Siasat Segera Rosmah dan Najib !


Kenyataan Media
12 Mac 2009
Pendedahan Liberation: Polis Didesak Jangan Double Standard

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) hari ini secara rasmi menggesa pihak polis untuk menjalankan siasatan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak pada kadar segera berikutan pendedahan akhbar Perancis, Liberation mengenai kes pembunuhan Altantuya Shariibuu.

AMK melalui laporan polis yang telah dibuat pada 7 Mac 2009 yang lepas antara lain melihat bahawa penglibatan Najib dan juga isteri beliau, Rosmah Mansor di dalam kes pembunuhan tersebut adalah sesuatu yang sangat mengaibkan negara dalam keadaan berlaku pelbagai kelompongan di dalam perbicaraan mahkamah ke atas kes tersebut.

AMK mendesak agar pihak polis tidak bersikap double standard di dalam siasatan kes ini. Sekiranya polis boleh bertindak cergas untuk menyiasat laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari yang mendakwa sebuah blog memfitnah beliau; masakan siasatan yang secergas itu gagal dilakukan ke atas seorang rakyat Malaysia yang bertindak memalukan negara dan didedahkan pula oleh akhbar antarabangsa?

AMK akan menggerakkan kepimpinan AMK di seluruh bahagian di Malaysia untuk mengemukakan laporan polis yang sama ke atas Najib untuk menggambarkan bahawa isu ini adalah serius dan perlu diambil tindakan segera.Susulan daripada laporan polis ini, AMK akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Dalam Negeri untuk mengemukakan memorandum agar pihak polis boleh bersikap profesional dan telus di dalam mengendalikan siasatan kes ini.

AMK juga berharap agar Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menggantung tugas Najib agar beliau boleh disiasat secara telus dan terbuka.

AMK percaya bahawa imej negara kini menjadi cemuhan masyarakat dunia. Maka bukanlah sesuatu yang sukar bagi kita untuk menumbangkan keegoan seorang pemimpin yang terpalit moral dan akhlaknya jika itu adalah penyelesaian akhir untuk memulihkan imej dan reputasi negara di mata dunia.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua AMK

Pengarang: Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Pengerusi KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Melaka Peguam, Yusof Rahmat & co, Ketua KeADILan Cabang Jasin, Melaka

19 thoughts on “Siasat Segera Rosmah dan Najib !”

  1. demi negara & bangsa,
    demi kebenaran & keadilan,

    najis yang terlampau busuk patut di-flush ke dalam tandas secepat mungkin.

  2. I just wonder why there has been no investigation carried out so far on Najib and his wife Rosmah by the MACC with regards to their alledged `involvement’ to the cruel and unmerciful murder of Altantuya. Being an ordinary Malaysian who love justice, I call on the Prime Minister to instruct the MACC to investigate Najib and his wife Rosmah. While the investigation being carried out, let Najib be suspended from carrying out all his official duties until he is declared `innocent’. I believe all Malaysians want to see a good and upright man to be the next PM. Najib needs to prove the he is that man by allowing himself to be investigated by the MACC. His reluctance may `prove’ that the allegation against him and his wife is `nothing but the truth’.

  3. Belum cukup kuat lagi nak dakwa najib sebab tak ada bukti. Lainlah kalau dapat bukti macam adun bukit lanjan. Gua rasa baik saudara samsul jadi peguam bela altantuya baru terangkat. Cuba lagi….. mungkin ada cara lain nak jatuhkan najib sebelum 1 julai….

  4. Rakyat sekarang dah tahu menilai kalau dulu rakyat selalu cakap hanya kerajaan Umno-BN saja yang cakapnya betul. Saya harap rakyat malaysia tak salah memilih kerajaan. Satu hal lagi yang belum pernah berubah iaitu tahap kepercayaan rakyat terhadap polis, kehakiman, SPR dan SPRM masih belum dalam tahap yang memuaskan. Apabila saya buat analisis melalui surat khabar dan media televisyen menunjukkan secara jelas masih berpihak kepada kerajaan UMNO BN. Ini tidak adil, walaupun ada bukti kukuh pun tak juga siasat tapi bila di pihak pembangkang mereka cepat buat tindakan walaupun bukti tak cukup dan selalunya tak masuk akal.Hal lain, Saya bersetuju bahawa kuasa untuk menjelaskan (takrif) kekosongan ADUN adalah terletak pada kuasa mutlak speaker dewan manakala SPR hanya bertanggungjawab menjalankan pilihanraya. Soalan saya begini, Kenapa terdapat juga rakyat di Malaysia yang kebal Undang-Undang?Mengenai tuduhan rasuah dan kes bunuh altantuya yang dikaitkan Saya menyokong penuh sekiranya SPRM di bawah kuasa parlimen supaya lebih telus.

  5. Sdr Shamsul,
    harapan kami sdr. tidak ikut jejak langkah Ezam, cakap berdegar-degar tapi akhirnya ………

  6. HEY MAYBE THIS’D REALLY WORK!!

    THIS IS HOW WE CAN PREVENT NAJIS FROM BECOMING PM… THIS IS FROM A POST IN SHAMSHUL ISKANDAR’S BLOG.

    QUOTE
    “shong, di Mac 19th, 2009 pada 12:43 pm Kata:
    sokong!!! “tak nak, najis!!!”

    and i have an idea. i think we can’t oppose him directly as he will use all the government agencies to frame us, the simpliest way, ISA. why don’t we use the hindraf tactic? you know to attack a dummy and let it rebound and hit him hard on his face!!!

    in this case, let’s launch a campaign “boycott France!!!” as the France newspaper which reported on the altantuya case has badly tarnished our country image at the international level!!! make it a big huha!!! invite all the international medias during the launching!!!

    under the name of protect the country integrity and image, we urge the france to apologize or to show proof. and the government can’t do anything to us but to co-operate and to clear our country image.

    do you think it can work?”
    END QUOTE.

    4RAKYAT

  7. Datuk seri Najib hanya akan diterima rakyat sebagai PM apabila telah dibuktikan segala tuduhan terhadapnya tidak benar. Demi untuk mengembalikan nama baik, Najib harus membawa kes ini ke makhamah untuk membela diri terhadap pertuduhan2 rasuah dan kes altantuya kenapa harus berdiam diri? buktikkanlah kepada rakyat yang anda tidak bersalah! seluruh rakyat malaysia masih tertanya2 apakah tuduhan2 ini benar atau tidak benar. Terima kasih.

  8. memandangan najib dah jadi pm… susah nak siasat gik..
    terbuktinya beliau tidak bersalah waaupun hakikat sebenar belum diketahui..
    sama-samalah kita menyaksikan pentadbiran beliau dalam pemerintahan negara malaysia..

  9. Bagi saya semuanyee…tak betul semua ada politic intrest keadilan ke umno ke pas ke semua sama mengamalkan nepotisme inginkan kuasa…apa yang kita perlu adalah revolusi dan diktator yang perlu meneutralkan parti-parti melayu yang dah corup ini. Kita perlu satu revolusi bagi golongan pertengahan umur lewat 20an hingga 30an bagi merubah parti-parti melayu tak berguna ini. Keadilan penasihat ada anak dalam parti, umno pun sama ada anak dalam parti, pas pun sedang ke arah anak dalam parti jugak..

  10. Ada anak menteri yang nak masuk berpolitik pada saya tak jadi masalah asalkan tak rasuah. Keputusan makhmah persekutuan membatalkan keputusan speaker menggantung 6 exco BN perak dalam menghadiri DUN adalah merupakan campur tangan makhamah dalam hal ehwal DUN.???? kalau SPR yang berkuasa menentukan kekosongan kerusi DUN atau Parlimen, lain kali YB-YB bila nak letak jawatan tak perlu serah surat letak jawatan pada speaker tapi lebih baik serah pada SPR saja…betul tak? Dulu BN beria-ia sangat dapat diadakan pilihan raya kecil… tapi bila kedudukan PR 4-1, BN macam dah tak minat dengan pilihanraya kecil DUN penanti….banyak beralasan…sedangkan YB nya dah letak jawatan kerana atas tuduhan rasuah dan sedang disiasat oleh sprm jadi eloklah kena tukar orang dan kena ada pilihanraya kecil..PR boleh!!! lagi satu hal ISA harus dihapuskan, apa gunanya ada makhamah…makhamah adalah saluran terbaik dalam menentukan hukuman bagi semua oarng. ISA ni susah nak percaya..alih2 tangkap orang masuk penjara tanpa bicara..manalah tau orang yang ditangkap tu dianiaya ke!..jadi eloklah ISA dihapuskan kerana ianya boleh disalahguna demi kepentingan politik dan sebagainya. Isu PSMI pula, kenapa sampai sekarang tak ada kata putus…dah tukar menteri pun susah sangat nak buat kata putus mengenai kedudukan PSMI ni mesti ada yang tak kena??? tiba2 pula tahun ni Sabah dapat 4 menteri penuh dan 5 Timb. Menteri..bagus lah juga… tapi nampak macam umpan je..heheheh macamana pun saya berterima kasih gak lah pasal wakil sabah ke kabinet agak ramai..tengkolah perubahan ke atas sabah nanti.. tapi wakil dari MIC sungguh kesian.. 1 menteri penuh dan hanya 2 timb. menteri… apa dah jadi dgn ONE MALAYSIA ni… apa yang saya harap supaya PR dapat memenuhi tuntutan rakyat apa yang dinamakan KETUANAN RAKYAT. Terima kasih. semoga berjaya..

  11. Peralihan kuasa daripada Pak Lah (Sekarang bergelar Tun) kepada Datuk Seri Najib baru-baru ini begitu hambar daripada penerimaan seluruh rakyat malaysia, ianya berbeza sewaktu peralihan kuasa antara Tun Dr. Mahathir dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi ianya agak mengujakan dan penerimaan daripada rakyat malaysia begitu baik. Peralihan kuasa anatara Pak Lah (Skrg. bergelar Tun) dengan Datuk Seri Najib agak hambar kerana banyak cerita sensasi dan negatif yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib (Skrg. PM)..rata-rata rakyat malaysia masih tertanya-tanya kebenaran tuduhan-tuduhan tersebut terhadap Najib, Namanya yang banyak terpalit dan dikaitkan dengan tuduhan2 rasuah dan juga kes pembunuhan model monggolia itulah yang telah menjejas imej beliau walaupun sudah menjadi PM yang baru. Oleh yang demikian rakyat amat berharap supaya Najib boleh berbuat sesuatu mengikut perutukan undang2 negara untuk mendapat pembelaan bagi membebaskan dirinya dan seterusnya mengemblikan imej nya yang bersih. Sekiranya Najib berjaya mengembalikan imejnya yang bersih saya percaya rakyat akan kembali menyokong BN itu pun kalau tuntutan rakyat dapat dipenuhi. Harus diingat rakyat sudah bosan dengan slogan “Projek kerajaan BN” sepatutnya yang betul ini “Projek Rakyat” bukan projek BN. semoga berjaya.

  12. Apabila saya terbaca kabinet bayangan PR ternyata belumpun menjadi kerajaan baru sekadar bayangan kabinet PR membelakangkan Sabah. harus diingat oleh PR bahawa sokongan kebanyakan rakyat sabah selepas pilihanraya ke-12 mulai hangat cenderung ke PR terutama parti PKR, ini kerana rakyat di sabah merasa tertipu dengan janji-janji BN. Walaupun PR tidak dapat menarik pengudi di sabah pada pilihanraya ke-12 yang lalu dan sekiranya kabinet bayangan ini benar-benar menjadi kenyataan tidak kah PR ingin melantik mana-mana pemimpin PR dari sabah untuk turut serta dalam kabinet PR atau menunggu sehingga menang dahulu? Saya menasihatkan supaya jangan menjadi seperti BN apabila dah kena Tsunami politik yang teruk di semenanjung barulah melantik menteri2 dari sabah menerajui kabinet demi menarik kekkuatan dari sabah dan juga sarawak.. tunjukkanlah kepada kami dari sabah yang PR benar2 ingin membela rakyat di sini. Dulu janji nak lantik seorang timbalan PM dari sabah tetapi malangnya belumpun mampu ke arah kabinet sebenar hanya sekadar bayangan nampaknya sabah sudah pun diketepikan. harap maklum.

  13. sekali lagi saya ingin meluahkan rasa tidak puashati terhadap apa yang menimpa sabah sejak sekian lama. Rakyat sabah amat tertekan dan dengan kehadiran begitu ramai sekali pendatan tanpa izin (PTI) dan juga status kewarganegaraan sesetengah rakyat di sabah (bilangan bukanlah sedikit) kerana kami sebagai penduduk tempatan lebih tahu menilai berpadukan dialek bercakap orang tersebut, bahasa ibunda negara asalnya dan budayanya. Kesahihan kad pengenalannya juga diragui..katanya kerajaan sedang berusaha memerangi dua perkara ini tetapi apa yang saya lihat sebagai contoh di keningau ramai rakyat asing yang masih berkeliaran di kaki2 lima bangunan kedai dengan menjual rokok seludup dari negara jiran tanpa rasa takut dan berselamba. selain itu saya juga ingin tahu kenapa ramai pekerja asing (0leh lembaga getah sabah) yang bekerja di ladang2
    getah tidak mempunyai dokumen yang sah? dan satu lagi kenapa hanya ada checkpoint dari daerah Ranau-kota kinabalu, sandakan – kota kinabalu dan samporna-kota kinabalu tetapi tidak pula terdapat checkpoint kalabakan-keningau-kota kinabalu? jalan ini bukankah akan menjadi alternatif bagi PTI untuk menggunakannya.? kami berharap kerajaan sekarang mahupun PR bertanggujawab dalam menanganinya.. bersihkan sabah dari sampah2 ini barulah pembangunan boleh berjalan lancar..

  14. Keningau merupakan parlimen yang agak luas..tetapi saya hairan kenapa pejabat pos daerah keningau terlalu kecil dah usang berbanding deretan kedai2 bangunan2 sekitarnya yang sudah jauh lebih baik? tak ada peruntukan ke? begitu juga dengan bangunan panggung wayang lama yang sudahpun separuh di robohkan… dah lah berada betul2 di tengah2 keindahan bandar sakit mata bila terpandang bangunan tersebut…apa saya nak kata di sini supaya tindakan segera harus dilakukan demi kecantikan bandar keningau.. tolonglah. kalau macam ni kami kena tunggu kerajaan baru PR buat tindakan. kami dah bosan “Lawan kami awak kena pindah tempat sekolah mengajar” ni lah antara contoh ugutan sinis.. minta bantuan zink dan tangki katanya kena jadi ahli parti dulu baru dapat.. tapi sampai sekarang habuk pun tak ada.. tak dapat ceritakan secara detail…nanti tak cukup buku pula..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s