Saya telah menerima berita sedih semalam. Sahabat yang begitu dekat dengan hati saya telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.10 malam tadi, (selepas maghrib, hari Jumaat, mengikut waktu Islam). Beliau menghidap penyakit kanser limfoma. Saya sempat menziarahi beliau semasa di UMMC atau lebih dikenali sebagai Hospital Universiti, lebih kurang 2 bulan yang lalu. Pada waktu itu, beliau kelihatan bersemangat untuk meneruskan kehidupan dan saya sempat berkongsi isu-isu politik semasa dan terkini.
Semasa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dahulu, beliau antara pemimpin pelajar yang menjadi ikutan saya. Selain daripada memegang jawatan penting di dalam Majlis Perwakilan Pelajar dan Law Society UIA, beliau juga bertanggungjawab membawa saya aktif ke dalam Persatuan Pelajar Undang-Undang Asean dan kemudiaannya memastikan saya memenangi kerusi Presiden semasa di Tagaytay City, Filipina.
Buat rakan-rakan yang ingin mengunjungi jenazah beliau buat kali terakhir, beliau akan disemadikan di tanah perkuburan ibukota jam 9.30 pagi. Jenazah beliau sekarang ini berada di alamat W 9, Jalan Sampadi Satu, Taman Setapak, Kuala Lumpur.
Buat teman-teman yang ingin memberikan sokongan moral kepada isteri beliau, Sainursalwa, boleh menghubungi nombor telefon arwah di 0122187715. Kepada Salwa dan keluarga, saya akui kematian itu sesuatu yang memeritkan. Bersabar dan redho itu besar ganjarannya di sisi Allah. Saya dan keluarga mendoakan agar mudah-mudahan roh Lukman ditempatkan di kalangan roh para Shuhada. Ameen.
Semoga Allah mengampuni & merahmati atas rohnya, serta akan dihimpunkan bersama-sama para solehin. Amiin.
Al Fatihah…
Berita yang amat sedih. Saya tak tahupun beliau sakit. Entahlah.. sukar nak gambarkan kesedihan ini
Sekiarnya sesiapa yang ada buku GRADS97 inilah kata-kata hikmah brother Lukman yg ditulis pada tahun 1997
“Life is short so strive hard”
Doaku untuk Bro. Lukman
Sesungguhnya kami ini kepunyaan Allah. sesungguhnya kepada Nya kami kembali. (Riwayat Muslim)
Ya Allah! Ampunkanlah ia dan rahmatilah ia. Selamatkanlah ia dan maafkanlah kesalahannya. Muliakanlah tempatnya, luaskanlah kuburnya, mandikanlah ia dgn air, salji dan hujan batu. Bersihkanlah ia daripada kesalahan sebagaimana engkau bersihkan pakaian putih dari kekotoran. Gantikanlah rumah yg lebih baik daripada
rumahnya, keluarga yg lebih baik daripada keluarganya, pasangan yg lebih baik dari pasangannya. Masukannlah ia ke dalam syurga dan lindungilah ia daripada seksaan kubur [dan seksaan neraka] (Riwayat Muslim)
Ya Allah, Ampunilah orang yg hidup dan orang yg mati di antara kami, orang yg hadhir dan orang yg ghaib di antara kami, kanak-kanak dan orang yg dewasa di antara kami. Ya Allah, Sesiapa yg Engkau hidupkan di antara kami, maka hidupkanlah ia atas ajaran Islam. Sesiapa yg engkau matikan di antara kami, maka matikanlah ia di atas iman. Ya Allah, Janganlah Engkau halangi kami daripada memperolehi pahalanya dan janganlah Engkau sesatkan kami sesudahnya. (RiwayatIbnu Majah dan Ahmad)
Ya Allah, Sesungguhnya sahabatku Lukman dalam tanggungan Mu dan perlindungan Mu. Peliharalah ia dari fitnah kubur dan seksa neraka, Engkau
adalah yang menunaikan janji dan Maha benar. Ampunilah dan belas kasihanlah dia. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang. (Riwayat Ibnu Majah dan Abu Dawud)
penting sangat2.
Klik sini : http://perisik-rakyat.com/2008/12/perhatian-untuk-semua-bloggers.html
.saja nak mengusik.
Orang meninggal bermakna meninggalkan dunia yang fana dan pergi ke alam barzah. Yang pergi adalah yang telah meninggal dan yang tinggal adalah yang masih hidup.
Jadi apabila orang hidup mengucapkan selamat tinggal pada yang telah pergi, ia adalah sesuatu yang janggal dan bersalahan dari segi hakikat.
Sepatutnya ucapan yang sebegini:
“Selamat jalan sahabatku,semoga Allah merahmati mu”
INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN…Tiada yang kekal buat manusia kecuali kematian yang hakiki…maka hadapilah ia dengan jua kehidupan yang hakiki…AL FATIHAH BUAT AL AKH LUQMAN!
Sam,
Just found your blog.
Thank you for the dhu’a and prayers.
We are doing ‘better’ now. Adjusting to a new life.
But he is still in our heart.
The 012 number has been terminated. Any friends who are asking info about Arwah, pls call my no: 019 3508746
Again, thanks for your support. Indeed Arwah has been talking about you during his last few days.
Rgds,
Sainursalwa