Pembelian Eurocopter ‘Bersih’: PAC Diarah Untuk Lindung Imej Najib?

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) begitu kesal dengan keputusan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) yang mengambil keputusan untuk menutup siasatan skandal pembelian Eurocopter tanpa sebarang penemuan yang munasabah.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid dilaporkan sebagai berkata tiada sebarang penyelewengan dari segi prosedur dalam pembelian helikopter Eurocopter tersebut dan penilaian dari segi teknikal dan kewangan pembelian 12 helikopter itu yang keseluruhan berharga RM1.604 bilion termasuk pakej ofset adalah mengikut piawaian antarabangsa.

Kenyataan ini adalah sesuatu yang mengecewakan dalam keadaan harga tersebut adalah jauh berbeza dengan jumlah yang dibelanjakan oleh  negara-negara seperti India dan Brazil yang boleh membeli lebih daripada 50 buah helikopter yang sama pada kadar RM1 billion.

AMK juga kesal apabila PAC sekadar ‘kurang senang’ dek kerana tiada penilaian fizikal dilakukan terhadap helikopter yang bakal dibeli sebelum kerajaan membuat sebarang keputusan. Sewajarnya, dalam sebarang pembelian aset, uji cuba perlu dilaksanakan agar ianya dijamin selamat dan tidak membahayakan kepada pengguna, khususnya senjata dan juga pengangkutan. Dalam konteks profesionalisme urusniaga, sebarang pembelian barangan khususnya aset seumpama ini perlu diuji cuba terlebih dahulu, bukannya sekadar melihat spesifikasi melalui dokumen dan terus meluluskan tanpa sebarang tindakan susulan.

AMK melihat bahawa PAC telah gagal memainkan peranannya untuk memanggil Najib Tun Razak selaku mantan Menteri Pertahanan yang bertanggungjawab meluluskan pembelian berkenaan, sebaliknya hanya membuat penilaian berdasarkan laporan daripada Kementerian Pertahanan yang pastinya telah diatur dan disusun supaya ‘cantik dipandang dan sedap didengar’.

Apa yang menghairankan ialah sebarang kes melibatkan Najib, seperti kes Altantuya dan yang terbaru kes Eurocopter ini, pasti akan ‘disenyapkan’ oleh pihak berkenaan. Apakah ini satu pelan terancang untuk menyembunyikan kekotoran yang boleh memalitkan imej Najib yang begitu bersemangat untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri menjelang Mac 2009?

AMK kekal konsisten dengan kenyataan terdahulu bahawa BPR perlu meneruskan siasatan meskipun PAC menetapkan tidak ada apa yang berlaku di sebaliknya.

Imej kerajaan dan negara perlu dibersihkan agar wang rakyat tidak dibazirkan oleh pemimpin Umno-BN dengan sewenang-wenangnya.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Pengarang: Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Pengerusi KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Melaka Peguam, Yusof Rahmat & co, Ketua KeADILan Cabang Jasin, Melaka

3 thoughts on “Pembelian Eurocopter ‘Bersih’: PAC Diarah Untuk Lindung Imej Najib?”

  1. Can we demand the PAC to come out with a report and make public. After all it is of public interest.
    DS Azmi, OB….
    Pakatan members in the PAC, speak up. Or Najib has to come out strong and if he is not involve then someone is culpable.

  2. Tiada apa yang saya harapkan berkenaan isu melainkan BPR harus meneruskan siasatan terhadap semua pihak yang terbabit secara langsung dan tak langsung walaupun PAC telah ‘membenarkan’ isu ini lepas begitu sahaja…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s