Arahan PM Najib dan tindakan Polis Di Raja Malaysia ZALIM !

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

1 Ogos 2009

Angkatan Muda Keadilan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan ganas pihak polis menyerang, mengganasi dan menangkap rakyat Malaysia yang melaksanakan hak mereka untuk berhimpun secara aman di Kuala Lumpur hari ini, menuntut pemansuhan akta zalim ISA.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia mengutuk tindakan ganas polis yang sama sekali tidak perlu. Ia adalah di luar batasan amalan demokrasi dan hak asasi rakyat Malaysia untuk menyerahkan memorandum ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Malah pihak polis tidak menghormati Baginda kerana temujanji untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada wakil Baginda telah ditetapkan pada hari ini.

Keganasan hari ini yang menindas dan menekan suara rakyat Malaysia ternyata mendedahkan omongan kosong ‘1 Malaysia’ yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia menggesa Dato’ Seri Najib Razak untuk membuktikan bahawa pentadbiran beliau bukan hanya berasaskan slogan-sloganan semata-mata dengan membuka ruang demokrasi dan bersuara kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sebagai langkah pertama, hampir 500 orang rakyat yang ditahan hari ini ketika melaksanakan hak mereka yang dijamin oleh Perlembagaan, mesti segera dibebaskan. Ketua Polis Negara dan pegawai-pegawai utama polis yang mengarahkan keganasan hari ini, mencabul hak perlembagaan rakyat dan bertindak biadap terhadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong; perlu digantung tugas dan siasatan bebas dilaksanakan terhadap mereka.

Najib perlu bersedia membuktikan bahawa beliau berhasrat untuk benar-benar menjadi Perdana Menteri kepada semua rakyat Malaysia dengan segera mengambil langkah-langkah perlu untuk menentukan kehendak sebenar rakyat mengenai ISA dengan mengadakan pungutan suara (referendum) bebas.

Tatacara pengendalian pihak polis terhadap rakyat yang berhimpun mesti dikaji semula bagi memastikan mereka mengawal keselamatan dan bukan bertindak liar mengganasi rakyat. Sudah sampai masanya tindakan pemerintah memperalatkan polis untuk kepentingan sempit mereka dihentikan dan polis seharusnya menjaga keselamatan rakyat dan bukan mengganasi mereka.

Sekiranya Najib enggan melaksanakan perubahan-perubahan ini, ternyata beliau mengemukakan gagasan ‘1 Malaysia’ hanya sekadar untuk mengabui mata rakyat dan memperdayakan Malaysia bahawa kerajaan hari ini sudah berubah.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Pengarang: Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Pengerusi KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Melaka Peguam, Yusof Rahmat & co, Ketua KeADILan Cabang Jasin, Melaka

10 thoughts on “Arahan PM Najib dan tindakan Polis Di Raja Malaysia ZALIM !”

  1. PM lari ke Kota Bharu. Penakut. Next round people must demo wherever Najib goes. At his house, office and di mana mana Najib berada sehingga ISA di mansuhkan.
    Polis masih belum dicabar kuasa rakyat dan masa nya akan tiba.
    Gempur terus gempur selagi ISA tidak di mansuhkan.

  2. This coming 31 August should be the best opportunity to demonstrate anti ISA. So many years we have seen government wasting money with aircraft flying making noise like a bloody fool, small kids paraded, civil servants out of the office not working, then why not we go for a change for the real feeling of MERDEKA DAY that is something we fight for.
    With speeches giving the real meaning of Merdeka and the demand for mansuhkan ISA and lets see where people would like to go.
    Apa macam orang muda.

  3. Encik Shamsul,

    The Rakyat was gathering peacefully without any provocation or out of control. The Rakyat ran helter-skelter only after the PDRM and FRU animals spray water canon and tear gas on the unarmed Rakyat.

    These animals were so cruel to Rakyats they can get their hands on – beat them up with baton, drag, pull, roughing people up and dragging Rakyat into their police truck. Look at how these animals mishandle Encik Hatta….his shirt was even torn.

    It was the PDRM and FRU who broke the peaceful assembly of the Rakyat. Without their animal behaviour, the Rakyat will continue to march leisurely to the Palace.

    These animals should be the ones hauled into huge trucks and sent to Kamunting for threatening the peace of the country. Won’t you agree?

  4. Sungguhpun Najis Taik yang suruh polis melakukan kekejaman terhadap mereka, apa yang boleh kita semua buat…………diam sajalah. Polis pun tak akan menahan ribu-ribu orang, mana nak letak mereka? Polis pun cerdik lar.

    Apa salahnya menghadap Agong dan menyerahkan memorandum? Macam ni pun najis pun takut. Tak apalah, kita tunggu lagi.

    Soalan sekarang ialah mengapa Agong kita diam sahaja? Bukan kah dia Agong? Memang ada protocal nak diikuti, tapi mengapa rakyat susah nak menghadap Agong?

    Tak apa lar, tak payah jawab. Saya pun tak nak jawapannya.

    Malaysia BOLEH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  5. sam, knapa kau takut kena tangkap…?
    vocal lah sikit dkt atas jalanraya….
    relakan lah sikit kena cotar atas badan….
    biarlah anak muda lihat kau kena gari….
    where is your badge of honour??

  6. Kuliah Pengajian Syeikh Fuad Kamaluddin
    Pengajian Kitab bersama Sheikh Muhamad Fuad Kamaluddin
    Hari ini di Surau Kemensah Heights
    Muslimin & Muslimat semua dijemput hadir,

    Tarikh : 4 Ogos 2009 (SELASA – MALAM INI)
    Masa : Lepas Solat Maghrib
    Tempat : Surau Kemensah Height, belakang Zoo Negara.

    http://pondokhabib.wordpress. com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s