Pak Lah Letak Jawatan, Mahathir Catur Muhyiddin vs Najib?

Semalam sahihlah Pak Lah tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno, dan akan meninggalkan tampuk pemerintahan Malaysia pada bulan Mac 2009.

Maka ramailah yang membuat konklusi bahawa Najib akan mengambil alih. Tetapi melihat kepada respon Pak Lah seperti dilaporkan oleh Malaysiakini, saya kira ada sesuatu yang pelik behind the lines yang sedang Pak Lah caturkan:

He said that he hoped the person who will take over from him would be Najib.

“I hope it is Najib. Why do I say hope? Najib has to stand for Umno elections first. Once he wins the elections and becomes party president then we will discuss it (the transition),” he said.

Wah, lain macam benar statement Pak Lah kali ini. ‘Najib harus bertanding (dalam pemilihan Umno) dahulu, dan jika dia menang baru kita akan bincangkan.’ Maknanya Najib bukanlah pilihan mutlak Pak Lah, dan Pak Lah akan menyerahkan kepada ahli Umno untuk menentukan siapa Presiden Umno selepas beliau, bukan Najib secara automatis. Licik!

Tidak seperti selalu, Najib hanya akan menyatakan pendiriannya hari ini. Selalunya kalau bab-bab kuasa, Najib akan bagi respon segera, tetapi kali ini hold dulu. Mungkin perlu mandi susu dapatkan ilham.

Yang menjadi tumpuan pastinya Muhyiddin, apabila beliau menjelaskan hanya akan membuat kenyataan berkenaan jawatan yang bakal beliau tandingi Jumaat ini, selepas Najib memberi respon.

Apa yang boleh dibaca? Bacaannya mudah, Muhyiddin berkemungkinan akan bertanding jawatan Presiden Umno menentang Najib. Ini akan menyaksikan Tengku Razaleigh, yang dikhabarkan ada bertemu Mahathir Mohamad sebelum ini, akan kekal bertanding jawatan Presiden Umno dan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Ku Li-Muhyiddin-Najib.

Inilah percaturan Mahathir Mohamad. Setelah berjaya menjahanamkan demokrasi di Malaysia, kini Mahathir mahu meneruskan kejahanaman ini dengan mengucar-kacirkan pemerintahan negara dengan menghalang Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri. Apa yang beliau lakukan? Memastikan Pak Lah meletak jawatan dan digantikan dengan orang lain. Siapa orang itu? Pastinya Muhyiddin.

Kenapa Muhyiddin? Harus diingat, Muhyiddin adalah orang pertama yang menggesa Pak Lah supaya mempercepatkan peralihan kuasa. Muhyiddin juga adalah orang pertama yang berjaya memujuk Mahathir untuk kembali masuk Umno selepas Mahathir ‘bercerai talak tiga’ dengan Umno.

Mahathir sudah hilang keyakinan kepada Najib. Najib tidak boleh diharap untuk menggasak Pak Lah. Dan Muhyiddin nampaknya berjaya memainkan peranan ini.

Nampak? Betapa zalim dan kejamnya Mahathir sehingga sanggup memporak perandakan parti beliau sendiri hanya untuk melampiaskan nafsu tuanya. Ingat, Mahathir yang memecat Anwar Ibrahim. Mahathir juga yang memilih Pak Lah sebagai TPM dan seterusnya menggantikan beliau sebagai PM. Jadi siapa punca kerosakan Malaysia skrg? Jawapnya kekal Mahathir.

Seluruh Malaysia tahu, bahawa Anwar Ibrahim punya karisma dan upaya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dakwaan Anwar bahawa beliau mempunyai kapasiti yang selesa untuk menawan Putrajaya bukan mainan, ianya realiti dan diketahui umum baik pimpinan Umno-BN termasuklah Mahathir. Tetapi Mahathir akan melakukan apa saja untuk memastikan Anwar tidak akan menjadi PM. Mungkin takut berpindah ke Kerala agaknya jika Anwar menjadi PM.

Demokrasi dalam Umno sudah mati akibat Mahathir rentetan tragedi pengharaman Umno tahun1988, demokrasi Malaysia juga berjaya dimandulkan oleh Mahathir pada tahun 1998 dek pemecatan Anwar Ibrahim. Usai tahun 2008 kita kini dipertontonkan dengan kehancuran Umno. Dan menjadi tanggungjawab kita agar kehancuran Umno tidak menjadi domino effect yang membawa kepada kehancuran Malaysia, hanya kerana kenyanyukan seorang manusia bernama Mahathir Mohamad!

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

8 thoughts on “Pak Lah Letak Jawatan, Mahathir Catur Muhyiddin vs Najib?”

  1. apa kene ni syamsul? macam ni ke kualiti ketua angkatan muda? cari orang untuk dikambing hitam kan….

    lebih baik tengok pertandingan ketua pemuda umno..

  2. bodoh.anwar jd pm.melayu jatuh.tnpa mahathir.melayu jatuh mcm hindu.dgn anwar jd pm.dia akn melatik cina mnjadi timbalan nya.cuba pikir guna otak whai org melayu.apa akn trjadi jika anwar mati ketika itu?malysia akan diperintah oleh cina.dan sterusnya melayu akan ditindas.

  3. Politik tu semua untuk kepentingan sendiri. Kalau Anwar pun, ko ingat dia takde agenda sendiri untuk peribadi… Pii rahhh…. Yang penting kena lah buat kerja.. At least Tun M dah banyak buat kerja yang baik…

  4. okay. muhyiddin has announce him to contest VP.

    not as YDP as u mention in ur BS piece of writing.

    i expect u to do the right thing – harakiri.

    but i also expect u not to do that, because u havent
    got the balls.

    ikut kamu lah labu

  5. “Masih absahkah politik kita, atau hanya sirna sementara. Atau Politik Baru hanya sekadar retorika romantika Sang Pembicara…atau mungkin sahaja angan-angan indah Jenin-Jenin jelata yang menjilat keringat semangat agar diulang julang bicara keramat…Apakah arti semuanya ini, jika walhasil, politik dangkal Sang Penguasa yang bentur berleluasa, lantas mewariskan generasi yang berketur gelonggong macam gong, bodoh sombong lagi bengong, legasi Leluhur yang kendur…Mereka akan terus mengkeroyok dan akan terus-terusan begitu sehingga kita bangkit bersama-sama menzahirkan…ISLAH WA TAJDID WA TA’ZIZU WADH’I AS SIYASAH AL MADANIYYAH LIL MALAZIYYA AL JADIDAH!”

  6. Hey..Lu fikir kamu melayu boleh hidup tanpa cina? Zaman Melayu Melaka pun dapat perlindungan Negara Cina daripada serangan Negara Siam dan Majapahit…Tengok lah Singapura..PM pun Cina…Dasarnya pun baik…Lu tau apa??? Beranak banyak-banyak tunggu datuk bagi kebajikan untuk hidup..Buka si otak kamu

  7. DIKALA INI SAYA MULA TERFIKIR BENARKAH ARAH PERJUANGAN INI. SETELAH MELIHAT SATU TINDAKAN AHLI2PKR KEPADA FAMLI SAYA HINGGA 4 REPORT POLIS TERPAKSA KAMI BUAT MENYEBABKAN HATI INI MULA TAWAR. BENARKAH PERJUANGAN INI? BAGI SESIAPA YG INGIN TAHU CERITA EMAILKAN SAJA PADA SAYA ahzizulanuar@yahoo.com. SAYA TIDAK MAHU MEMBURUKKAN DITINTA INI. TAPI PERCAYALAH SELURUH AHLI PKR ANDAI CERITA INI DIKETAHUI MAKA REPUTASI PKR AKAN JATUH. SEMOGA SELAMAT PAKATAN RAKYAT

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s