AMK Bidas Penahanan Ketua AMK Terengganu

5 Januari 2009

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin melahirkan rasa kesal dengan tindakan pihak polis yang menahan Ketua AMK Terengganu, Sdr Fariz Musa dan lima lagi ahli Skuad AMK Terengganu yang sedang menampal poster di sekitar bandar Kuala Terengganu, awal pagi tadi.

Penahanan Fariz yang juga Tmbalan Ketua AMK Pusat jelas merupakan satu bentuk intimidasi awal oleh BN yang memanipulasi pihak polis untuk mengekang kempen yang dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat.

Apa yang menghairankan ialah,apakah aktiviti penampalan poster boleh dikaitkan sebagai satu hasutan yang boleh membawa kepada kemudaratan awam? Apakah calon BN, yang merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab kepada pengurusan polis bertindak menggunakan kuasa di saat-saat akhir beliau menjawat jawatan berkenaan sebelum beliau melepaskan jawatan untuk dinamakan sebagai calon PRK Kuala Terengganu esok?

AMK difahamkan bahawa yang menjadi isu ialah poster yang ditampal memaparkan gambar mendiang Altantuya Shaaribuu.Persoalan timbul apakah masalah yang dihadapi dengan paparan gambar mendiang Altantuya jika ia tidak mensabitkan mana-mana pihak berkenaan?

AMK mempersoalkan apakah Najib Tun Razak berasa gusar dengan penampalan poster berkenaan berikutan beliau akan hadir ke penamaan calon di Kuala Terengganu? Seharusnya Najib tidak perlu gusar jika beliau benar-benar tidak terlibat mahupun mengenali mendiang Altantuya sebagaimana yang pernah disumpahkan beliau sewaktu Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada Ogos 2008 lepas.

AMK dengan ini mendesak agar pihak polis memberikan justifikasi terperinci berkenaan penahanan sdr Fariz dan ahli Skuad AMK dan menggesa mereka dibebaskan pada kadar segera.

AMK juga ingin memberi peringatan kepada Umno-BN agar mereka tidak menyalahgunakan jentera dan instrumen kerajaan termasuklah pihak polis untuk memastikan kemenangan mereka pada 17 Januari kelak. Rakyat tidak mudah diperbodohkan dengan siri intimidasi yang kelak akan menjerat leher Umno-BN sendiri.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Pengarang: Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Pengerusi KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Melaka Peguam, Yusof Rahmat & co, Ketua KeADILan Cabang Jasin, Melaka

6 thoughts on “AMK Bidas Penahanan Ketua AMK Terengganu”

  1. ‘ini satu lagi projek kerajaan barisan nasional’Bangkit dan bangunlah rakyat malaysia terutama rakyat kuala terengganu dari KEALPAAN mu.Mereka semua sudah hilang pertimbangan untuk menang.Ingat -KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT. Marilah kita semua menyokong PAKATAN RAKYAT untuk mentadbir negara.InshakALLAH.

  2. Lawan PAKATAN LAWAN. Keluar lah beramai ramai pengundi KT dan rakyat Malaysia di seluruh negara akan berdoa semoga diberi kekuatan dan petunjuk untuk mengundi PAS dan mari lah kita beritahu BN dan Najib bahawa rakyat Trengganu dan Malaysia tidak takut dan tidak memerlukan mereka yang telah 50 tahun memperbodohkan rakyat Malaysia.
    DOWN with BN and NAJIB, UP with PAS and PAKATAN RAKYAT.

  3. Kalau derang takut sangat dengan gambar Althantuya, letak jew gamba Razak Baginda banyak-banyak.

    Gamba Bala yang hilang tu pun bagus, tak pun kasi taruk gambar kakak Anuar Zain… wakakakaka

  4. budaya umno tetap tk akan berubah walaupun tlh diberi masej keras pd PRU12 yg lepas…

    rasuah & ugutan menjadi senjata utama, disamping mengekploitasi media perdana yg mudah dibeli dgn harga maruah yg begitu murah/rendah serta menyalah gunakan jentera kerajaan termasuk polis… matlamat mereka adalah kekal berkuuasa….

    yg jelas adakah semua janji2 yg sudah, telah di langsaikan????????

    umno pembela MELAYU,
    persoalannya adakah ini benar??????

    1) kerajaan manakah yang yg mendikriminasikan negeri mejoriti MELAYU Kelantan?

    2) kerajaan manakah yang menengtang pelaksanaan hukum Hudud & Qisas di Kelantan?

    3) kerajaan manakah yang merampas eset rakyat (TNB, TM & etch…) & menberikan pada individu2 kroni tertentu atas nama pengswastaan?

    4) kerajaan manakah yg mengadaikan maruah & menjual Tanah Melayu Singapura kepada Singapore?

    5) kerajaan manakah yg membiarkan tanah jajahan Melayu Pulau Batu Putih jatuh kepada Singapore?

    6) kerajaan manakah yg menjatuh kan maruah negara dgn membatalkan pembinaan Jambatan Bengkok mengantikan tambak Johor?
    7) kerajaan manakah yg mengerakan tentera & menyerang & membunuh penduduk Melayu Islam Memali?

    8) kaum manakah yg paling ramai termiskin di Tanah Melayu – Malaysia?

    9) kaum manakah yg paling ramai berpendapatan bawah 1000 ringgit?

    10) kaum manakah yg mejoritinya mengisi jawatan bawahan (kuli) dlm sektor swasta & perindustrian?

    11) Kaum manakah yg paling ramai tercicir & tk mampu melanjutkan pelajaran kerana kemiskinan setelah “biasiswa” dihapuskan & digantikan dgn pinjaman PTPTN.
    12) siapakah yg membela & memperkayakan jutawan2 terkenal Negara (antaranya lim goh thong, aric chia, Vincent tan, petric lim, ananda krisna & banyak lagi)?
    13) siapakah yg paling aktif mengganggu pentakbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat dgn mengunakan jentera kementerian pembangunan luar Bandar?

    dan banyak lagi persoalan yg mungkin tk terhuraikan.

    jawabannya kepada semua persoalan diatas adalah =

    = “”””””””””” M E L A Y U “”””””””””

    Diharapkan jentera kempen di PKKT – P036 dapat menjelaskan isu2 yg di utarakan diatas.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s