Rapat MUDA (Menghadam Ucapan Dasar) Kedah dan Melaka

Kovensyen AMK Kedah

Hari Sabtu yang lalu, Angkatan Muda Keadilan Kedah telah menganjurkan buat julung-julung kalinya Konvensyen Angkatan Muda peringkat Negeri Kedah dan Perlis. Hampir kesemua bahagian telah menghantar pemimpin mereka kecuali negeri Perlis yang mana penglibatan mereka di dalam program-program seperti ini belum memberangsangkan. Saya telah dijemput untuk merasmikan konvensyen tersebut yang telah diadakan di Dewan Seri Mentaloon di dalam kawasan kediaman Menteri Besar Kedah. Tahniah kepada Saiful, Hafiz, Cikgu Man dan pasukan angkatan muda yang telah bekerja keras menganjurkan program ini.

kovensyen amk kedah

Di dalam ucapan perasmian, saya telah mengupas beberapa perkara penting seperti yang telah dibentangkan di dalam ucapan dasar semasa kongres angkatan muda yang lalu. Saya tegaskan bahawa AMK perlu bersama-sama memperkasakan kerajaan pakatan rakyat khususnya di Kedah memandangkan ianya amat penting bagi kelangsungan perjuangan rakan-rakan yang lain di negeri-negeri yang belum lagi dimenangi oleh Keadilan.

Di dalam kesempatan hadir ke Kedah, mereka juga telah mengaturkan pada malamnya program Ceramah Umum bertajuk Memecahkan Tembok Perkauman di Sungai Petani bersama-sama dengan YB Saifuddin Nasution dan pimpinan negeri yang lain. Saya mengambil kesempatan dengan mengulangi penegasan semasa kongres AMK yang lalu bahawa sudah sampai masanya kita menolak fahaman politik perkauman dengan membina nuansa politik baru berasaskan kepada prinsip al-‘adalah (keadilan).

Rapat MUDA Melaka
Rapat MUDA Melaka

Keesokan harinya pula iaitu pada hari Ahad, saya telah bergegas pula ke Melaka untuk menghadiri program Rapat MUDA di Melaka. Perasmian dan pengisian awal program tersebut telah dilakukan oleh Pengerusi Perhubungan Keadilan Melaka yang baharu dilantik semula iaitu Pak Khalid Jaafar. Beliau telah berkongsi dengan pimpinan AMK secara khusus mengenai The Common Vision (Wawasan Bersama).

Saya mengucapkan tahniah kepada Saudara Tan Seng Toh, Ketua AMK Melaka dan juga Saudara Hairiz yang telah bertungkus lumus mengumpulkan seramai 50 orang kumpulan teras dari seluruh bahagian untuk menghadiri rapat ini yang saya tahu agak sukar dilakukan di negeri yang belum lagi kita menangi.

Saya tekankan 3 perkara penting yang perlu dilakukan di dalam usaha Keadilan untuk menawan Melaka (Ops Tawan Melaka) dalam pilihanraya umum ke-13. Pertama, membudayakan ilmu di dalam gerakan anak muda ini, keduanya, melaksanakan latihan yang berterusan sehingga ke akar umbi dan ketiga, meluaskan penyertaan anak-anak muda di dalam politik kepartian dengan usaha menambah keahlian.

Bagi menjawab tohmahan kerajaan BN bahawa orang Melayu tidak lagi bersatu apabila Keadilan dan Pakatan Rakyat mula mengambil alih kepimpinan beberapa negeri, saya telah menyarankan supaya kesemua pimpinan muda negeri untuk menelaah karya Dr Syed Husin Ali mengenai analisa beliau yang tajam dan tepat mengenai masalah orang melayu sepanjang berada di bawah Kerajaan BN.

Insya Allah, kita akan memastikan rapat MUDA ini akan dianjurkan di semua negeri sebagai usaha awal memperkasakan gerakan ini. Pimpinan negeri yang lain, harap dapat bersedia dari sekarang.

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

2 thoughts on “Rapat MUDA (Menghadam Ucapan Dasar) Kedah dan Melaka”

  1. Syabas diucapkan kepada AMK Kedah dan AMK Melaka yang berusaha untuk memajukan dan menguatkan AMK di kawasan yg dah dimenangi oleh PR dan belum lagi.

    Komen saya sebagai org Politik Baru dan Lama, PKR Kedah tidak akan berkembang jika Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah sendiri bergelumang dengan politik bermasalah dari dulu dan kini.

    Sama juga Melaka, kalau Pak Khalid Jaafar juga masih jadi Ketua alamatnya… pimai pimai tang tu jugak.

    Apa yg nak saya bagitau adalah Sdr Samsul sbg Ketua AMK Pusat mesti menguatkan AMK yg negerinya dah menang macam Selangor dan Perak. Tetapi yg PKR menang paling banyak dan memerintah adalah SELANGOR. Maka, negeri PKR ini mesti dijadikan contoh sbagai Model kepada negeri2 lain.

    Saya lihat walaupun negeri Selangor dah dikuasai oleh PKR, Amk nya amat lemah dan longlai. Ketua AMK Selangor tidak komited untuk menggerakkan AMKnya. Exco2nya pun macam anak ayam tak ada ibu.

    Mungkin Sdr boleh berbincang baik2 dengan MB Selangor selaku Ketua PKR Negeri bagi membincangkan perkara ini.

    Bila AMK Selangor nak buat Konvensyen pula? Saya pun teringin nak hadir dan bersama.

    Sekian. Kembang Terhalang.

  2. sALAM.. kEADILAN MELAKA PERLUKAN SUNTIKAN… PERLUKAN KETUA YG BENAR BENAR BOLEH BERKOMUNIKASI BERSAMA PENDUDUK MELAKA DENGAN BAIK. PKR MELAKA MASIH JAUH DENGAN KEMENGAN JIKA MASALAH INI TIDAK DISELESAIKAN… CAWANGAN KEADILAN BEGITU SURAM. TIADA AKTIVITI DAN MASYARAKAT MASIH TIDAK MENGENALI PARTI KEADILAN PERINGKAT NEGERI MELAKA

    >>>
    PANDANGAN DARI ORANG KAMPUNG…. MELAKA NEGERIKU

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s