Menguburkan Che Det di 2 Bukit !

Majoriti 2403 bukti rakyat mahukan perubahan sebenar
Majoriti 2403 bukti rakyat mahukan perubahan sebenar

Kenyataan Media
8 April 2009

Mempertahan Kemenangan Rakyat

Melalui kuasa rakyat, dengan Izin Tuhan Yang Maha Esa maka Pakatan Rakyat dianugerahkan kemenangan besar di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau.

Bukit Gantang, melalui YAB Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin dan Bukit Selambau melalui YB S. Manikumar telah secara sahih dipilih sebagai Ahli Yang Berhormat bagi kedua-dua kawasan tersebut. Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) merakamkan setinggi-tinggi tahniah ke atas jentera Pakatan Rakyat yang begitu bertungkus lumus bekerja untuk mengekalkan kemenangan rakyat.

Di sebalik pelbagai tipu muslihat yang diatur oleh Umno-BN melalui SPR dan instrumen kerajaan lainnya, kedua kemenangan ini, meskipun tidak dilengkapkan dengan kemenangan di DUN Batang Ai, Sarawak; tetap mempunyai signifikan yang tersendiri.

Kemenangan di Bukit Gantang jelas memperlihatkan betapa rakyat negeri Perak, melalui ‘duta-duta kecil’ mereka iaitu pengundi berdaftar di Bukit Gantang telah menunjukkan bahawa usaha desperado Barisan Nasional untuk menubuhkan kerajaan haram di negeri Perak adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.

Manakala di Kedah jelas terbukti, usaha untuk menaburkan fitnah sehingga terpaksa mengheret bekas Perdana Menteri untuk menyerang KeADILan dan Pakatan Rakyat hanya menelanjangkan kelemahan empunya badan dan Umno-BN sendiri.

AMK juga menyelar tindakan biadap Pemuda Umno yang melakukan pelbagai provokasi termasuklah mencabul kehormatan anggota Srikandi KeADILan. Inilah tindakan maha biadap yang dipertontonkan oleh Pemuda Umno di bawah kepimpinan baru mereka, yang jelas akhirnya ditolak oleh rakyat.

AMK juga mendesak kepimpinan haram Umno-BN Perak untuk mengundurkan diri daripada menduduki kerajaan negeri Perak pada kadar segera. AMK juga berharap agar ke bawah duli Sultan Perak dapat memberi perkenan kepada kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak yang diketuai oleh YAB Ir. Nizar untuk membubarkan DUN Negeri Perak bagi membolehkan Pilihanraya Kecil DUN Perak dapat diadakan pada kadar segera.

AMK juga merakamkan rasa kesal di atas kegagalan SPR untuk mengekang pengundi-pengundi hantu khususnya di Bukit Gantang dan juga di Batang Ai. Siri-siri intimidasi yang dilakukan oleh petugas BN di ketiga-tiga kawasan juga sangat mendukacitakan dalam keadaan SPR gagal bertindak sekelumitpun ke atas laporan salahlaku yang dibuat oleh Pakatan Rakyat.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

13 thoughts on “Menguburkan Che Det di 2 Bukit !”

  1. Pergi ke pasar di Bandar Pekan,
    Untuk membeli seutas rambutan,
    DAP, PAS dan Keadilan,
    Kita bersatu dalam Pakatan.

  2. BIAR DEPA BAWA SIAPA SAJA MAHUPUN TAPE RECORDER LAMA KA SURAT KHABAR LAMA KA , MAT DANOK KA TAK KIRA SIAPA POKOKNYA PAKATAN RAKYAT MENANG DENGAN UNDI RAKYAT YANG SAH DI SISI UNDANG UNDANG DAN DI SISI ALLAH. ITU YANG PENTING. HIDUP SEMUA PARTI PAKATAN RAKYAT MALAYSIA.

  3. PerKeMBer sudah Usang

    1. Perdana Menteri Flip-Flop dah letak jawatan pun, kalah 1-2 jugak.
    2. Master of Puppet masuk balik parti dan turun kempen pun, kalah 1-2 jugak.
    3. Tabur duit kepada pengundi-pengundi pun, kalah 1-2 jugak.
    4. Buat Projek Kilat Mee Segera pun, kalah 1-2 jugak.
    5. Memperkudakan S.P.R pun, kalah 1-2 jugak.
    6. Tayang video Pak Sheikh hentam PAS dan DAP 14 tahun lepas pun (Yang ni cara paling desperate dan tak releven, malah memperbodohkan diri mereka sendiri) kalah 1-2 jugak.
    7. Buat Transformasi dan peralihan kuasa pun, kalah 1-2 jugak.

    Sejak dari P.R.U Mac 2008, dah kalah 4 dari 5 P.R.K selepas itu. Padahal P.R.K lah cara paling senang nak rampas kerusi, kerana Media Perdana, Agensi Kerajaan diperkudakan sepenuhnya bagi membantu kempen mereka, hingga kempen menjadi berat sebelah, menjadi PARTI VS KERAJAAN dan bukan PARTI VS PARTI.

    Inilah akibatnya menukarkan arah perjuangan parti dari Parti Politik kepada Parti Korporat. Membela Nasib Orang Melayu telah menjadi slogan yang usang. Yang di atas mengejar jawatan dalam parti hingga timbul pepecahan dalaman, mengaut projek dan kontrak bernilai juta-juta untuk kepentingan perut sendiri dan kroni. Yang dibawah kejar 2, 3 ratus time pilihanraya atau pemilihan parti. Agenda Melayu menjadi minoriti di dalam arah hala tuju perjuangan parti. Menindas rakyat sendiri apabila merobohkan kampung-kampung peneroka melayu yang sudah diwujudkan puluhan tahun untuk memberi jalan kepada projek tokey-tokey besar.

    Utusan Meloya dan TV123 tak henti-henti menjadi kuda tunggangan memperbodohkan pemikiran rakyat dengan agenda-agenda sempit dan berits putar alam. Tiada lagi kebebasan media apabila berterusan menjadi alat propaganda satu pihak sahaja.

    Hanya mereka yang mempunyai mentaliti ahli-ahli bawahan ini sahaja yang akan melenting dan marah apabila artikel ini dikeluarkan, sambil memaki hamun penulis artikel ini sambil terpaksa mengakui hakikat kebenaran penulisan ini yang nyata. Hanya mereka yang dapat berfikir dengan waras akan dapat menerima kenyataan ini. Ini bukan cerita dongeng, ini bukan cerita palsu, tetapi suatu hari nanti kenyataan ini akan menjadi hikayat rakyat yang akan diingati selama ratusan tahun. Seperti Hikayat Hang Tuah membela melayu, penuh dengan pelbagai kontroversi baik dari segi Sultannya, derhakanya, kesetiaannya, sahabat-sahabatnya, samalah dengan situasi sekarang ini.

    ”mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik…”

    MULLAHKANE

    mullahkane.blogspot.com

  4. BN kalah, Salah siapa kali ini?
    Pak Lah dah turun, takkan nak salahkan Pak Lah.
    Dakwaan selama ini yang mengatakan orang tak suka UMNO dan BN adalah kerana Pak Lah sudah tidak boleh pakai lagi.
    Pak Lah telah jadi lembu korban orang UMNO, tapi UMNO tetap kalah juga.
    Jadi kekalahan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau hendak salahkan siapa. Adakah kerana orang tidak suka sebab Najib jadi PM?
    Atau adakah Mahyudin Yassin yang salah kerana telah mendesak Pak Lah turun dari PM?
    Atau adakah Mahathir yang salah kerana menyibuk berkempen, dia lupa orang Melayu sudah tidak suka dengan dia? Dia hanya lebih perasan.
    Jadi sapa nak jadi lembu korban UMNO kali ini? Yang pastinya Najib tidak akan sanggup hendak menghulurkan lehernya untuk disembelih.

    Rasanya Najib perlu membubarkan parlimen untuk mendapat mandat rakyat yang sebenar.

  5. syabas AMKM. namun jalan menentang kezaliman masih jauh lagi. lawan tetap lawan!!!

    semoga allah sentiasa merestui anda & keluarga anda.

  6. Syabas Pakatan Keadilan-Pas-Dap !
    Rakyat tak bodoh lagi dan tak mahu pemainan issu kaum oleh Racist/Corrupt Mahathir.
    Tun Mahathir racist slogan ‘ketuanan melayu’ ada lah satu cara dia mendapat & curi wang Rakyat seperti dulu.
    Anak dia ada Formula One Racing,Syarikat yg beribu juta ringgit,Porsche Franchise, sebuah pulau Marina,Bakery dan lain lain yg Rakyat tak tahu.
    Hidup Shamsul Iskandar dan Hidup REFORMASI !
    Hidup Keadilan-Pas-Dap untuk Semua Kaum !
    Hidup Ketuanan Rakyat !

  7. semoga pemimpin pilian rakyat ini mampu melakukan perubahan dan juga pembaharuan. baik dari segi pentadbiran mahupun perlaksanaan matlamat bersama PR.

    info jutawan dengan serai disini. klik :)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: