DS Nizar Tidak Derhaka Kepada Sultan, Sejarah Berulang Kembali !

Saya terbaca posting sejarah ini d www.pahangdaily.co.cc mengenai sejarah MB Perak sebelum ini. Elok untuk menjawab serangan UMNO yang lupa sejarah ini. Sebab mereka dok ikut kata Mahathir … Melayu (UMNO) mudah lupa… kita tidak pernah lupa

P/s : Bank Standard Chartered “derhaka” sebab saman Sultan/Raja…

IPOH – Dalam mencari sebuah jalan penyelesaian “perang tempoyak” di Perak hari ini, bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara ‘keras kin’. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Peristiwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk. Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja.Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.

DYMM Sultan Idris Shah
DYMM Sultan Idris Shah

Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu. Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi (foto) iaitu bapa kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza. Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah (foto atas) sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi Menteri Besar buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah. Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi Menteri Besar

Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi
Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi

Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, ialah Presiden UMNO.” Gara-gara keengganan Ghazali itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambangnya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi Menteri Besar. Untuk beberapa ketika Sultan Idris tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjambang. Beliau benar-benar melaksanakan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya. Ghazali berhenti menjadi Menteri Besar Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihatkan agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB pada tahun 1977.

Mokhtar Petah
Mokhtar Petah

[Cuplikan kisah ini dipetik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idris Shah, sdr Mokhtar Petah (foto) dan disedut dari blog beliau. Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduh demikian, kerana dalam kilat ada kilaunya, ‘kata dulang paku sepih’ – Artike MSO ]

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

13 thoughts on “DS Nizar Tidak Derhaka Kepada Sultan, Sejarah Berulang Kembali !”

  1. Emm…… ape yang ditulis ada benarnya….saya percaya MB NIZAR pda jaln yang btul dan harus mnegakkan kadilan. Kalau diikutkan sjarah telah terbukti akan ketepatan ksahihan perbuatan beliau…terima kasih kerana telah memberi info dan saya percaya atikel ini boleh diguna pakai dalm mempertahankan jawatan MB ini.

  2. Ini budaya ‘jangan derhaka kepada Sultan’ adalah budaya hindu dan bukan budaya melayu.

    Dulu melayu mana ada sultan. Pada 1401, seorang Hindu datang ke melaka dan mengaku jadi Sultan Melaka. Sultan Parameswara adalah seorang hindu dari 1401-1414. Semua pembesar Istana adalah orang2 hindu. Mereka mengamalkakan budaya Hindu dan adat resam Hindu.

    Dari 1401 sehinggalah kajatuhan kesultanan Melaka pada 1528, semua sultan melaka adalah keturunan hindu. Mereka macam Mahathir juga yang keturuan India tetapi mengaku melayu untuk memperbodohkan orang melayu.

    Sila kaji sejarah Hindu dan kepercayaan mereka kepada dewa2 yang menyerupai manusia dan kepercayaan merka bahawa dewa2 itu adalah jelmaan Tuhan yang tidak boleh diderhakai dan tidak boleh dimurkai.

    Raja2 diPerak, Pahang dan Johor semuanya dari baka2 Raja Melaka yang melarikan diri selepas dhumban oleh Portuguese.

    Melayu Umno yang bodoh hendak mengembalikan budaya hinduism; iaitu tidak boleh derhaka kepada Sang Dewa ini. Mereka hendak memperbodohkan orang melayu supaya tindakan DEwa mreka yang menguntungkan mereka tidak dicabar oleh melayu. Tetapi, mereka juga akan menghumban ‘Dewa2’ ini sekiranya tindakan Dewa2 ini merugikan mereka.

    1. Jangan la kira dulu melayu ni takder raja takde sultan,yang penting kita fikir masa kini yang jelas sultan itu lambang bangsa kita.jangan la fikir dewa hindu pula dan disamakan dengan sultan,sebab sultan itu walaupun munkin kita ini buta pd fungsinya tapi biar otak kita jelas siapa dia dan apa posisi nya….mungkin mudah untuk di baca sejarah tetapi jangan dijadikan sultan melayu itu hanya sebagai sejarah jer pula dan jangan pula hilangnya sultan hilang melayu di tanahnya sendiri..pasti hawk fikir kini bukan tanah melayu,nama kini Mlaysia dan hak semua bangsa tetapi jangan lupa sebelum jadi Malaysia namanya Tanah melayu dan perjuangan kemerdekaan itu melayu juga yang bersungguh2,

      Kita mungkin fikir sultan tidak penting kerana kita tak nampak fungsinya tapi saya minta hawk celik minda dan fikir jauh,sejak akhir2 ini melayu makin lemah dan berpecah.jika dalam peperangan perpecahan lah punca kekalahan.

      Saya memandang kita kini makin lupa pada sultan dan tanah ini kerana termakan kata2 tanah rakyat Mlaysia yang harmoni tapi jika ada gunting didalam selimut kita sendiri yg akan musnah.

      Bangsa lain hanya memanndang dengan pendrhakaan kita,kita juga hanya boleh memandang bangsa lain derhaka dan mudah mengata sultan kita,seolah2 kita bukan lagi tuan tanah ini.hati hawk dimana sewaktu mendengar penderhakaan itu???

      Bolehkah kita kuat jika tidak bersatu sedangkan bangsa lain makin rapat membiina barisan untuk mengambil alih kuasa melayu kita.

      Kenapa kini sudah ada persoalan tentang keistimewaan melayu???kenapa sudah ada yg berani mencaci bangsa kita dgn lagu dan sindiran???semua ni atas kita sendiri.

      Teruslah berfikir, dan jangan memandang institusi raja itu sama seperti dewa hindu.kerana nilainya lebih besar pada kita.mungkin banyak yg kita tak puas ati tapi jgn jadikan perasaan tu sebagai pemusnah bangsa kita.ya kita ini makmur semua bangsa tapi perlu kita yg teratas agar bangsa kita tidak hilang kerana kita pun sedar sebenarnya tanpa sultan dan tanpa keistimewaan melayu kita tak mungkin berdiri disini.

  3. Juak juak pengampu ni dah memang agak dah apa nak kata lagi! rakyat nak marah kat bukit gantang nanti kita tunjuk pada depa ni siapa kita.
    Aku janji le bior busuk tapai diperam namun nak ku makan tidak sekali bior manis nye memang terbukti tapi buat penyakit kemudian hari.ayuh yop, yong kita kabo ke dema di kampong kampong bahawa BN diperak udah bekubo.

  4. Hai …orang UMNO…memang kamu lah yang mendehaka pada Raja-raja..cakap tak serupa bikin !!!!
    Di Trengganu ,kamu panggil Sultan “Natang”….
    Mahathir mamak pun berkata macam macam..dimana kamu pemuda UMno semasa tu????
    Tolong lah bertaubat dan berubah lah…kalau tidak UMNO akan hilang dari Malaysia atau akan dihilangkan oleh Rakyat!!

  5. Memang benar, Ir Datuk Sri Nizar tidak derhaka kepada sultan, malahan sultan yang derhaka kepada rakyat…

    Saya minta kepada Nizar, jangan letak jawatan sehingga kes mahkamah selesai. Jika kes mahkamah memihak kepada UMNO seperti yang dijangka umum, kita tengok apa tindakan seterusnya nanti…

  6. Saudara Hawk…. Kaji dan baca sejarah. janganlah nak hemtam kromo sahaja. Asal Sultan melaka memangnya seorang Hindu tetapi telah memeluk agama Islam. Kesultanan melaka telah berakhir. Ini zaman 20 an sultan-sultan yang ada adalah berbangsa melayu dan beragama Islam. Tak kan lah tak boleh beza Melayu dengan Hindu. Sultan Azlan Namanya pun dah Melayu dan agama pula Islam. Nizar pun melayu dan Islam tapi Melayu derhaka. Pantang orang melayu derhaka kepada Sultan. Mahathir dulu pinda perlembagaan untuk jaga Sultan bukan untuk menjatuhkan mertabat sultan.

  7. Tak perlulah kita menuduh orang lain dalm kes YB Elizabeth….ikutlah saraan TOK GURU NIK AZIZ…jangan sesekali kita mencaci orang lain dan memburukkan orang lain…hadith ada meriwayatkan ‘ SESUNGGUHNYA AGAMA DISISI ALLAH ITU ADALH ISLAM’ maka kita orang islam jangan menuduh untuk menambah dosa kita….PERCAYALAH ALLAH maha berkuasa lagi adil…allah akan memberikan jawapan tunai di akhir zaman ini.. tak perlu kita nak bercakap mengenai UMNO ataupun BN…yang jelas orang UMNO juga adalah bangsa dan saudara islam kita. Bukannya cina india, PKR,DAP,MIC,MCA,GERAKAN,PPP,HINDRAF,…..kita harus bijak untuk memperkukuhkan bangsa dan agama kita. Takbir..allahuakbar

  8. Negara kita Malaysia telah di tetapkan perundangan bahawa malaysia mempunyai sistem beraja..hadith juga mengatakan bahawa kita perlu mematuhi kepada pemimpin selagi tidak melanggar kepada hukum syarak..saya yakin sultan perak telah menimbangkan pekara ini sehabis mungkin dari aspek semua sudut untuk membuat sesuatu keputusan dan pasti sultan mengetahui apa yang dilakukannya..sama sama lah kita berdoa agar malaysia sentiasa aman dan harmoni…tak kan melayu hilang di dunia..malaysia aman!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s