalam tong
sampah Yang Berhormat.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Dengar cakap Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Masalah Yang
Berhormat fikir dia sendiri bijak sahaja. Itu masalahnya Yang Berhormat saya dah baca dua…
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengemukakan
satu isu yang berkenaan dengan peraturan 36(12) itu sahaja. Kenapa susah sangat Tuan Yang
di-Pertua hendak dengar saya?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: saya dah
dengar Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Lepas itu kita kena gantung pula. Itu yang
menjadi reaksi nampaknya. Tuan Yang di-Pertua senang sahaja, di sini saya menyatakan
bahawa Yang Berhormat Rembau adalah seorang penipu dan pengecut kerana saya berikan

DR. 16.7.2008
66

peluang kepada dia untuk pastikan, tetapkan, tadi dia kata sedemikian, adakah kata atau tidak?
Itu yang saya hendak tahu. Adakah dia pegang teguh kepada itu? Kalau berani we query
outside. Kalau berani, itu yang kita hendak tahu dan kalau Tuan Yang di-Pertua, kalau dia tidak
pegang teguh kepada bukankah itu mengelirukan mahkamah ini? Dia datang ke sini setiap hari
mengatakan macam-macam mengelirukan. Tapi Tuan Yang di-Pertua nampaknya hendak beri
penjelasan untuk pihak dia. Tidak boleh! Tuan Yang di-Pertua sepatut…
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat duduk Tuan Yang di-Pertua. Ini kah perangai orang baik Yang Berhormat?
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: 36(12), 36(12)
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk. Jam
dah 12.59 Yang Berhormat. Tak apa Yang Berhormat tak payah Yang Berhormat. Kita dengar
semua. Besok kita nilai dalam Hansard apa Yang Berhormat Rembau sebut.
Seorang Ahli: [Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Apa hendak
pukul? Saya pukul Yang Berhormat juga. [Dewan riuh]
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Tuan Yang di-Pertua saya perlu
jelaskan 36(12) Point Of Order. Saya hendak jelaskan di sini. [Disampuk] Dengar dulu, sabar,
dengar dulu.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat Pasir Salak minta tolong biar dengar dulu.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Yang saya terdengar Yang Berhormat
Permatang Pauh cakap adalah hasil siasatan polis bukan saya maksudkan laporan polis. [Dewan
riuh] Memang saya setuju.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Ha! Now dia tukar. Now dia takut.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak
jelaskan sahaja. [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat. Ya, saya tahu Yang Berhormat semua cerdik.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Tuan Yang di-Pertua…
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk Yang
Berhormat. Yang Berhormat Gombak. Saya sudah dengar Yang Berhormat.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua ini Anwar
Ibrahim punya hal peribadi, apa yang sibuk-sibuk.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Apa Yang Berhormat Pasir Salak bangun?
[Dewan terlalu riuh]

DR. 16.7.2008
67

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat. Yang Berhormat Rembau minta tolong duduk Yang Berhormat. Kita duduk dulu.
Duduk dulu.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Saya minta dia tarik balik apa yang dia kata tadi.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat saya juga dengar Yang Berhormat Gombak buat tuduhan Yang Berhormat. Jadi saya
dengar tuduhan daripada sana, dengar tuduhan daripada sini, jadi siapa yang hendak direfer
kepada Committee of Privilege Yang Berhormat? Jadi saya fikir kita dah balance dah. Kita
tengok dan lihat sama ada dalam Hansard esok hari dia mempunyai elemen-elemen yang
menunjukkan bahawa apa tuduhan itu valid atau tidak. Yang Berhormat Padang Serai saya tahu
Yang Berhormat memang aktif, memang gagah, memang berani, Malay Mail minggu lepas pun
ada buat komen Yang Berhormat buat ucapan dalam Geology Act itu. Kita dah baca semua dah
Yang Berhormat. Minta tolong Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan: [Menyampuk]
Beberapa Ahli: [Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya faham
Yang Berhormat. Itulah kena belajar dengan Ipoh Timur. Ipoh Timur kata we are not going to
take action sampai kita baca apa yang ditulis dalam Hansard Yang Berhormat.
Belajar dengan orang tau macam ini. Orang dah lama macam ini. Kenapa kita mahu
bising pula. Belajar Yang Berhormat. [Disampuk] Tak ada takut Yang Berhormat. Orang berani
tak ada takut Yang Berhormat.
Jadi Yang Berhormat Rembau masa Yang Berhormat Rembau sudah habis. Tak ada
jawapan lagi kalau hendak, tunggulah gulungan menteri nanti kalau hendak bercakap lagi. Jadi
soalan tuduhan dan tuduhan, banyak tuduhan jadi siapa hendak refer kita? Semua hendak refer
to Committee of Privilege jadi saya pun kena tuduh tak buat kerja betul Yang Berhormat. Kalau
saya betul menggunakan peraturan Yang Berhormat. Saya boleh keluarkan dua, tiga orang
daripada Dewan. Kosong Dewan, jadi kita tak hendak Yang Berhormat. Kita hendak gunakan
Parlimen ini sebagai venue kita ‘berkelakar’ …bercakap dan jagalah percakapan. [Disampuk]
Orang Sarawak ‘kelakar’ ni cakap Yang Berhormat. [Ketawa] Kalau saya dah marah saya dah
keluar cakap-cakap Sarawak itu.
Tuan N. Gobalakrishnan: [Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya sedih
melihat Yang Berhormat Padang Serai juga termasuk. Jadi Yang Berhormat saya mendengar
semua. Saya dengar Yang Berhormat Gombak sebut, saya dengar apa Yang Berhormat
Puchong sebut, saya dengar apa Yang Berhormat Padang Serai sebut, saya dengar apa Yang
Berhormat Rembau sebut, saya dengar apa Yang Berhormat Pasir Salak sebut.

DR. 16.7.2008
68

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Saya tak ada bercakap apa pun.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tak apa Yang
Berhormat. Hansard akan menunjukkan, jadi dalam keadaan yang sedemikian Yang Berhormat
kita tak ada-apa lah semua sama. Lemparan-lemparan, hujah-hujah yang genting itu sahaja
Yang Berhormat. Jadi biarlah menteri yang bertanggungjawab menjawab pada hari menteri
menggulung besok. Jadi itu sahaja Yang Berhormat, terima kasih kerana kerjasama dengan
Speaker.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan untuk sesi pagi ini ditangguhkan dahulu dan kita mula
lagi pada jam 2.30 petang nanti.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Terima kasih kepada Speaker.
Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.04 petang.
Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Dijemput Yang Berhormat Menteri
untuk membawakan usul.

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

18 thoughts on “Apakah Khairy Jamaluddin terlibat di dalam siasatan kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim ?”

  1. sudah jelas KJ sepertinya tahu menahu laporan polis itu…. Dan kenapa laporan polis itu tidak di kemukakan kepada public? Sepertinya ada yang berbau busuk…. something amiss… something surely fishy. Honestly i cannot trust the police anymore. I wish the King will step in and put things in the right perspective.

  2. Khairy is simply just one of the conspirator among the mastermind behind the case……….

  3. This KJ, he is just another emty vessel, Hisammuddin, has requested the police should investigate, sodomy case , but did he ever say the police should investigate His brother Najis for the kiiling of the poor woman from Mongolia.

  4. Dah pecah tembelang. Rasanya memang konspirasi ini adalah angkara Khairy. Dah jelas!!! Dia nak meranapkan Najib dan Anwar. Mungkin Ezam pun terlibat.

  5. 1. Khairy tak sepatutnya menimbulkan pasal DNA..soalan dari pakatan ..lain , Khairy hentam lain. Hal ini menguatkan lagi kebenaran tuduhan orang bahawa KJ dah lihat laporan polis tersebut….! Betul atau tidak..itu lain hal! Sikap bicara perlu berhati-hati ..jangan malukan mentua. Banyak hal boleh dilakukan dengan cara berdiam diri. Kita berharap PM tidak akan berdiam diri….dan bertindak menegakkan keadilan untuk semua rakyat; Pm akan menghalang sebarang usaha pihak-pihak tertentu menyalah-gunakan kuasa polis dan tentera. Saya percaya PM dapat lakukan kerana Allah memberkati dan memimpin PM.

  6. Muslim,

    How can Hishamuddin ask police to investigate his brother. He depends on this fellow to make him Deputy Prime Minister and eventually PM.

  7. Ada yg dikalangan penyokong Umno dah dapat lapuran polis tersebut,ada yg kata dapat sebahgian dari nya.Saya percaya mungkin Khairy dan Mukhriz dapat lapuran penuh.

  8. Khairy you are one of the UMNO culprit. We don’t have to trust you. You are just like a DUNG! DUNG! empty vessel.

  9. Konspirasi KJ. Dan Ezam feeder. So, KJ pecacai Ezam sekarang. Budak keparat Rembau tu sibuk2 pasal Anwar kenapa? Takut? kenapa tak bangkitkan pasal Najis bunuh betina Mongolia tu? Memang SAH KONSPIRASI.

  10. For RPK,a statutory declaration required Attorney General to take action.

    For Siful, simply accusation can caused the AG to charge an innocent Annuar?

    Is this provided under Syariah law? Definitely not under common law simply it don’t make sense at all !

  11. KJ memang terlibat dengan konspirasi DSAI..Yang DI pertua pulak macam balaci BN je…bole blah la…

  12. Hoi Kahiry, Kau buat malu org NS je. Tanya soalan bodoh tapi kalau tak silap lulusan Oxford konon. Aku org jati K.pilah ada 3 ijazah lagi hebat dari kau. Dengar sini nasihat org kg, nak buat apa ambil sample DNA DSAI. kan 10 tahun dulu sample dah ada? Takan sample DNA kau boleh bertukar-tukar! Hang dgn Pak mertua hang sama je. Bapak borek anak rintik! tapi aku dengar hang lagi teruk- lebih sudu dari kuah! . KJ, org dah bagi peluang jadi MP jadi le ahli politik yang accountable dan bijaksana! Jenerasi aku ini bijak pandai dan tak suka cara kau berpolitik. Lagi satu aku dengar kau kata SAbery C menang besar debat vs DSAI lagi le nampak kebodohan hang. Kau baca je komen Tun Mahathir dlm blognya -Sabery C jauh lebih lemah dari DSAI. Aku memang nak tunggu hang debat dgn Anwar, nak tengok cam ne hang kena boo sebab bukan pembangkang saja tak suka hang aku dengar org BN pun ramai tak suka kat hang. Kesian Hang bila pak Lah dah takde!

  13. Lama tidak komen dalam blog abg. Pertamanya skrip ini sememangnya sudah dibuat jadi org yang kerja latar belakang drama ini sudah tahu apa yang berlaku dan akan datang punya siri, kejam semakin kejam, cepat sikitlah peralihan kerajaan baru.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  14. Pingback: Pinkturtle
  15. KITA MAKLUM BAHAWA KJ MENANTU PM. JUSTERU BERPELUANG RAPAT DENGAN ORANG-ORANG TERNAMA. NAMUN, KJ PATUT MEMBEZAKAN ANTARA STATUS SEORANG MENANTU DENGAN HAL-HAL RAHSIA KENEGARAAN. MAKSUDNYA, KJ KURANG WAJAR MENGETAHUI SEGALA PERKARA YANG HANYA WAJAR DIKETAHUI OLEH PM DAN BEBERAPA ORANG TERTENTU SAHAJA. STATUS MENANTU TIDAK WAJAR DIJADIKAN TIKET UNTUK MEROMPAK DAN MENYELONGKAR SEGALA MAKLUMAT YANG BERSTATUS “TOP SECRET” NEGARA. BETAPA RAHSIA BESAR NEGARA BUKAN SEMBARANGAN ORANG YANG BOLEH MELIBATKAN DIRI UNTUK MENGETAHUINYA. DENGAN UNGKAPAN LAIN, MENTANG-MENTANG MENANTU PM, LANTAS BERLAGAK, PONGAH DAN BONGKAK ALA-ALA PM JUGA, MANA BOLEH BERBUAT BEGITU. SEMENTELAHAN, TEORI POLITIK LIWAT INI AMAT SANGAT MENCEMAR BANGSA DAN MENJATUH MARUAH MELAYU KE LEMBAH YANG HINA DAN JIJIK.:)

    IKHLAS
    NASPAZI
    http://naspazi.multiply.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: