Syed Hamid Pembohong Besar – Shamsul Iskandar

Ahad, 14 September 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional

KUALA LUMPUR, 14 SEPTEMBER (SK) – Ketua Angkatan Muda keADILan, Shamsul Iskandar menyifatkan Menteri Keselamatan Dalam negeri, Syed Hamid Albar adalah seorang pembohong dengan menggunakan alasan keselamatan individu bagi menahan seorang wartawan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Jumaat lalu, wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Chen ditahan dirumahnya dibawah akta ISA dan dibebaskan 18 jam kemudianya. Dalam sidang media, Syed Hamid memberikan alasan bahawa Tan ditahan pihak polis bagi melindungi keselamatan dirinya.

“Jika faktor keselamatan, Polis boleh digerakkan untuk mengawal keselamatan wartawan ini. Sebab itu saya kata Syed Hamid ini sebagai pembohong besar,” katanya ketika dihubungi pagi ini.

Menurutnya, Syed Hamid berbohong bagi menutup kesilapan yang dilakukan olehnya, oleh yang demikian beliau terpaksa mengeluarkan alasan tidak munasabah.

“Sebab itu dia cuba menutup kesilapan yang telah dilakukan dengan memberikan alasan yang tidak munasabah” tegas beliau.

Sekiranya mengenai keselamatan, Shamsul mempersoalkan untuk keselamatan siapa Tan ditahan dibawah ISA.

” Atas faktor keselamatan siapa? kerana tahanan ISA ini dilakukan oleh kerajaan atas faktor menjaga keselamatan negara, bukan sebab menjaga keselamatan individu.” soal beliau ketika dihubungi Suara KeADILan pada 14 September ini.

Beliau turut menambah bahawa Pakatan Rakyat tetap dengan pendirian bahawa ISA tidak boleh digunakan untuk menahan seseorang tanpa bicara kerana ia bertentangan dengan hak asasi dan kebebasan manusia.

Dengan ihsan : http://www.suarakeadilan.com

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

13 thoughts on “Syed Hamid Pembohong Besar – Shamsul Iskandar”

  1. Kalau betul Tan Hoon Cheng di tahan untuk keselamatan dirinya, maka Syed Hamid perlu memberitahu rakyat siapa yang mengancam keselamatan Cik Tan.
    Dan bukankah lebih munasabah bagi pihak polis menahan sumber ancaman itu?
    Mengikut laporan media, Azhar Ibrahim (ketua UMNO Pg), yang telah menyuarakan ugutan, “the reporter should be shot.”
    Jadi soalannya, mengapa tindakan tidak diambil keatas Azhar Ibrahim?

  2. Malu menjadi warga Malaysia kerana mempunyai kerajaan BN/UMNO sebagai pemerintah yang dilabel LAWAK BODOH SOMBONG no.1 di dunia. Jadi bahan ketawa satu PLANET BUMI. Apa saja ucapan dan alasan pemimpin dgn senang sekali boleh di pertikaikan oleh rakyat low class. Menunjukan pemimpin yg berkuasa skrg punya IQ tahap rendah. (Mungkin disebabkan byk makan yg tak halal.) Menyampah tengok muka mereka di tv. Pemimpin ini adalah kategori BODOH TIDAK BOLEH DI AJAR. PINTAR TAK BOLEH DI IKUT! Bulan puasapun masih tak insaf lagi. Cakap bohong putar belit tak sudah2. Org-org Islam mengambil kesempatan menambah pahala ibadah di bulan mulia ini dgn byk membaca Al-quran, sedekah, membantu org yg kesusahan, tamat terawih tapi mereka pergi melawat Taiwan. (Amat mustahil mereka mampu menolak keseronokan dunia Taiwan). Masyaalah pemimpin Islam apa ini? Yg beragama Islam itu, kalau di hantar beribadah ke Mekah alangkah bagusnya! Manalah tahu tahun depan sempat takkah lagi puasa kalau nyawa di cabut Tuhan?BERIBADAHLAH SEOLAH MATI ESOKNYA! Ya Allah, bukalah pintu hati mereka ke jalan yg Engkau redhai.

  3. He is talking rubbish,what a minister he is? cakap macham budak-budak, kepala sudah
    botak tetapi kososng kat dalam. Misnister………. malu kan negara ini.

  4. Our leaders lack maturity and do not take ownership of decisions made. An excuse that is unacceptable from a Senior Minister who use the ISA at their whims and fancy. How do you expect the future generations to trust you on the words uttered. Please think before you speak and do not speak what you think.

    We have useless ministers in the cabinet and now I think TDM is right in commenting about the current ministers

  5. Hey you syed Hamid no 1 bullshit minister in BN (Barisan NO).Can you tell the Malaysian people who threaten the Reporter Tan?I think you must sodomised before they detained you in ISA(I SYED ASS).then you you know the pain of rakyat.

  6. Si Botak ni bukan sja Pembohong Besar, dia Penipu Besar. Keterangan Si Botak ni memang kelirukan rakyat. Katakan dia bodoh tapi dia tu menteri. Kalau dia ada otak dia takan buat kenyataan sedemkian. Mungkin dia ditekan oleh bossnya sampai hilang akal. Alasan alsan yg di beri tu memang tidak boleh di terima langsung. Nampaknya polis tidak ada upaya untuk menahan sumber ancaman tu.

  7. AKDN (ISA) adalah akta yang sudah lusuh, ketinggalan zaman dan sudah melampaui jangka hayatnya.

    Hujjah penahanan wartawan Tan Hoon Cheng yang dikemukakan oleh Hamid Albar menunjukkan dengan jelas bahawa kebolehgunaan akta ini sudah semakain sukar untuk dipertahanan. Rakyat Malaysia sudah tidak dapat lagi menerima penahanan tanpa bicara.

    Lebih baik kerajaan UMNO-BN mansuhkan ISA sekarang sebagai satu langkah untuk menagih semula sokongan rakyat.

    Kerajaan mesti mengakui bahawa ISA bertentangan dengan prinsip keadilan sejagat. ISA tidak serasi dengan hukum Islam. Kerajaan UMNO-BN akan untung besar jika ISA dimansuhkan sekarang.

    Rakyat pasti merasa lebih selamat tanpa ISA. Bila rakyat merasa selamat, tentu negara akan selamat.

    Pakatan Rakyat tidak perlu tergesa-gesa untuk ambil alih pemerintahan. Mari kita tingkatan tekanan supaya kerajaan yang ada melakukan perubahan.

  8. CAKAP SIANG PANDANG-PANDANG
    CAKAP MALAM DENGAR-DENGAR
    CAKAP-CAKAP ITULAH JADINYA
    CAKAP TAK CAKAP PUN SALAH JUGAK
    CAKAP PUNYA CAKAP HARU BIRU
    CAKAP CAKAP CAKAP
    CAKAP AJER!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s