Apakah S.S Mufti Perlis setuju dengan 16 September ?

12 hari lagi, tarikh keramat yang dinanti-nantikan oleh 26 juta rakyat Malaysia akan tiba. Ramai teman saya sama ada ahli politik mahupun yang bukan politik (apolitical) bertanyakan khabar sama ada melalui telefon, sms, email dan pelbagai lagi cara komunikasi tentang 16 September. Soalan biasa mereka, macam mana 16 September ini ? Saya jawab insya Allah, hari itu hari penubuhan Malaysia. Mereka jawab, itu semua orang tahu. Jadi ke tidak tukar kerajaan ? Kali ini saya ingin berikan jawapan di dalam bentuk pantun oleh sahabat dan mantan naqib saya semasa di Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang dahulu. Apakah maksud di sebalik pantun ini ? Cuba kita renungi minda mufti muda ini.

Terima-kasih kepada Saudara Jimadie, http://www.malaysiakini.com yang menjadikan pantun ini sebagai berita.

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

10 thoughts on “Apakah S.S Mufti Perlis setuju dengan 16 September ?”

  1. Pantun ni ditulis tapi tidak dinyatakan ditujukan pada sesiapa. Jadi ia boleh jadi ditujukan kepada mana pihak… Memang isi agak mendalam maknanya…

  2. Abg Sham, apabila DSAI berjaya memegang tampuk pemerintahan nanti, pastikan teras kuasa politik atau tuannya mestilah di kalangan bangsa melayu dan satu lagi pastikan Islam itu tidak dikesampingkan atau sewenangnya dibiarkan ia dicabar sensitivitinya…kerana di situlah terletaknya survival DSAI & PR…

  3. Selama ini kita telah dilorongkan kepada hanya satu parti yang mampu memerintah dan mampu memberi segalanya kepada rakyat malaysia. Ia adalah UMNO dan Barisannya. Saya begitu juga, terdorong daripada lorong sempit yang tiada alternatif lain untuk menuju sesuatu pemikiran yang lebih jauh daripada itu. UMNO/BN diwaktu saya berusia lingkungan belasan tahun, saya melihat bahawa tiada parti lain sehebat UMNO dan Barisannya yang boleh membimbing dan memerintah negara dengan jayanya.

    Namun, apabila didedahkan dengan berita yang lebih membuka minda melalui saluran internet dan lain-lain informasi, maka minda ini sedikit terbuka dan semakin hari semakin luas menerima berita dengan pelbagai hidangan yang enak-enak untuk ditelan.

    Apa yang boleh diceritakan disini ialah, setiap manusia yang waras akan menimbang segala berita yang sampai kepada mereka. Samada berita itu boleh diterima mengikut kesesuaian masing² atau berita itu tidak memenuhi citarasa penerima. Mereka yang waras akan menimbang dan menerima berita setelah dilihat bukti yang dibawa bersama berita yang diterima.

    Saya yakin, PR akan membentuk kerajaan, tetapi berkemungkinan ia melepasi tarikh sasaran, memandangkan terdapat beberapa perkara yang akan dilakukan oleh UMNO/BN untuk menggagalkan sasaran. Apapun, saya akan menunggu penubuhan kerajaan PR yang baru walaupun tarikhnya akan melebihi sasaran yang ditetapkan. InsyaAllah dengan izin Allah, 16 September akan berjaya jua.

  4. Saudara Shamsul,
    Jarang sekali ke Mahkamah sekarang ya.
    Semoga perjuangan diberkati Allah sentiasa.

    Salam Ramadhan Al-Mubarak.

  5. Kepada Sdr. SAM, izinkan saya menjawab pantun SS Mufti ini dengan puisi yang bertajuk: (DI MANA KAN) KU CARI DAMAI ABADI…?

    (DI MANA KAN) KU CARI DAMAI ABADI
    DENGAN MENCARI EMAS HITAM BERTANGKI2?
    (DI MANA KAN) KU CARI DAMAI ABADI
    DENGAN ‘MENCURI’ UANG BERPETI2?
    (DI MANA KAN) KU CARI DAMAI ABADI
    DENGAN MENGUMPUL HARTA BERLORI2?

    (DI MANA KAN) KU CARI DAMAI ABADI
    DENGAN MENJANA IPP?
    (DI MANA KAN) KU CARI DAMAI ABADI
    DENGAN MEMBANGUN KLCC?
    (DI MANA KAN) KU CARI DAMAI ABADI
    DENGAN MENJARING DI MSC?

    (DI MANA KAN) KU CARI DAMAI ABADI
    DENGAN MENAJA KRONI2?
    (DI MANA KAN) KU CARI DAMAI ABADI
    DENGAN MENANDA MERCU DI LANGKAWI?
    (DI MANA KAN) KU CARI DAMAI ABADI
    DENGAN ‘MEMPERJUDIKAN NASIB’ DI BUKIT TINGGI?

    (DI MANA KAN) KU CARI DAMAI ABADI
    DENGAN MELENCONG (ASYIK2) KE ITALI?
    (DI MANA KAN) KU CARI DAMAI ABADI
    DENGAN BERLUMBA DI SIC?
    (DI MANA KAN) KU CARI DAMAI ABADI
    DENGAN MENUNGGANG KUDA PARSI?

    (DI MANA KAN) KU CARI DAMAI ABADI (LAGI)?

    MUNGKIN AKU TIDAK PERLU LAGI MENCARI
    APAKAH LAGI YANG BOLEH DIKAGUMI
    OLEH GENERASI 2020 NANTI
    KERANA SEJARAH HADHARI
    AKAN BISA MENGADILI
    JASA DAN BAKTI
    BEKAS MEMANDA MENTERI
    YANG PERDANA INI….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s