Cadangan Ali Rustam (Calon Timbalan Presiden UMNO) yang b….

Kah, kah, kah, satu cadangan b…. daripada Ali Rustam. Saya membaca laporan BERNAMA yang dipetik oleh http://www.mstar.com.my mengenai syor untuk permainan layang-layang sebagai aktiviti kokurikulum sekolah oleh calon Timbalan Presiden UMNO ini. Saya tanyakan beberapa orang rakan, respon mereka, kenapa tidak dimasukkan sekali permainan-permainan lain seperti batu seremban, upih kelapa, teng-teng atau main getah untuk dimasukkan sebagai aktiviti koku yang lain ? Berilah cadangan yang sensible sikit wahai Ali Rustam…

Berikut disertakan laporan BERNAMA tersebut dan maklum balas daripada teman saya mengenai cadangan ini di dalam blog beliau, http://www.nahdah.wordpress.com

Syor jadikan permainan layang-layang aktiviti kokurikulum sekolah

MELAKA: Permainan layang-layang dicadangkan dijadikan antara aktiviti kokurikulum di sekolah kerana permainan tradisi itu semakin dipinggirkan di samping mengelakkannya daripada pupus.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, bagi mengekalkan permainan tradisi berkenaan, minat terhadap permainan layang-layang perlu diterap bermula pada peringkat sekolah.

“Di sekolah ada juga aktiviti kokurikulum seperti permainan congkak dan gasing tetapi layanglayang tidak ada walau pun peminatnya ramai,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Othman Muhamad pada majlis perasmian Pesta Layang-Layang MalaysiaChina di Dataran Pahlawan di sini, hari ini.

Kira-kira 50 peserta melibatkan 100 jenis layang-layang dari Malaysia dan China menyertai pesta berkenaan.

Mohd Ali berkata, permainan layang-layang sekarang ini sudah diperkenalkan di peringkat antarabangsa dan delegasi Malaysia pernah mempertunjukkan permainan layang-layang di luar negara.

Kehadiran peserta dari China iaitu dari Nanjing dan Beijing memberi ruang kepada peserta tempatan untuk mendapat maklumat dan kemahiran terkini berkaitan ilmu dalam permainan layang-layang kerana difahamkan China memang mempunyai kemahiran dalam permainan itu, katanya. BERNAMA

komen Adi:

Murid-Murid, Hari Ini Kita Belajar Menari dan Main Layang-layang!

Kalau cadangan Ketua Menteri Melaka agar permainan layang-layang dijadikan kokurikulum sekolah diterima pakai oleh Kementerian Pelajaran, saya berkemungkinan secara serius akan mempertimbangkan bakal anak-anak saya esok tidak akan dihantar ke sekolah kebangsaan.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Pelajaran menyatakan bahawa subjek akademik di sekolah rendah akan digugur dan diganti subjek baru seperti drama dan tarian.

Apa sebenarnya hala tuju sistem pendidikan kita? Apakah generasi masa depan sedang disediakan untuk menjadi seniman dan budayawan semata-mata?

Saya setuju bahawa subjek akademik di peringkat sekolah rendah perlu dirombak, tetapi tidak perlulah cadangan-cadangan tidak cerdik seperti di atas dipertimbangkan secara serius.

Sewajarnya wajibkanlah subjek tulisan jawi melalui pengajian agama Islam yang sangat penting di kalangan murid melayu muslim. Subjek Pengajian Moral dan Ketatanegaraan juga perlu diselitkan. Saya tidak nampak apa relevannya Pendidikan Muzik di sekolah, kerana pada saya ia hanya menambah beban masa guru dan murid.Kalau itupun sudah kurang relevan, mana relevannya subjek tarian dan drama?

Saya nampak lesson plan anak-anak zaman sekarang dalam bidang hiburan lebih berjaya berbanding menjadi.

Waktu kecil boleh masuk Tom-Tom-Bak untuk asah bakat, dah remaja sikit boleh cuba nasib dalam Akademi Fantasia. Kalau tak menang, jangan risau sebab Radio Era.FM akan ambil ‘graduan AF’ yang kurang laku. Dah berjaya jadi selebriti boleh kahwin dan kemudian masuk Sehati Berdansa!

Nampak tak? Jadi artis lebih berjaya berbanding jadi guru, jurutera, doktor ataupun pensyarah.

Apalah nasib pendidikan di Malaysia. PPSMI diteruskan, pelan pengajian sekolah terus caca marba. Masa depan anak-anak kita bagaimana?

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

4 thoughts on “Cadangan Ali Rustam (Calon Timbalan Presiden UMNO) yang b….”

  1. Wahai ali rustam, carilah idea lain kalau nak popular pun…

    Kalau nak cadang, cadanglah permainan tradisional sebagai ko-kurikulum…

    Main layang2 jadi ko-ku… nampak sgt kebodohan calon timbalan presiden UMNO ni…

  2. Tidak munkin cadangan tersebut datang nya dari Ali Rostam. Kalau budak kurang cerdek atau pun yang tidak bersekolah mencadangkan nya aku percaya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s