AMK Kecam Tindakan Zalim Polis Rempuh Kampung Baru Plentong Tengah

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

16 Oktober 2008

AMK Kecam Tindakan Zalim Polis Rempuh Kampung Baru Plentong Tengah

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengecam keras tindakan polis yang bertindak biadap merempuh dan menyerang penduduk kampung tanpa mengira batasan umur secara ganas dan zalim di mana menyaksikan 10 buah rumah dirobohkan di Kampung Baru Plentong Tengah Johor hari ini.

Apa yang sangat dikesalkan ialah kebiadapan pihak polis yang memukul dan mengasari masyarakat setempat termasuklah warga emas,golongan wanita dan kanak-kanak kecil.

Meski permohonan penduduk untuk memohon penangguhan perlaksanaan pemusnahan kampung di Mahkamah Tinggi Johor Bahru telah ditangguhkan ke 29 Oktober 2008, pihak pemaju dengan dibantu oleh pihak polis dan beberapa samseng upahan telah bertindak mengasari hampir 100 warga kampung dan meroboh hampir 10 buah rumah. Warga emas yang cedera telah dibawa oleh AMK dan Pakatan Rakyat untuk mendapatkan rawatan di hospital berhampiran.

AMK kesal kerana dalam masa yang sama Menteri Besar Johor sedang menjamu para Exco dan Adun Umno-BN tanpa mempedulikan nasib warga kampung yang tertindas teruk di sini.

Adalah sangat malang bagi rakyat negeri Johor tatkala mereka masih dicanang kubu kuat Umno-BN,tetapi tidak seorang pun pimpinan Umno-BN yang berada bersama warga Kampung Plentong Tengah untuk mempertahankan hak mereka daripada diragut oleh pemaju yang tidak bertanggungjawab.

AMK menggesa penjelasan segera diberikan oleh Ketua Polis Negara dan Menteri dalam Negeri mengenai kebiadapan pihak polis yang sangat bertentangan dengan hak asasi manusia dan di luar norma kewarasan fikiran.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Pengarang: Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Pengerusi KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Melaka Peguam, Yusof Rahmat & co, Ketua KeADILan Cabang Jasin, Melaka

3 thoughts on “AMK Kecam Tindakan Zalim Polis Rempuh Kampung Baru Plentong Tengah”

  1. Kalau sudi, letakkan dalam blog.

    Syawal Suram Di Selatan
    (Dedikasi buat penduduk KG. PLENTONG TENGAH)

    16 Syawal suram,

    Selatan bergolak,

    Ego menguasai diri,

    Tiada ihsan, tiada belas.

    Tua, muda bersatu,

    Lelaki, wanita berpadu,

    Satu langkah,

    Kerana hak dan keadilan.

    Merah biru menggila,

    Cota kayu cari mangsa,

    Tetapi sampai bila,

    Lupakah akan si Dia.

    Benak gundah dada senak,

    Kelopak berkaca demi maruah,

    Usah diganggu ragu itu,

    Berjuanglah demi keadilan.

    Abah, emak, adik, kakak,

    Angin singgah menghulur tangan,

    Doa dihantar,

    Demi Allah aku teruskan perjuangan.

    Lupakah,

    Lupakah kita semua,

    Kita juga akan ke sana,

    Untuk bertemu dengan Yang Maha Esa.

    M. Khairul Anwar
    Bandar Baru Bangi,
    16 Oktober 08

    *penulis juga merupakan Naib Ketua 2, AMK Bahagian Batu, WPKL.

  2. .

    Kepada Yang berhormat,

    Bersyukurlah kerana YB sekarang seorang pemimpin, bergelar ‘Yang Berhormat’ pula dengan gaji besar dan kehidupan mewah. Rakyat terlalu memerlukan perhatian YB. Mungkin kisah ini juga berlaku di kawasan YB. Bacalah dan berkhidmatlah…..

    Dengan kederat seorang tua yang kurang sihat, kerja yang termampu dilakukan oleh Pakcik Zainal yang hidup bersama seorang isteri dan seorang anak perempuan hanya mengambil upah membersih kebun orang dikawasan berhampiran.

    Antara perbualan saya dengan Pakcik Zainal,

    “Ada orang datang melawat Pakcik di sini?”.

    “Ada.” Kata Pakcik Zainal.

    “Bila?”. Tanya saya.

    “Masa dia orang nak minta saya mengundi, dia orang datanglah.”

    “Sudah berapa lama Pakcik tinggal di sini?”

    “Lima tahun”

    http://kerajaanrakyat.com/?p=1848

    .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s