Al-Fatihah : Perginya seorang sahabat dan pejuang

Panggilan telefon pada jam 2 pagi, ahad, 9 November 2008 memang mengejutkan saya. Saya dimaklumkan oleh Zul, abang Aziz Madon telah kembali bertemu sang Khalik. Saya tanya kenapa ? Beliau memaklumkan, arwah jatuh pada sekitar jam 12.40 pagi dan terus meninggal dunia. Saya kemudiannya menelefon kak Liza dan beliau menjawab di dalam nada yang sedih, “abang Aziz dah tak de”. Saya ucapkan takziah dan meminta beliau untuk bersabar. Ini semuanya adalah ketentuan Allah. Besar hikmahnya, insya Allah. Tanpa berlengah saya cuba menghubungi beberapa pimpinan kanan Keadilan Jasin termasuk Saudara Azmi Kamis, Timbalan Ketua Bahagian, Tuan Haji Manan, Naib Ketua Bahagian, Puan Mahani Masban, Setiausaha Bahagian dan Saudara Zamzizul, Ketua Angkatan Muda. Mungkin kerana malam telah larut saya hanya berjaya menghubungi Zamzizul dan timbalan pengerusi tetap, abang nordin serta rosli bakau, mantan setiausahan bahagian. Kemudiannya saya memanjangkan makluman melalui sms kepada rakan-rakan.

Keesokan paginya, saya bergegas ke hospital Jasin. Doktor memaklumkan bedah siasat terpaksa dibuat memandangkan beliau tiada sebarang rekod perubatan dan juga rawatan. Hasilnya, ada kesan darah beku di bahagian jantung di mana kesimpulan doktor ialah serangan jantung. Saya kemudiannya membantu jenazah arwah dimandi dan dikapankan. Saat yang paling menyedihkan buat saya ialah di kala memberikan ciuman terakhir kepada arwah sebelum ditutup sepenuhnya.

3 hari sebelum arwah meninggal, saya makan tengahari bersama beliau di pekan Jasin. Beliau kelihatannya kurang berbual dengan saya tidak seperti selalu. Beliau menyampaikan hasrat kawan-kawan agar di dalam pilihanraya yang akan datang saya akan bertanding di Jasin. Saya mengambil sikap positif dengan saranan beliau dan meminta arwah untuk menyusun program untuk tahun depan. Beliau gembira dengan jawapan saya. Itulah abang Aziz, sentiasa bersemangat untuk berjuang memastikan kemenangan Keadilan di Jasin ini walaupun sentiasa dihimpit dengan masalah kewangan.

Allahyarham kini meinggalkan seorang isteri, Kak Liza dan dua orang anak yang masih bersekolah masing-masing berusia 14 dan 11 tahun. Kak Liza hanya bekerja menjaga kantin dengan upah gaji harian sebanyak RM 15 sehari. Saya pasti ramai yang boleh membayangkan betapa susahnya hidup mereka nanti. Insya Allah, hari Sabtu ini, 15/11/2008, selepas program Seminar Harapan Baru Malaysia (SEHARUM) di Melaka, saya dan teman-teman keadilan Jasin akan menganjurkan bacaan yasin dan tahlil di rumah arwah di Kampung Air Baruk, Jasin, Melaka selepas solat Maghrib.

Kepada para budiman dan penderma, hulurlah sedikit bantuan kepada keluarga arwah agar mereka mendapat sedikit kekuatan bagi mendepani cabaran mendatang. Semalam saya telah menghubungkan Kak Liza dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah melalui telefon supaya terubat sedikit kesedihan beliau. Sesiapa yang sudi menderma sila hubungi Norliza di talian 019.6871498 atau masukkan ke dalam Akaun Maybank, No akaun : 154053334412.

Salut kepada Komrad Aziz ! Al-Fatihah.

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

7 thoughts on “Al-Fatihah : Perginya seorang sahabat dan pejuang”

  1. Assalammualaikum,
    Terima kasih kepada semua yang hadir pada hari pengkebumian aruah abang aziz kelmarin.
    Semoga aruah dicucuri rahmat hendaknya.
    Apa yang ingin saya kongsikan disini adalah tentang ketabahan suami aruah iaitu kak Liza yang juga adalah kakak saya. Pada pagi 9/11/08 jam 5am saya terima panggilan dari akak yang mengatakan abang Aziz sudah meninggal. Dalam terpisat-pisat bangun dari tidur saya bertanya akak abnag aziz yang mana? berulang2 kali..sebabnya saya confuse sebab akak langsung tidak menangis…kemudiannya line terputus dan saya telefon akak semula barulah saya pasti yang abang aziz yang dimaksudkan oleh akak. kali ini barulah suara akak sebak. pada detik itu berlegar2 difikiran saya mengenangkan nasib akak dan anak2, Naim & Fatin.Sampai di tanah perkuburan, saya lihat akak dari jauh tampak kuat tapi bila kami adik beradik menghampiri beliau dan bersalam, nyata air mata beliau tidak dapat ditahan lagi.
    Sememangnya akak Liza yang saya kenal memang seorang yang tabah setelah melalui ranjau kehidupan selama ini.
    Moga akak teruskan semangat & kekuatan demi meneruskan kehidupan. Kami adik beradik sentiasa menyokong dang membantu selagi terdaya.
    Al-Fatihah buat roh abang Aziz

  2. ucapan takziah kepada pn.liza dan keluarga, sy amat mengenali allahyarhamu sejak 1987hingga kini, kehilangannya amat dirasai sebagai sahabat karib…kami sama bertugas di atta’wuniah travel n tours…’memang allah menyayangi beliau’ doa kami semuga ruhnya ditempatkan dikalangan ahli syurga…amin

  3. Pengajian Kitab Bersama al-‘Allamah al-Habib Salim bin ‘Abdullah bin ‘Umar asy-Syatiri.

    Tarikh: 17 Dhulqaedah 1429/15 November 2008 (Sabtu)
    Masa: Selepas sholat Maghrib
    Lokasi: Masjid Baitul Aman,102, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur
    Kitab: an-Nasooih ad-Diiniyah wal Washooyaa al-Imaniyah (Nasihat Agama dan Wasiat Iman)
    Pengajar: InsyaAllah khusus untuk pengajian malam tersebut al-‘Allamah Habib Salim bin ‘Abdullah bin Umar asy-Syatiri akan mengajar.

    Tarikh: 18 Dhulqaedah 1429/16 November 2008 (Ahad)
    Masa: Selepas sholat Maghrib
    Lokasi: Masjid Baitul Aman,102, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur
    Kitab: ad-Da’wah at-Tammah wa Tazkiratul ‘Aammah (Dakwah Yang Sempurna dan Peringatan Yang Utama)
    Pengajar: InsyaAllah, khusus untuk pengajian malam tersebut al-‘Allamah al-Habib Salim bin Abdullah bin Umar asy-Syatiri akan mengajar.

    http://pondokhabib.wordpress.com

  4. As’kum,
    Saya menangis dalam hati. Walaupun kenalan saya dgn Abg Aziz tak lama, ingatan saya segar masa di pilihanraya kecil Permatang Pauh. Abg Aziz memang kurang bercakap, tapi Sopan & Berbudi bahasa. Dan walaupun ada masalah ekonomi, tetap baik hati & berkongsi apa yang ada.
    Kematian itu satu tragedi & saya sedih Abg Aziz tinggalkan kita. Saya juga menumpang simpati buat keluarganya.
    Sebagai seorang yg baik hati, budi pekerti & prihatin pada keluarga & sahabat handai, kuat menegakkan solat, Surgalah tempatnya, harapan & doa saya.
    Al-Fatihah.

  5. Timbalan ketua Angkatan Muda Keadilan iaitu saudara Faris Musa sudah jadi gila sekarang. Tengoklah cara dia berpolitik. Saudara Faris Musa menjadi Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Terengganu tanpa jawatakuasa pemuda. Bayangkanlah semasa saudara Faris Musa memegang jawatan Ketua Angkatan Muda Negeri Terengganu tak pernah sekali pun dia mengadakan Mesyuaratnya.Lagi satu yg aku nak tergelak ada jugak pengikutnya yg tersangatlah bodoh namanya saudara Muzafik,dengar cerita dialah timbalan ketua Angkatan Muda Negeri Terengganu dan dia jugalah Setiausaha.Siang malam dok ikut saudara Faris Musa yang tiada faedah.Aku rasa saudara Muzafik ni sudah jadi kuda saudara Faris

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: