Dakwa Anwar Agen Amerika, Agenda Politik murahan Umno – AMK

Dipetik dari http://www.suarakeadilan.com

Ahad, 21 September 2008 • Kategori: Angkatan Muda, Berita Utama
KUALA LUMPUR, 21 SEPTEMBER (SK) – Kenyataan Menteri Luar Negeri, Dr. Rais Yatim mengenai hubungkait Amerika Syarikat dengan Anwar Ibrahim dianggap sebagai biadap dalam usaha terdesak propaganda untuk mengucar-kacirkan sokongan rakyat.

Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tuduhan ini adalah kerana mereka telah gagal menyekat kemaraan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pentadbiran negara.

“AMK yakin dan percaya propaganda murah sebegini begitu terdesak direncanakan memandangkan mereka gagal menyekat kemaraan Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya dalam tempoh terdekat,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Beliau mengulas kenyataan Rais baru-baru ini yang berkata beliau memperoleh maklumat bahawa ada pihak tertentu dari Amerika Syarikat Anwar Ibrahim untuk memperkotak-katikkan dan menghuru-harakan Malaysia.

“Kenyataan biadap ini dipercayai adalah satu usaha terdesak Umno-BN melalui propaganda murah Utusan Malaysia yang kelihatan mahu mengucar-kacirkan sokongan rakyat di sebalik kemelut kepimpinan negara yang dihadapi oleh Umno khususnya,” tambahnya lagi.

Menurut Shamsul lagi, propaganda murahan mengenai ‘Anwar Agen Amerika’ ini telah disebarluas sebegitu lama, paling hangat sewaktu kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh pada bulan Ogos lepas.

“Tanpa mereka sedari, di bawah kerajaan Umno-BN jugalah Perjanjian Dagangan Bebas (FTA) antara Malaysia-Amerika Syarikat begitu hebat digerakkan dalam keadaan FTA ini ditentang oleh kebanyakan ahli ekonomi dan rakyat peringkat pertengahan,” ujarnya lagi.

Shamsul turut mengulas bahawa Kebergantungan ekonomi Malaysia ke atas Amerika Syarikat juga memperlihatkan ia menyumbang hampir 53.2 peratus jumlah eksport Malaysia sehingga Jun 2008.

“Ini pastinya berlaku di bawah pentadbiran Umno-BN tanpa sebarang campur tangan Anwar Ibrahim,” katanya lagi.

Tambahnya lagi,”Malah, Umno sendiri pada tahun 2002 sanggup menggadai sebanyak RM4.6 juta wang rakyat hanya semata-mata mahu mengupah pelobi Yahudi, Jack A. Abramoff untuk mengatur pertemuan antara Mahathir Mohamad dengan Presiden George Bush.”

AMK menurut Shamsul akan mendesak agar Rais Yatim memberikan justifikasi jelas mengenai tuduhan palsu beliau dengan kadar segera.

“AMK juga tidak teragak-agak untuk menyaman Utusan Malaysia kerana bertindak mengapi-apikan sentimen rakyat dengan nilai pemberitaan yang rendah dan jumud sekiranya mereka gagal menarik balik berita tersebut dalam tempoh 24 jam,”katanya lagi

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

One thought on “Dakwa Anwar Agen Amerika, Agenda Politik murahan Umno – AMK”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: