Ayuh Peguamcara Negara, Selamatkan Malaysia

Gambar diatas merupakan gambar Peguamcara Negara Malaysia Y.Bhg. Datuk Idrus Bin Harun yang dikatakan akan mengetuai kes pendakwaan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya kes tersebut diputuskan untuk diteruskan di mahkamah kelak. Dari pengetahuan yang saya perolehi menerusi rakan-rakan peguam yang mengenali Y.Bhg Peguamcara Negara Malaysia ini, rata-rata menyifatkan beliau sebagai seorang yang amat dihormati di atas sifat rendah diri dan prinsip professional yang ditunjukkan oleh beliau selama ini. Saya dan teman-teman AMK mewakili seluruh rakyat Malaysia menggesa supaya beliau tidak sekali-kali berkompromi atau bersengkongkol dengan fitnah dan konspirasi jahat pihak tertentu di dalam kes liwat ini dengan tidak menurunkan tandatangannya ke atas kertas pertuduhan liwat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim !

Ayuh Datuk mari bersama Selamatkan Malaysia dan maruah ummat Melayu Islam. Jangan biarkan nasib anda seperti Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah.

Pengarang: Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Pengerusi KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Melaka Peguam, Yusof Rahmat & co, Ketua KeADILan Cabang Jasin, Melaka

9 thoughts on “Ayuh Peguamcara Negara, Selamatkan Malaysia”

  1. Sdr Shamsul ,

    Saya mengenali secara peribadi Datuk Idrus Harun dan beliau adalah the exact opposite Gani Patail . Malah beliau lebih senior daripada Gani dari segi perkhidmatan tetapi disebabkan Gani telah ‘ berjasa ‘ kepada Dr.M kerana berjaya memenjarakan Anwar pada tahun 1998 , maka Gani dilantel menjadi AG . Begitu juga dgn Musa yang kini adalah KPN dan Augustine Paul yang sekarang salah seorang Hakim Mahkamah Persekutuan walapun mereka semua agak junior didalam jabatan masing-masing .

    Saya yakin penuh jika tiada ‘ arahan ‘ dari pihak atas nya , Datuk Idrus Harun akan bertindak sebagai seorang pegawai yang straight forward dan tidak seperti Gani , Musa dan Paul .

    Apapun , kuasa ALLAH SWT yang mengatasi segala perancangan manusia yang mengaku Islam tetapi bertindak lebih kejam daripada yahudi lakna’tullah !

  2. Datuk Idrus Harun mungkin akan dapat kembalikan maruah keyakinan perundangan Malaysia sekiranya beliau bertintak secara jujur, saksama dan profesional.

  3. salam..

    setiap manusia fitrahnya adalah baik..bahkan allah jadikan manusia pada asalnya dalam kedaan fitrah…firman allah yang mafhumnya….

    “sesungguhnya allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan kaum itu yang mengubah nasibnya sendiri”

    maksud sebenar allah tidak mengubah sesuatu kaum itu adalah, allah tidak mengubah kelompok manusia itu yang asalnya baik, baik kerana manusia itu mengikut fitrahnya yang amat2 perlukan petunjuk dari allah dan rasulnya..selagi mana undang2 dan peraturan hidup yang allah dan rasulnya tetapkan maka selama itulah manusia menjadi baik kerana mengikut cakap allah dan rasulnya..tetapi sesuatu kaum itu akan menjadi hancur dan buruk apabila kaum manusia itu mengubah undang2 dan peraturan hidup mereka daripada undang2 allah dan rasul digantikan dengan undang2 ciptaan manusia yang bertuhankan akaq..maka disitulah maksud allah tidak mengubah sesuatu kaum yang asalnya mengikut undang2 fitrah ciptaan allah dan kaum itu sendirilah yang akan mengubahnya dengan membuang hukum allah dan menggantikan dengan hukum ciptaan manusia yang nyata merosakkan manusia, manusialah yang sebenarnya merosakkan manusia itu sendiri.

    kita berharap kepada dato’ idris harun akan mengikut fitrahnya sebagai manusia yang cintakan keamanan dan keadilan, sekiranya beliau ‘mengubah’ fitrahnya sendiri dengan mengikut nafsu manusia lain, nantikanlah kehancuran sisitem undang2 dan rakyat yang tidak berdosa akan terus dizalimi oleh manusia yang menolak fitrah..manusia yang melawan allah dan rasulnya…

    kita sama2 berdoa agar allah letakkan pendiriannya sesuai dengan fitrah manusia yang tunduk pada arahan allah dan kita sama2 berdoa agar segala urusan dipermudahkan dan keadilan kepada seluruh manusia itu akan dapat ditegakkan..wallahu a’lam.

  4. Well many people said you are a man of intergrity. Please uphold your professional intergrity and discharge your duty with a clear conscience. Let justice prevail. Be a good Muslim.

  5. Ya Allah Ya Tuhan Kami,
    Kami memohon kepada HidratMu supaya Y.Bhg Datuk Idrus Harun Peguam Cara Negara Malaysia diberikan nur illahi supaya terus melaksanakan tugasnya dgn lebih adil dan saksama demi untuk umat Islam diMalaysia ini. Lindungilah beliau dari tangan-tangan syaitan yang akan memusnahkan negara Malaysia yang kami cintai ini…Aminnn.

  6. * sama-sama menadah tangan berdoa dengan ‘Pengundi Senyap’ *

    Aaaaamiiiin, ya rabbal ‘aaaaalamiiiin…

  7. beliau merupakan bapa saudara saya….
    beliau sememang nyer seorg yang rendah diri…
    beliau juga seorg yang pendiam…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s