Matinya Demokrasi Di Perak

Demokrasi telah mati di Perak, itu anggapan saya sebaik saja Dr. Zambry Abd Kadir berjaya mengangkat sumpah sebagai MB Perak yang baru, kononnya. Hakikat sebenar Zambry hanya menjadi MB untuk BN, bukan MB untuk rakyat Perak.

Saya percaya di kepala ramai pimpinan Umno khususnya Najib Tun Razak, itu kejayaan maha-besar yang boleh meningkatkan imej Najib di mata perwakilan Umno sempena Perhimpunan Agung Umno Mac depan.

Saya berminat untuk menyanggah kenyataan Najib sebagaimana yang dilaporkan oleh Bernama hari ini. Najib mengatakan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang baru dibentuk di Perak diharapkan akan terus kekal walaupun dengan majoriti mudah.

Najib mengatakan:

“apa yang telah berlaku dibuat mengikut lunas-lunas perlembagaan dan “tiada apa yang tidak mengikut perlembagaan”.

Suka saya bertanya kepada manusia ini, JELASKAN DAN PERINCIKAN LUNAS PERLEMBAGAAN MANA YANG DIGUNAPAKAI OLEH UMNO-BN UNTUK MEWUJUDKAN KERAJAAN HARAM BN DI PERAK?

Undang-undang Tubuh Negeri Perak jelas memperincikan melalui Perkara 16(6) bahawa jawatan Menteri Besar tidak boleh dilucutkan oleh Sultan melainkan melalui pembubaran DUN.

Memandangkan Najib dan pimpinan Umno Perak bermazhabkan ideologi ‘demokrasi pondan’, maka mereka sanggup menggunakan jalan belakang untuk menobatkan dengan angkuh bahawa BN kembali berkuasa di Perak. Kerana mereka tahu, sekiranya pilihanraya mengejut di adakan melalui pembubaran DUN Perak, Pakatan akan mampu mengekalkan tampuk pemerintahan dengan majoriti yang lebih besar dan selesa!

Najib berkata lagi:

Najib berkata kerajaan pimpinan BN perlu bersih, bukan sahaja sebagai sebuah kerajaan yang mesra rakyat tetapi mesti mempunyai integriti.

Bersih? Apakah saya tersalah dengar? Terbunuhnya Altantuya, hilangnya Balasubramaniam, terdedahnya pengakuan Sirul Azhar di mahkamah baru-baru ini, apakah ini membuktikan sebenar-benarnya beliau suci dan bersih dari sebarang bentuk anasir jahat dan kotor?

Najib terus berhujah dengan songsang:

Ditanya mengenai pengambilalihan kerajaan Perak itu, Najib berkata perkara itu dilakukan secara betul dan bukannya tidak betul.“Tolong tanya kepada Pakatan Rakyat, kenapa mereka mulakan perkara ini. Mereka uar-uarkan nak tubuh kerajaan 16 Sept.“Maknanya prinsip ini, prinsip yang telah disebut PR, prinsip ini mereka terima dan telah cuba amalkan. Mereka nak tumbangkan kerajaan pusat dengan curi 31 Anggota Parlimen BN. Siapa yang mulakan prinsip ini. Bukan BN.

Tolong tanya mereka,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Najib tanya, saya jawab. Benar, Pakatan melancarkan projek 916. Tetapi apakah yang membezakan Pakatan dan BN?

Pertama, Pakatan tidak mengumpan mana-mana Ahli Parlimen dengan wang bernilai jutaan ringgit sebagaimana yang dilakukan oleh Umno-BN.
Kedua, Pakatan tidak mengugut dan mengancam mana-mana Ahli Parlimen BN dengan ugutan ISA, gangguan keluarga dan juga ancaman keselamatan.
Ketiga, Pakatan mahu menawan pemerintahan Malaysia untuk menghentikan kezaliman Umno ke atas rakyat, tetapi Umno menggunakan kaedah jahat untuk merampas negeri-negeri Pakatan Rakyat untuk meneruskan kezaliman!

Najib menambah:

Ditanya mengenai tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang enggan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak walaupun diminta berbuat demikian selah-olah derhaka kepada Sultan Perak, Najib berkata apa jua keputusan Sultan itu hendaklah dihormati.Katanya, apa yang diputuskan oleh Sultan Perak, sebagai bekas Ketua Hakim Negara, pasti baginda amat memahami peranan sebagai Raja Berperlembagaan.“Tidak ada sesiapapun patut cabar keputusan Tuanku kerana itu sebagai menghina institusi Raja Berperlembagaan,” katanya.

Tidak timbul soal Pakatan mahu mencabar Tuanku Sultan Perak. apa yang dilakukan Pakatan ialah memaknakan apa yang telah digaris oleh Perlembagaan Persekutuan mahupun Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Malah permainan media tajaan Umno-BN yang sangat busuk memainkan isu derhaka juga sangat menjelekkan. Saya kira gambar di bawah akan mengingatkan pengamal media yang pro-Umno untuk bermuhasabah.

natang
Pimpinan Pakatan Rakyat akur dengan titah Tuanku Sultan Perak, tetapi kami juga yakin dan percaya bahawa ada anasir-anasir jijik yang bertindak untuk melakukan divert ke atas penyelesaian sebenar demi kemaslahatan rakyat negeri Perak keseluruhannya.

Tuntasnya, saya percaya bahawa rakyat akan menjadi semakin cerdik dan terus celik dengan melihat apa yang telah berlaku di Perak. Saya tahu, ini ‘Sebuah Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional’. Ya, benar. Inilah projek yang menjanjikan nisan buat Umno-BN menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 kelak!

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

4 thoughts on “Matinya Demokrasi Di Perak”

  1. salam reformasi,

    Ya, memang amat tepat dan benar sekali demokrasi telah musnah dan hancur di negeri Perak. saya amat bersetuju sekali dengan artikel nih. terlalu sedih dan hiba melihat, DYMM Paduka Sultan Perak begitu mudah sekali memberikan keputusan tanpa memikirkan hak rakyat Baginda. Apakah keputusan dan suara hati rakyat Perak hanya terletak kepada 3 orang katak yang memang suka melompat?

    Saya amat bersetuju sekali dengan cadangan untuk membubarkan DUN Perak. Kerana hanya dengan pilihanraya sajalah yang akan dapat menentukan kerajaan Majoriti. Apakah Tuanku Sultan merasa amat yakin sekali bahawa selepas ini tidak akan ada ADUN BN melompat atau keluar dari parti mereka? Sekiranya, terjadi sekali lagi, apakah Tuanku Sultan mahu melihat krisis politik berlaku lagi di Perak? Benarkan rakyat Perak menzahirkan kata hati mereka.

    Kepada Dato’ Seri Nizar dan barisan ADUN PR, anda telah melakukan kerja yang amat bagus. Dengan pendekatan kebajikan rakyat dan program2 pembangunan yang sama rata, adil dan saksama, membuatkan BN dan Najib Razak merasa gerun dan bimbang sekali untuk menghadapi anda pada pilihanraya akan datang. Maka, mereka mengambil jalan yang paling jijik dan hina sekali, membelakang pendirian dan suara rakyat. Apakah rakyat Perak tidak merasa terhina diperlakukan sedemikian rupa?

    Anda telah menjadi pemain yang bagus dan terhebat dalam permainan politik kali nih. Anda bermain dengan cekal, tabah, adil dan telus sekali sehingga musuh2 merasa amat takut. Anda tidak kalah ditangan rakyat tapi anda cuma diketepikan oleh tangan2 ghaib yang korup, zalim, tamak, dayus dan gila kuasa. Kalau Azalina Othman, menganggap Dato’ Seri Nizar seorang yang gila talak, beliau memang silap. Dato’ Seri Nizar bukan ditolak oleh rakyat Perak, tapi oleh sahabat2 anda yang korup dan dayus itu. Yang tidak mengerti apa itu gentleman?

    Akhir sekali, saya berharap agar tragedi Perak ini menjadi kita di Pakatan Rakyat lebih kuat dan berhati2 dalam menyusun strategi, melaksanakan program2 dan memilih calon2 untuk pilihanraya akan datang. Janganlah kita menjadi lebih dan bercakaran sesama sendiri. Seharusnya, ini semua menjadikan kita lebih cekal dalam menghadapi pilihanraya negeri Sarawak dan pilihanraya umum akan datang.

    “Mengalah bukan bererti kalah, Diam bukan bererti lemah”

    sekian,

    ANWAR ISMAIL
    Biro Multimedia
    Angkatan Muda Keadilan Bahagian Muar
    http://www.amkmuarjohor.wordpress.com
    http://www.thecovenantadvisor.wordpress.com

  2. Apakah orang- orang kita masih buta. Menyokong dan menentang sewenang-wenangnya? Apabila pemimpin bersuara, kita menyokong tanpa menyelidik terlebih dahulu.
    Ini tak ubah seperti zaman Hang Tuah. Jebat yang benar tetapi dinafikan. Hang Nadim, seorang kanak-kanak dihukum mati kerana pemimpin berasa takut. Yang membodek hidup senang. Akibatnya pemerintahan runtuh. Hubaya-hubaya kita telah lama didoktrinkan. Fikir-fikirkanlah. Kita telah lama dimomok-momokkan. Jadi janganlah hingga sekarang kita menerima segala momokan.

  3. Siapa kata demokrasi mati di Perak. Keputusan yang dibuat oleh Paduka Sultan amatlah tepat dengan melantik MB yang baru apabila MB yang lama tidak lagi mendapat majoriti dikalangan ahli DUN . Seringkali dipertikaikan kedudukan tiga ahli DUN yang keluar dari pakatan rakyat. Mereka ini masih lagi ahli DUN. Mereka tidak pernah letak jawatan sebagai wakil DUN sebaliknya hanya meninggalklan pakatan rakyat dan menjadi bebas. YB Nizar tersilap langkah apabila mengistiharkan pembubaran DUN sedangkan majoriti telahpun diperolehi oleh BN. Sultan mempunyai budibicara tersendiri dan ini tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak. Saya rasa saudara sendiri pun faham perlembagaan negeri Perak tetapi sengaja buat tidak faham. Itulah pegangan pembangkang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: