Lawatan Kerja Ketua AMK Ke Kg Baru Plentong Tengah Masai Johor

16 Oktober 2008

Tengahari tadi saya bergegas ke Kg Baru Plentong Tengah Masai Johor apabila dimaklumkan keadaan huru hara berikutan tindakan pihak penguasa merobohkan rumah-rumah penduduk kampung. Agak mengejutkan dan amat menyedihkan setiba saya di sana melihat keadaan persekitaran dan kemusnahan keadaan kampung berkenaan. Dalam puak-puak Umno sedang sibuk untuk mengejar dan mengekalkan jawatan di Bahagian, rupanya tiada seorang pun puak-puak Umno yang dikatakan pelindung Bangsa Melayu yang sudi atau mengambil berat dengan keadaan yang berlaku di Kg. Baru Plentong ini. Saya sertakan beberapa keping gambar di atas sebagai gambaran umum keadaan kampung ini hasil dari perbuatan pihak yang tidak berperi kemanusiaan tatkala umat Islam masih lagi meraikan bulan Syawal sebagai tanda kemenangan selepas mengharungi Bulan Ramadhan sebelum ini –

Pengarang: Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Pengerusi KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Melaka Peguam, Yusof Rahmat & co, Ketua KeADILan Cabang Jasin, Melaka

3 thoughts on “Lawatan Kerja Ketua AMK Ke Kg Baru Plentong Tengah Masai Johor”

  1. As’kum Mas shamsul. Apalah nak jadi kepada watan tercinta ini? Bukan sesuatu pertubuhan itu pada intipatinya untuk menjaga kebajikan ahli2 & masyarakat? Apatah lagi, parti politik? Mana perginya UMNO & pemimpinnya membela nasib warga kpg Baru Plentong ni? Sibuk berkempen utk bahagian? Sibuk menyogok pancing undi bahagian? SIBUK Makan Jamuan Raya, berkempenlah tu, pancing undilah! Jaga2 sikit…nanti kail tersasar kat batang hidung! Buka khemah tawarkan kediaman alternatif kononnya kat umah pangsa tu, “Tiada Wang Muka, Tiada Kos Guaman!” TIADA MUKA LAH TU. Lepas tu, buat komisen lah tu dari pemaju kediaman alternatif tu!
    Saya tak kisah kalau warga kg Plentong tu Melayu ke? cina ke? India ke? Orang Asal ke? iban ke? Kadazan ke? Apa2 ajalah! Asalkan dia/mereka itu anak watan bumi malaysia, saya akan bersama dalam hati & semangat mempertahankan nasib & kebajikan mereka. Ini adalah tanggungjawab semua warga bumi malaysia.
    Saya harap lebih ramai lagi yg berjuang untuk keAdilan akan sampai tanggal 29 ni. Dan janganlah kita berehat seketika menanti ketibaan 29hb Oct. Terpeliutlah kita kalau besok atau lusa samseng upahan robohkan lagi istana kita.

    Catatan: Hai, mana YB Amiruddin Saari?
    Masih Beraya ke kat kampung?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s