Malaysia Di Luar Dunia

1. Semalam, saya berceramah di rumah saudara Rasyeed Khan, Anjung Batu, Melaka. Beliau merupakan bapa saudara kepada Adnan Mansor (orang UMNO panggil Tengku Adnan). Di kampung, beliau lebih dikenali dengan nama Rashid Maidin. Mungkin ada kaitan dengan sifat beliau yang agresif di dalam oposisi.

2. Tetamu yang hadir berceramah bersama saya ialah YB Puan Haniza Talhah, Timbalan Speaker Negeri Selangor dan juga ADUN Taman Medan dan YB Yaakob Sapari, Exco Kerajaan Negeri Selangor dan juga ADUN Kota Anggerik.

3. Kedua-dua “orang kuat” Selangor semalam telah memberikan penerangan kepada rakyat Melaka bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor khususnya Keadilan melaksanakan dasar-dasar yang prihatin dan mesra rakyat, antaranya perlaksanaan sistem Kafalah, Tabung Wawasan Selangor (TAWAS) dan pemberian air percuma.

4. Ada 2 isu penting yang saya utarakan. Pertamanya mengenai pengurusan air di Melaka. Kerajaan Negeri Melaka telah menjadikan air sebagai barang dagangan. Ini terbukti apabila Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) akan memajak aset air pada kadar sewa tahunan RM26 juta kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) milik Kerajaan Persekutuan dengan jaminan bahawa kerajaan negeri tidak akan menghadapi kerugian berikutan pelaksanaan inisiatif Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air,sebaliknya bakal memberi banyak manfaat kepada negeri dan rakyat.

5. Perstrukturan itu melibatkan mengambilalih aset air bernilai RM889 juta dan hutang kerajaan negeri Melaka berjumlah RM770 juta oleh PAAB serta pembayaran lebihan RM119 juta dalam tiga ansuran RM39.7 juta dalam tempoh tiga tahun. SAMB dijangka memperoleh pendapatan RM142 juta dan keuntungan kasar RM11 juta setahun.

6. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pula menambah bahawa inisiatif itu akan menjadikan operator air negeri entiti aset ringan yang membolehkan mereka menumpukan perhatian sepenuhnya kepada rawatan dan pengagihan air, sekali gus dapat menyediakan perkhidmatan air lebih berkesan. Beliau berkata, dengan sebagai satu-satunya pihak mengurus infrastruktur air negara, segala penjimatan kononnya akan diagihkan kembali kepada rakyat menerusi kadar tarif air yang berpatutan. Sebagai rakyat kita punyai asas yang kukuh untuk meragui kebenaran kenyataan ini.

7. Saya juga menyentuh mengenai kegawatan ekonomi dunia yang akan memberikan kesan besar kepada negara. Walau bagaimanapun, kita hairan bagaimana Menteri Kewangan terus-terusan menyatakan bahawa fundamental ekonomi kita masih kukuh. Di dalam keadaan seluruh dunia berhempas pulas memikirkan masalah kegawatan ekonomi, Malaysia dengan selamba menyatakan bahawa ekonomi kita baik dan tidak terkesan dengan kegawatan ekonomi dunia. Mungkin kedudukan Malaysia agaknya berada di luar dunia !

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

2 thoughts on “Malaysia Di Luar Dunia”

  1. Sad sad Malaysia, poor poor Malaysia kerana akan dapat seorang pemimpin yang bangang hanya menggunakan glamour nama arwah bapa nya sahaja.
    Harap harapkan dalam tempoh 3 bulan ini orang orang UMNO insaf dan sedar diri untuk menghalang si bibir merah menaiki tahta negara.
    Will Pak Lah has the political will to act on the many issues raised and clear his conscience before handing over his job which majority Malaysians disagree.

  2. Tiada perlu risau saudara dana yang disembunyikan di luar negara boleh dibawah masuk oleh para pemimpin kita sebagai pelaburan asing dan dibasuh di negara ini dan selepas dihalalkan pemperolehan akan dihantar balik selepas ekonomi pulih.

Tinggalkan Jawapan kepada Kaypee Batal balasan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s