“Kejutan” Kabinet Najib : “Compromised cabinet” dibayangi Mahathirism

Pembentukan kabinet baru pemerintahan Datuk Sri Najib Tun Razak hari ini hanyalah merupakan satu usaha ‘compromise‘ yang tidak menjanjikan apa-apa impak kepada rakyat.

Tidak ada perubahan ketara yang boleh dilihat hasil daripada Kabinet ini. Meskipun 8 Menteri digugurkan, tetapi hanya 6 muka baru yang merangkumi kenaikan pangkat 2 orang Timbalan Menteri sebelum ini. Di samping itu 2 Timbalan Menteri digugurkan, dan 9 muka baru dilantik sebagai Timbalan Menteri.

Kabinet kali ini juga mencipta sejarah apabila menempatkan seramai 12 orang Senator, terbanyak dalam sejarah pembentukan Kabinet Malaysia. Rakyat wajar mempersoalkan apakah Najib sudah kekurangan calon daripada 144 Ahli Parlimen BN, sehingga terpaksa ‘mengimport’ 12 orang melalui ‘pintu Dewan Negara’. Pastinya ini akan mengakibatkan peruntukan dana yang lebih besar untuk membiayai urusan perkhidmatan dan saraan Anggota Pentadbiran Kabinet.

11 Kementerian juga menempatkan seramai 2 Timbalan Menteri bagi setiap Kementerian, menjadikan sejumlah 22 Timbalan Menteri dilantik bagi tujuan tersebut. Apakah rasional Najib menempatkan setiap kementerian sebanyak 2 Timbalan Menteri sedangkan fungsi setiap kementerian tidak meluas.

Ini termasuklah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang mana kedua-dua Menteri dan Timbalan Menteri adalah merupakan lantikan Senator, bukan daripada kalangan Ahli Parlimen.

Keputusan Najib yang tidak melantik Ketua Pemuda Umno yang baru dilantik, Khairy Jamaluddin di dalam kabinet beliau bukanlah sesuatu yang menarik untuk diulas. Pun begitu, wajar untuk kita percaya bahawa usaha Najib yang kononnya menugaskan Khairy untuk ‘menarik kembali sokongan golongan muda’ hanyalah satu usaha yang gagal, kerana dalam keadaan Najib sendiri memperlihatkan keengganan beliau mengiktiraf Ketua Pemuda partinya sedangkan dalam masa yang samaKetua sayap Wanita dan Puteri diberikan tempat di dalam kabinet beliau, mana mungkin ada ruang untuk belia kembali menaruh harapan ke atas Umno-BN.

Dr. Mahathir Mohamad juga telah diperlihatkan sebagai Perdana Menteri ‘de facto’ hasil daripada Kabinet ini, melalui perlantikan anak beliau sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri. Apakah kredibiliti yang ada pada batang tubuh Mukhriz berbanding hampir 80 Ahli Parlimen Backbenchers BN yang lain yang melayakkan beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri? Yang diperdagangkan beliau hanyalah ‘bin Tun Mahathir’ yang sekaligus mengesahkan kitaran politik feudal Umno akan terus berulang dan berulang.

Fakta-fakta ini hanya membuktikan bahawa Kabinet yang dianggap ‘pasukan baru’ oleh Najib ini hanyalah ‘pasukan compromised cabinet‘ yang langsung tidak mencerminkan aspirasi rakyat seluruhnya.

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

4 thoughts on ““Kejutan” Kabinet Najib : “Compromised cabinet” dibayangi Mahathirism”

  1. salam buat semua…sedikit komen saya yg tidak mewakili mana2 pihak baik pasa@umno….kita sekarang harus berfikiran terbuka dalam memberi komen tak kira lah dari pihak mana,yang penting kita orang melayu harus bersatu padu….adakah kita tidak terfikir sedetik pun bahwa org kita melayu sudah terpecah kepada 3 kumpulan iaitu umno,pas dan pkr….siapa yang seronok sekarang….sendiri tahu la…biar lah sapa yg perintah negara asal kan org melayu…cukup bagi saya…mengapa kita org melayu terlampau fanatik sgt dgn parti masing2,tetapi tidak kaum lain yg boleh bersatu padu,walaupun lain parti…..cuba kita duduk seorang diri dan fikir secara mendalam mengapa DSAI tubuh parti PKR….jawapan yg pasti kerana tak dapat jadi PM……orang pas sendiri pun tak suka dgn pkr yg mana pemimpin nya adalah 95 percen bukan melayu…..bayang kan mcm mana DSAI nak perintah negara klu bergabung dgn DAP….kita cakap mudah….ingat lah sejarah Singapura mengapa keluar dari malaysia….semua org cakap mesti ok punya…..dakah kita tak nampak di depan mata sekarang….sapa yang makin tunjuk taring bila pemimpin mereka banyak di 5 buah negeri…..sedar lah semua org kita tak kira parti mana pun……cuba kita fikir secara matang sebelum terjadi apa2…….tq

  2. Apahal dengan ramai sangat POLITICAL REJECTS dalam cabinet?

    kan mereka sudah telah ditendang rakyat? Bawa masuk buat apa…jadi cabinet baru ini memang Recycle.Kerana seperti plastic / suratkhabar..yg lama rejects good recycle balik untuk kegunaan ramai tapi kuality kurang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s