Penahanan Pimpinan AMK Trengganu : Permohonan Reman selama 4 hari ditolak

Mendiang Altantuya
Mendiang Altantuya

Saya baru sahaja mendapat taklimat daripada Saudara Kamarulzaman, peguam yang ditugaskan untuk mengendalikan penangkapan pimpinan AMK Trengganu diketuai oleh Fariz Musa. Pihak polis telah membuat permohonan supaya mereka semua ditahan reman selama 4 hari mulai hari ini.

Hujah mereka ialah memandangkan kes ini disiasat di bawah Seksyen 11 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 1 tahun atau denda RM 5,000 atau kedua-duanya sekali maka pasukan polis memerlukan masa yang panjang untuk menyelesaikan siasatan.

Saya difahamkan bahawa adalah menjadi satu kesalahan mencetak gambar yang tidak mempunyai penerbit dan pencetak.

Jadi hati-hati rakyat Malaysia, jangan cetak gambar sembarangan walaupun gambar kenduri kahwin sebab kena pastikan gambar tersebut mempunyai permit !

Come on la Najib, gambar Altantuya pun takut ka…

Printed document to bear name of printer and publisher

11. (1) Every publication printed or published within Malaysia
shall have printed legibly in Bahasa Malaysia or the English language
on its first or last leaf the name and address of its printer and
publisher.

(2) No person shall publish, reproduce, sell, circulate or distribute,
or offer to publish, reproduce, sell, circulate or distribute, any
publication which does not have the name and address of the
printer and publisher, or in the case of an audio recording, the
name and address of the producer, conspicuously printed on the
cover or container and any person who acts in contravention of
this section shall be guilty of an offence and shall, on conviction,
be liable to imprisonment for a term not exceeding one year or to
a fine not exceeding five thousand ringgit or to both.

(3) In the case of a publication imported into Malaysia it shall
be sufficient compliance with this section that the name of the
printer, publisher or producer be conspicuously printed in any part
of the publication or container.

Pengarang: Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Pengerusi KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Melaka Peguam, Yusof Rahmat & co, Ketua KeADILan Cabang Jasin, Melaka

8 thoughts on “Penahanan Pimpinan AMK Trengganu : Permohonan Reman selama 4 hari ditolak”

  1. What is happening in Malaysia? Ridiculous and rubbish!!!
    So ramai ramai rakyat KT, Undi lah PAS untuk memberi pengajaran kepada mereka yang sering menyalah gunakan kuasa.

  2. Tindakan penahan mereka memang hanya mengundang spekulasi negatif yang boleh menjatuhkan kerajaan. Apa yang membimbangkan ianya akan memberi kesan terhadap pengundian. Jadi, tiandakan yang dibuat haruslah benar-benar berlandaskan undang-undang dan bukan bersifat peribadi. Jika benar Najib tak terlibat dalam kes Altantuya, baik beliau abaikan poster dan banner demikian. Walau bagaimanapun, apa jua tindakan kerajaan pasti akan menerima kritikan daripada puak pembangkang yang tentunya tak pernah berpuas hati…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s