Kenyataan Media AMK Mengenai YB Elizabeth Wong : Perbandingan TV 3 Jahat

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin menyatakan sokongan kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga Adun KeADILan Bukit Lanjan, YB Elizabeth Wong berikutan kontroversi yang melibatkan diri beliau.

Berkenaan dengan isu yang melibatkan Elizabeth ini, beliau tidak perlu meletak jawatan atas beberapa faktor. Pertamanya beliau bukan memperlakukan adegan lucah sebaliknya gambar beliau diambil secara curi dan tanpa kesedaran beliau.

Keduanya, kehidupan peribadi beliau adalah satu perkara yang perlu dihormati dan sebarang usaha pencabulan hak individu beliau adalah sesuatu yang tidak bermoral.

AMK memandang serius akan perbandingan yang cuba dibuat oleh pihak TV3 dalam Buletin Utama 17 Januari 2009 dengan mengaitkan kes Vijandran, Chua Soi Lek, V.K. Lingam dan sebagainya dengan kontroversi yang melibatkan Elizabeth ini.

Ianya benar-benar berniat jahat kerana kes-kes tersebut semuanya melibatkan perlakuan moral individu tersebut yang jelas salah di sisi agama dan juga tatasusila masyarakat.

Demikian juga dengan kenyataan tidak bertanggungjawab Ketua Pembangkang BN Selangor, Dato’ Seri Dr. Mohd Khir Toyo yang cuba memesongkan fakta yang berlaku ke atas bekas Menteri Kesihatan dengan Y.B Elizabeth. Beliau perlu maklum bahawa apa yang berlaku kepada bekas Menteri Kesihatan adalah sesuatu yang berbeza memandangkan pendedahan melibatkan bekas Menteri terbabit adalah merupakan skandal seks. Sedangkan apa yang berlaku ke atas Elizabeth adalah merupakan satu penganiayaan yang dilakukan ke atas beliau tanpa beliau sedar.

Tindakan Elizabeth menawarkan diri untuk meletakkan jawatan adalah tindakan terpuji kerana meletakkan parti di depan melebihi hal peribadi. Tetapi AMK percaya bahawa tidak ada keperluan bagi Elizabeth untuk mengundurkan diri kerana beliau tidak bersalah atas soal isu ini melibatkan peribadi beliau.

Sokongan rakyat jelas terbukti di Bukit Lanjan dan seluruh Malaysia terhadap Elizabeth, malah kebanyakan organisasi NGO dan sayap wanita parti-parti politik termasuklah di kalangan parti komponen BN seperti MCA sendiri.

AMK berpendapat bahawa Elizabeth perlu meneruskan tugas beliau seperti biasa dan terus berkhidmat kerana rakyat memerlukan beliau dan berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh beliau sepanjang 11 bulan beliau menjadi ADUN dan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Hj Ramlan Roes
Exco,
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Merangkap Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

11 thoughts on “Kenyataan Media AMK Mengenai YB Elizabeth Wong : Perbandingan TV 3 Jahat”

  1. boikot, cara terbaik,
    lihat apa iklan yang tersiar di buletin utama tv3, di utusan malaysia. listkan barangan. syorkan barangan di boikot. syorkan barangan alternatif yang tidak di iklankan dgn saiz dan harga di pasaran, kebiasaan, barangan yang tidak di iklankan, lebih murah dan tidak bermakna ia kurang bermutu.
    perlu ada kesungguhan pada mereka yang memimpin untuk melakukan sesuatu .
    ure not sabotaging the economy , ure giving options.

    the last election, how many percent popular votes youve got. ? cant it be translated into action before you loose kdh and sgor?

  2. PKR leaders including yourself and everyone else must take great caution, great caution and protect themselves.

  3. Saya memang setuju dengan pandangan Angkatan Pemuda Keadilan. tidak perlu bagi YB Eli meletak jawatan. Persetankan dengan gesaan Khir toyo tu.
    YB Eli salah seorang PEMIMPIN YANG TERBAIK.
    Teruskan perjuangan mu Yb. Kami semua menyokong kamu.
    Hidup Pakatan Rakyat.

  4. Sangat nyata bila seseorang menonton berita TV3, yang mana berita akan serong kepada kelebihan BN. Dalam suasana kemelesetan ekonomi sekarang, saya cadang boikot kan media dia orang termasuk utusan dll.

  5. Agreed brother. Chua Soi Lek mengaku main kayu tiga tapi dalam kes Eli, di aniaya oleh balaci-balaci umno. Kami akan ingat kesemua taktik kotor umno dan GE13 kami akan pastikan boyfriend altantuya duduk di ruang pembangkang. Tapi lepas itu jangan lupa buka balik fail razak baginda.

  6. Tak perlulah kita menuduh orang lain dalm kes YB Elizabeth….ikutlah saraan TOK GURU NIK AZIZ…jangan sesekali kita mencaci orang lain dan memburukkan orang lain…hadith ada meriwayatkan ‘ SESUNGGUHNYA AGAMA DISISI ALLAH ITU ADALH ISLAM’ maka kita orang islam jangan menuduh untuk menambah dosa kita….PERCAYALAH ALLAH maha berkuasa lagi adil…allah akan memberikan jawapan tunai di akhir zaman ini.. tak perlu kita nak bercakap mengenai UMNO ataupun BN…yang jelas orang UMNO juga adalah bangsa dan saudara islam kita. Bukannya cina india, PKR,DAP,MIC,MCA,GERAKAN,PPP,HINDRAF,…..kita harus bijak untuk memperkukuhkan bangsa dan agama kita. Takbir..allahuakbar

  7. Boikot!!! Boikot!!! Boikot!!!!
    Yang boleh kita buat ialah
    1. Boikot Utusan Melayu supaya kita boleh baca Sinar Harian yang merapu dan takder pendirian takut paper tak laku, Harian Metro Seks Tangkap Khalwat leh wat maksiat reramai , Berita Harian baca leh sakit kepala, Harakah yang jumud, NST yang tak laku, The Sun percuma untuk sapa yang pandai baca.

    2. Boikot TV3!!!!!! aku setuju pasal selalu siarkan citer hantu pada malam jumaat. Boikot Cepatt!!!!!! Supaya ramai leh pasang ASTRO kat rumah untuk kayakan ANANDA KRISHNAN yang tak suka sistem beraja Malaysia. Kayakan lagi ASTRO.

    3. Boikot UMNO!!!!!!!! pasal kredibiliti sudah tak relevan lagi sekarang. kita reramai masuk PKR iaitu Parti Keadilan Rakyat, parti untuk semua kaum di Malaysia. Melayu, Cina , India hidup sama rata takda istilah bumiputera atau pun tidak. Kelak nanti bila PKR ambil alih Malaysia akan jadi negara untuk rakyat Malaysia seperti Singapura. Sultan ? gi mampuslah menghabiskan duit rakyat aja.

  8. Kalau YB Eli tu seorang pemimpin yang terbaik sepertimana yang didakwa oleh AMK masakan berlaku perkara ini. kalau nak cakap terbaik pun siasatlah terlebih dahulu latar belakang mereka. ini main tangkap muat sahaja untuk bertanding dalam PRU. Bila dah menang dan latar belakang terbongkar mula lah tuduh orang lain buat kerja tak elok. Tak tahulah apa sikap orang melayu dalam PKR ini bermati-matian mempertahankan Eli. Dia tu Cina perkara macam tu biasalah tapi dah terbongkar nak buat macam mana. Se elok-eloknya kembali kepada ajaran islam dan menyerahkan kepada Qada dan Qadar AALLAH. jangan saling tuduh menuduh antara kita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s