PENJELASAN DSAI ISU TERKINI

Berikut adalah penjelasan DSAI terhadap 2 isu yang sedang diputarbelitkan oleh media arus perdana sempena menjelangnya Pilihanraya kecil di Permatang Pauh pada 26 Ogos depan. Putarbelit ini tidak lain dan bukan hasil dari ketakutan pihak UMNO dan BN terhadap kekuatan kerjasama yang semakin kukuh di dalam Pakatan Rakyat –

Isu UiTM,

Penjelasan Tan Sri Khalid perlu diteliti dengan sejujurnya dan kita haruslah siap untuk menerima hakikat mutu institusi pendidikan kita yang jauh ketinggalan berbanding universiti di negara jiran. Ternyata keprihatinan beliau adalah untuk melihat mutu pendidikan negara dapat ditingkatkan terutamanya institusi yang diamanahkan untuk mendidik serta melatih bumiputra. Saya telahpun membaca kenyataan beliau dan berbincang dengannya, nyata sekali hasrat beliau tidak lain hanya untuk memberikan pendedahan seluasnya kepada mahasiswa UiTM. Dan ini termasuklah kemungkinan untuk menerima pelajar asing dan bukan bumiputra dalam beberapa bidang tertentu terutamanya yang melibatkan isu global dan peluang untuk bersaing di luar negara. Malangnya media UMNO memutarbelitkan kenyataan tersebut. Umum mengetahui Tan Sri Khalid merupakan tokoh besar yang mengangkat Permodalan Nasional Berhad sebagai gergasi korporat antarabangsa dan agak janggal dan lucu bila perasuah besar bumiputra serta konco-konco mereka mendabik dada berbangga kononnya merekalah pejuang Melayu tulen! Saya berharap rakyat Malaysia turut mengkaji implikasi cadangan beliau secara matang dan tidak terperangkap dengan muslihat kalangan tertentu.

Isu Forum Majlis Peguam

Saya menyinggung isu ini beberapa hari sabelum majlis berlansung. Pendirian saya konsisten iaitu menghormati hak sesiapa saja untuk mengulas serta memberi pandangan terhadap sebarang isu. Namun memandangkan sensiviti mauduk, serta persepsi sebahagian umat Islam seolah-olah terdapat rencana menghina Islam, maka saya cenderung agar isu tersebut dibincang secara tertutup. Saya menyambut baik pendirian Tuan Guru Ustaz Hadi, Presiden Pas tatkala mengulas isu tersebut. Malah Majlis Profesional Muslim berjaya merumuskan keadaan dengan mantap melalui kenyataan mereka. Kepimpinan parti pastinya berhasrat untuk mendengar penjelasan dari YB Zulkifli terlebih dahulu yang kemudiannya disusuli dengan perbincangan empat mata dengan saya.

ANWAR IBRAHIM

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

9 thoughts on “PENJELASAN DSAI ISU TERKINI”

  1. kalau dalam universiti tak mampu bersaing dengan bangsa lain dan budaya lain … macam mana nak bersaing kat luar …dunia dah global, tapi universiti ni masih berbudaya katak dalam tempurung…

    ada saudara saya yang kerja kat syarikat asing di malaysia interview budak lepasan ijazah uitm, katanya …semua tak boleh guna hanya baik untuk masuk govt service

    bangun lar dari lalai tu…

  2. Buat Pelajar2 UITM yg berdemo, anda pandai tapi tak cerdik. Sia huraikan:

    1. Siapa yg buka kuota 10% di MRSM ?

    2. Siapa yang menginggeriskan Maths & Science ?

    Tan Sri Khalid cuma beri cadangan aje..U hangpa dah ngelabah, demolah tuntut harga minyak turun & PTPTN jadi biasisiwa.
    Melayu SRP…..

  3. syabas datuk seri, saya setuju dengan pandangan datuk seri. kebelakangan ini sokongan terhadap datuk seri agak tak seimbang. ini di sebabkan kerajaan BN telah mengelirukan rakyat dengan beberapa isu sensitive, terutamanya di permatang pauh. apa datuk seri akan lakukan? bertindak sebelum terlambat.

  4. BN fails terribly.
    50 years under their guidance, the malays/bumiputeras are still not confident to compete. they are still emotional, vulnerable and easily manipulated.

    sad indeed.

    when they are be able to see the meaning of the majority; that’s the majority should help the minority, only then they will progress to become a greater and more confident race.

  5. yg jadi mangsa adalah rakyat sendiri, apa salahnya cadangan Datuk Khalid itu? jangan jadi rakyat umpama katak dibawah tempurung disebabkan tidak ada persaingan sihat dikalangan pelajar, percayalah bahawa koncept berjuang dengan pelbagai kaum adalah amalan sihat dan menjurus kepada kemajuan bangsa dan negara.

  6. Saya berpuashati dengan penjelasan dato’ seri. kita tidak perlu menjadi popular sebagai jaguh dan wira pejuang melayu dalam masa yag sama menghancurkan bangsa sendiri. melayu bagaikan menghadapi krisis keyakinan diri apabila tidak dapat menerima saingan dari bangsa lain. kita perlu dan boleh bersaing dalam ekonomi dengan mana2 bangsa lain tanpa tongkat dan bantuan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s