PLKN harus dikaji semula

Dipetik dari http://www.suarakeadilan.com

PLKN harus dikaji semula – Shamsul Iskandar
Isnin, 3 November 2008 • Kategori: Angkatan Muda, Berita Semasa, Berita Utama, Nasional
Oleh ABBAS IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 3 NOVEMBER (SK) – Pendekatan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) patut dikaji semula secara holistik bagi menghasilkan keberkesanan dalam program tersebut.

Menurut Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin Jabatan Latihan Khidmat Negara harus bergerak pantas dalam mencari satu resolusi setelah empat tahun usia program dilancarkan.

“Kerajaan kena kaji semula secara menyeluruh dan modul, kurikulum kursus harus di beri penekanan agar lebih berkesan. Bukan sekadar latihan fizikal, kawat, meredah rintangan dan seumpama yang dilihat begitu ’stereo-type’. Pembangunan Insan harus di beri penekanan,” katanya.

Tambahnya, PLKN sepatutnya tidak dijadikan alat politik Kerajaan Barisan Nasional, dan program itu menurut beliau perlu menunjukkan kesungguhan untuk membina sahsiah remaja.

“Berjuta-juta ringgit wang rakyat telah dibelanjakan untuk tujuan penubuhan PLKN, namun keberkesanannya belum dapat kita lihat menghasilkan sesuatu yang benar-benar boleh dibanggakan,” katanya lagi.

Menurutnya, beliau berasa kecewa dengan peristiwa-peristiwa remaja-remaja wanita yang dicabul kehurmatan, dirogol, ada yang mati dalam keadaan yang boleh dipersoalkan tapi seperti biasa dinafikan. Menurutnya perihal sebegini sungguh mendukacitakan.

“Kepada peserta yang beragama Islam, amal-ibadah perlu di beri keutamaan dan dititikberatkan. Kena ada satu rumusan agar ‘Pembanguan Insan’ itu, harus didahulukan. Kalau mengikut model dari negara jiran, Singapura, hanya peserta lelaki dibenarkan ikut latihan,” katanya lagi ketika dihubungi Suara Keadilan Online pagi ini.

Pengarang: Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Pengerusi KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Melaka Peguam, Yusof Rahmat & co, Ketua KeADILan Cabang Jasin, Melaka

16 thoughts on “PLKN harus dikaji semula”

  1. PLKN memang merupakan suatu landasan untuk menerapkan nilai-nilai murni di dalam jiwa remaja di negara kita. Tapi walaubagaimanapun, ia harus menekankan disiplin yang tinggi supaya tidak terjadi perkara yang tidak diingini. Memang ada juga saya dengar kes remaja wnita PLKN yang dicabul dan dirogol dan ada juga yang suka rela melakukan seks bersama pasangan yang baru dikenali. Perkara ini tidak akan terjadi jika kawalan yang ketat dan disiplin yang tinggi diamalkan. Ataupun, hadkan pergaulan antara lelaki dan wanita di dalam aktiviti-aktivitinya. Mana aktiviti yang perlu diasingkan antara lelaki dan wanita, kita asingkan…

  2. i had the uncomfortable task of sacking 3 of my staff after they returned from their SO CALLED NATIONAL SERVECE. They were very hard working polite staff working for a bumi company of which I was the g.m. before they left for their national service. We kept their positions open for them for the duration of leave, when they return, mind you there was a total pyscological change when they returned. before where they were polite, they became lazy, uncooperative, abusive to fellow bumi staff, rude to supervisors and the throwing of tantrums and shouting loudly and using foul language became the norm, if this was one staff, we could put it down to a personal problem, but when 3 staff members showed these traits, and all 3 going to 3 different camps, I had to ask this very relevent question, what the hell are they running there, 2 were girls and 1 was a boy. all 3 staff had to be let go within a week after their return, and this was requested by their fellow staff, who said they were being bullied very badly. Now if any staff that goes for the SO CALLED NATIONAL SERVICE WE DREAD WHAT WE ARE GOING TO GET BACK IN RETURN.

  3. Pada pendapat saya PLKN harus dibatalkan sahaja, jika matlamatnya untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam jiwa remaja atau untuk memupuk semangat perpaduan, ia boleh dilakukan disekolah-sekolah iaitu melalui aktiviti ko-kurikulum pakaian seragam seperti pengakap, kadet tentera, kadet polis, PBSM, dan sebagainya…

    Kerajaan patut gunakan budget PLKN yang banyak tu untuk aktiviti-aktiviti ko-kurikulum pakaian seragam seperti memperbanyakkan lagi perkhemahan peringkat daerah, negeri dan peringkat kebangsaan semasa cuti sekolah, dan pelajar yang menyertai aktiviti peringkat kebangsaan diberi elaun seperti peserta-peserta PLKN…

    Kalau nak buat juga PLKN (National Service) tu, saya sokong kalau LELAKI sahaja yang pergi… Macam kat US..

  4. Kadang-kadang program yang dibuat kerajaan ini ada agenda yang tersembunyi untuk kepentingan politik pihak-pihak tertentu. Bila ada udang disebalik batu maka hasilnya tidak akan dapat seperti yang kita harapkan.

  5. PLKN TAK GUNA MENYUSAH KAN ORANG JE KLAU ORAng NK SAMBUNG BELAJAR PUN TAK BOLEH MENYUSAH KAN JE BEB ……………………………………………………………………………..

  6. KTE PATUT ADEKAN MOGOK BANTAH………….. SESIAPA YANG TENGAH BELAJAR PATUT DIKECUALI KAN BAGI LAH PADA ORANG YANG TAK DE HALA TUJU JE KAN ELOK BAGI MEREKA HALA TUJU

  7. plkn menyusahkn…main paksa2 je..mana taknye..kalau tak hadir,d kenakn hukuman…aku ni bkn diri sndiri yg mau pegi,tp di pilih sesuka hati je tnpa mntk izin…nnti kalau aku di ambil tndkn,aku tdk akn berhenti brdoa spya org2 yg spttnya di persalahkn,akn di timpa bala,hidup merempat di dunia dn akhirat…AAAMIIIINNNN……….

  8. lupe nk g tau..aku ni sbnrnya nk jga bpk aku yg ada mslh pglihatan..KALAU AKU TAKDE,SAPA LAGI YG DPT JAGA BPK AKU?????ni kalau aku di ambil tndkn sbb tak hadir plkn,AKU SUMPAH ORG YG TAK DA KEPALAK OTAK TU AKAN JADI BUTA!!!! nah!!! rasekan mcm mane kalau jadi gitu…..

  9. pelaksanaan program PLKN perlu dikaji semula..kewajarannya..keberkesanannya dan implikasinya kepada semua pihak.

  10. aku sokong!aku benci plkn.taun dpn aku kene gi dah.aku dala org sush,baru ingat nak keje tlg mak bpk cari duit byk2,da kene gi.bengang tol.setakat bagi rm 450,mane cukup bagi kuarge makan!!bodo la kerajaan buat program ni!!aku benci!!aku sumpah org yang buat program ni jadi miskin.baru tau rase!

  11. semua org tak suka program ini kenapa tidak fikir cara untuk menyampaikan bantahan kita kepada kerajaan?asyik balas di sini siapa dapat tengok jer ?

  12. (KANGAR: Kecewa gagal mendapatkan cuti sakit (MC), dua pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) terpaksa menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, selepas bertindak meminum cecair pencuci, petang kelmarin.

    Mangsa yang berusia 17 dan 18 tahun dan berasal dari Alor Setar, Kedah, dikatakan meminum satu tudung cecair pencuci jenama Dynamo selepas kecewa gagal mendapatkan MC di klinik Kem Tassoh, Padang Besar dekat sini.

    Difahamkan kedua-dua pelatih terbabit tidak berminat untuk menyertai program itu tetapi nama mereka dipilih secara rawak dan memasuki kem pada 13 Mac lalu.

    Ketua Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Mohd Nasir Hussin, yang mengesahkan kejadian itu berkata dua pelatih terbabit ditemui tidak bermaya di kem selepas meminum pencair pencuci dan dikejarkan ke HTF dengan kenderaan PLKN, jam jam 4.30 petang.

    Katanya, polis mengambil keterangan daripada kedua-dua pelatih berkenaan dan tidak bercadang mengenakan tuduhan terhadap mereka.

    “Siasatan awal mendapati kedua-dua pelatih tidak berminat menyertai latihan PLKN dan kecewa apabila gagal mendapat MC daripada pegawai perubatan di Kem Tassoh.

    “Selepas gagal mendapat MC, dua pelatih secara bersama bertindak meminum pencair pencuci di dalam bilik sebelum ditemui dalam keadaan tidak bermaya oleh rakan mereka,” katanya di sini, semalam.

    Sementara itu, Pengarah HTF, Datuk Dr Faiz Ahmad Khan ketika dihubungi berkata, kedua-dua pelatih PLKN terbabit kini dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan lanjut.)

    Ini saye jumpa di internet , saye juga terpilih dlm siri 7, saye mesti juga sama dgn mereka ni ! mati pun tak nak pergi !

  13. Saya ada dengar kata salah satu sebab PLKN diwujudkan adalah untuk mendisiplinkan remaja2 di negara ini memandangkan masalah sosial yang semakin membimbangkan.Tetapi bagaimana nak disiplinkan orang dengan aktiviti2 yang mengarut seperti chicken dance lah.3 bulan punya training itu aje yang paling dibanggakan di PLKN.Kalau training tu buat la cara training so tak payah la ada campur tangan daripada mak bapak atau pihak luar.Macam mana nak kuatkuasakan disiplin sedangkan pelatih2 ni tak boleh ditegur dan dimarah sikit langsung.Pengalaman saya jadi jurulatih dulu selalu sangat masalah dalam kem dibawa ke pengetahuan pihak luar dan meyebabkan mereka ini campur tangan dan memanipulasi keadaan sedangkan mereka ini tidak tahu hujung pangkal sesuatu cerita.Lagi satu saya telah dianiaya oleh PLKN.Nak tahu cerita,laporan palsu dan tandatangan palsu telah dibuat oleh Timbalan Komandan Latihan ke atas saya dan PLKN ni satu perangai dia suka mendengar sebelah pihak dan tak nak siasat betul2.Biasak la nak cover geng dia.Dulu saya bercadang nak bawa kes ini ke tengah tetapi saya rasa membuang masa aje saya layan orang yang tak nak dengar kebenaran ni.Kepada sesiapa yang baca komen saya ni,bak kata Nabil (Raja Lawak Astro) “LU PIKIRLAH SENDIRI”.

    1. HA HA HA HA…betulla kata sahabat kita ni,dgr cakap budak punya pasal,sampai kena tipu dgn budak…HA HA HA HA…percaya budak tu jadi anak angkat Sultan Pahang…HA HA HA…bagi aku gelak dulu…padan muka,itu baru sikit tuhan nak tunjuk,lepas ni ape ntah…HA HA HA (ketawa berguling2)…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s