Peristiwa Kampung Baru Plentong Tengah

Kronologi peristiwa Kampung Baru Plentong Tengah:

1985 Penduduk meneroka tanah. Pejabat Tanah memaklumkan bahawa tanah tersebut tiada pemilik.
1986 KBPT terbentuk. Penduduk memohon hak milik tanah. Pejabat Tanah kata tanah dimiliki Syarikat Mosbert.
1987 Tanah ditukar tangan kepada Jet Ace Co. dan seterusnya kepada Oakfield.
1989 Penduduk kalah kepada Oakfield di Mahkamah Tinggi JB dengan perintah milikan kosong.
1990 Dalam usaha mendapatkan ehsan DYMM Sultan Johor, penduduk ditipu sebanyak RM 18,000.00 oleh ‘orang tengah’.
1991 Atas cadangan wakil rakyat, penduduk membentuk tabung bertujuan membeli tanah daripada Oakfield.
1993 Pembayaran pendahuluan penduduk dari wang tabung sebanyak RM 417,307.93 digelapkan oleh peguam.
1993 Oakfield melakukan perobohan rumah. Atas suruhan wakil rakyat, penduduk melarikan diri ke dalam hutan. Selepas itu, penduduk membelanjakan RM 22,000.00 untuk membebaskan seorang penduduk yang tidak sempat lari dan ditahan oleh polis.
1993 Atas cadangan peguam, penduduk menanggung kos menghantar wakil untuk memohon wang kebajikan atarabangsa di Filipina.
1993 Penduduk menang kepada Oakfield di Mahkamah Rayuan KL dengan ketepikan perintah kommintal Mahkamah Tinggi JB.
1994 Oakfield setuju menjual tanah kepada penduduk. Perundingan pembelian tanah dimula.
1994 Penduduk ‘menghilangkan’ RM 820,000.00 kepada Oakfield melalui peguam J. Sing & Co.
1995 TNB membekalkan elektrik ke KBPT.
1996 Bukit Lenang Development Sdn. Bhd. ambil milik tanah KBPT. Pemaju menawarkan pampasan kepada penduduk yang berpindah. Penduduk tidak setuju kerana rasa nilai pampasan tidak setimpal.
1997 Penduduk buat aduan polis terhadap Oakfield yang jualkan tanah sedangkan proses jual-beli dengan penduduk tengah diproses.
1997 Bukit Lenang saman penduduk. Bukit Lenang menolak cadangan tuntutan ganti rugi penduduk.
1997 Penduduk membuat kempen tandatangan dan hantar surat kepada MB Johor atas sokongan Jawatankuasa Sokongan Peneroka Bandar (JSPB).
1998 Penduduk kalah di Mahkamah Tinggi JB dengan perintah milikan kosong tetapi terus merayu.
1999 Kerajaan Johor mengurniakan tanah Kg. Bukit Dagang kepada penduduk.
2000 Bukit Lenang menjalankan operasi pengusiran secara paksa. Penduduk turun sama-sama dan berjaya mempertahankan rumah.
2000 Penduduk menang kes di Mahkamah Rayuan KL.
2002 Penduduk kalah di Mahkamah Tinggi JB.
2007 Penduduk kalah di Mahkamah Rayuan Putrajaya.
2008 Bukit Lenang mendapat notis perintah mahkamah.
2008 Oktober : Hakim telah memberi surat kepada peguam yang menyatakan beliau cuti dan akan memulakan sebutan kes pada 29 Oktober 2008.Bukit Lenang Development tidak menghirau surat daripada hakim dan menetapkan pengusiran secara paksa pada 16 Oktober 2008 dengan alasan ingin merobohkan rumah-rumah yang telah kosong.

2008 Oktober 16: Penduduk Kg Baru Plentong Tengah mula berhinpun secara aman seawal 8 pagi. Pihak berkuasa telah membuat sekatan di jalan masuk utama kampong dan cuba berbincang dengan wakil penduduk. Peguam yang mewakili penduduk kampung tiba dan membantah perobohan rumah berlaku kerana sikap Bukit Lenang Development yang tidak menghormati perintah mahkamah supaya menunggu sehingga tarikh sebutan kes. Bailif Bukit Lenang Dev. Menyatakan yang beliau mendapat perintah daripada mahkamah tanpa notis bertulis untuk masuk ke kampung dan melaksanakan perobohan. Kekecohan berlaku dimana Pihak Berkuasa (FRU & PDRM) memaksa penduduk untuk bersurai. Penduduk enggan bersurai dan kekerasan telah digunakan oleh Pihak Berkuasa untuk menyuraikan penduduk. Pihak berkuasa masuk ke kampung untuk mengiringi jentera-jentera perobohan untuk melaksanakan perobohan rumah-rumah yang tidak berpenghuni lebih kurang 11.45 pagi.

Pengarang: Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Pengerusi KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Melaka Peguam, Yusof Rahmat & co, Ketua KeADILan Cabang Jasin, Melaka

12 thoughts on “Peristiwa Kampung Baru Plentong Tengah”

  1. apa yang boleh dinyatakan disini semua pihak
    samada penduduk ataupun badan2 berkuasa menghormati
    apa jua tindakan tanpa bertiindak melulu..

  2. Macam biasalah.. ‘oh! Malaysiaku’ kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan.Rakyat sendiri dihalau dan dihambat, pendatang pula yg ada banglo,dapat tanah dan dapat kerakyatan.
    Sebabnya kerana kebanyakan orang kita tak pilih kepimpinan dari segi tuntutan Islam tapi dari segi secularisma.
    Penindasan dan ketidakadilan akan terus berleluasa, hanya Islam yang dapat mencerahkan zaman.
    Seperti kisah bangsa sioux, orang asli Amerika Utara yang telah ditipu tanah meraka oleh kerajaan dari dahulu hinggalah sekarang. Tiada perubahan walaupun zaman berubah dan kerajaan berubah. Semua kerana tamak haloba dan nafsu serakah manusia.
    ISLAM memberi penyelesaian dalam hal ini, mendidik manusia menjadi insan yang boleh mengetahui, mengenal dan menjaga hak-hak diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara dengan sempurna, Insha’Allah.

  3. Hem aper nak buat. Saya bersyukur kerana UMNO \
    adalah kubu kuat di Johor ni. TQ pemimpin UMNO. Anda adalah pejuang sejati yg setia membina kubur2 tanpa nisan di tanah2 melayu. Pejuangan menobatkan duit sbgi No1 dan agama kelas terakhir AMAT TERPUJI. Semoga KBPT tidak menjadi satu lagi kubur terkini sempena Aidilfitri ini. Berjawaplah semua di dpn Illahi nanti

  4. saya suka komen abu mustafar, kembali kepada ajaran sebenar. Renung2kan.. fikir tentang bangsa sendiri, jangan jadi pengemis di tanah sendiri

  5. Salah siapa sebenarnya? Rakyat yg meneroka tanah? Pejabat tanah yg kata tanah tak bertuan? Pejabat tanah yg kata tanah ada tuan? Pemimpin politik yang nyata tak dapat membantu penduduk? Pening….pening…..

  6. MELAYU ITU ORANG YANG BIJAKSANA,
    NAKALNYA BERSULAM JENAKA,
    BUDI BAHASANYA TIDAK TERKIRA,
    BILA MENGAMPU BIJAK BERALAS TANGAN,
    –dipetik dari nukilan usman awang–

  7. Punca sbnr adalah status tanah.. Ramai rakyat yg tidak faham undang2.. Jika tanah yg tersebut telah ‘bertuan’ maka secara automatik kita tidak layak utk menduduki tanah tersebut.. kecuali atas budi bicara pemilik tanah (tuan tanah)… Dalam hal ini sebenarnya penduduk yg salah…

    Adakah tanah tersebut tergolong dlm tanah rizab melayu?.. saya rasa tidak sebab tanah tersebut telh dimiliki oleh sebuah syarikat…

    jika kita lihat kronologi di atas jelas tanah tersebut diterokai tanpa mengetahui status sebanar pemilikan tanah tersebut?

    Siapa yg salah sebenarnya?? Fikir2 kan

    1. 1985 Penduduk meneroka tanah. Pejabat Tanah memaklumkan bahawa tanah tersebut tiada pemilik.
      1986 KBPT terbentuk. Penduduk memohon hak milik tanah. Pejabat Tanah kata tanah dimiliki Syarikat Mosbert

      agak2 la,diorg baru perasan kot ada tanah kat situ.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s