Pengkhianatan Mohammad Radzhi Salleh !

Pihak Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menerima maklum bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB Mohammad Radzhi Salleh, ADUN daripada KEADILAN dan memegang portfolio Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia dalam kerajaan negeri Kedah telah mengumumkan pendiriannya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.

Bagi pihak Parti Keadilan Rakyat Kedah kita amat kesal dengan sikap yang tidak bertanggungjawab ini. Telah menjadi satu kebiasaan apabila ada pilihanraya kecil, akan ada isu-isu lompat parti. Kita menjangkakan ini adalah sebahagian daripada tindakan yang dirancang oleh Barisan Nasional untuk memanipulasi isu menjelang pilihanraya kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos nanti.

Prestasi lemah beliau dalam kerajaan negeri juga amat mengecewakan pimpinan parti, ini termasuklah tuntutan perbelanjaan beliau yang tidak munasabah, dan masalah perkahwinannya di Thailand yang kini sedang dalam proses di Mahkamah. Kami juga telah memberi amaran keras kepada beliau untuk membuat perubahan prestasi kerja beliau dan khidmatnya di kawasan, namum beliau tidak bersedia untuk melakukan perubahan yang membuatkan ia mengistiharkan keluar dari parti hari ini. Ekoran daripada itu juga Cabang Padang Serai telah digantung oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan diambil-alih pengurusan dan pentadbirannya oleh Majlis Pimpinan Negeri sehingga mesyuarat agung cabang yang akan diadakan nanti. Keputusan ini dibuat pada mesyuarat MPP 26 Julai 2009 yang lalu.

Sehubungan dengan itu kepimpinan KEADILAN Kedah berdiri teguh mendokong dan menyokong kepimpinan YAB Datuk Seri Ust. Azizan bin Abd. Razak sebagai Menteri Besar dan selanjutnya mencadangkan kepada YAB Menteri Besar untuk memohon pekenan KDYMM Tuanku Sultan Kedah mengugurkan jawatan beliau sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Pimpinan Parti Keadilan Kedah juga dengan ini mendesak YB Radzi juga untuk meletak jawatan sebagai ADUN Lunas.

YB HJ AHMAD BIN KASIM
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri
Parti Keadilan Rakyat Negeri Kedah

Pengarang: Shamsul Iskandar

Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Pengerusi KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Melaka Peguam, Yusof Rahmat & co, Ketua KeADILan Cabang Jasin, Melaka

12 thoughts on “Pengkhianatan Mohammad Radzhi Salleh !”

  1. Tengok muka si katak sekor ni, misai dia macam Jamaluddin Katak Behrang, rambut dia macam Osman Jailu. Memang sah…satu spesies.

  2. Kalau boleh bubar DUN Kedah secepat mungkin. Kalau tidak, percayalah ramai lagi akan berbuat sedemikian untuk kepentingan diri dan bukannya pengundi-pengundi!!!!

  3. setiap pemimpim, Pakatan Rakyat semestinya memiliki jati diri dan sahsiah yg baik, agar boleh diteladani..
    jgn kerana berbeza politik, ada sikap yg mengenepikan sifat2 yg terpuji..

  4. Amaran awal sudah di beri oleh pihak tertentu terhadap katak ini dari awal lagi kepada pucik pimpinan PR. Sama seperti di Perak.
    Kepada ADUN Lunas, letak jawatan segera. Rakyat undi PR bukan undi kamu. Ingat kamu siapa.

  5. Mamat dari Lunas tu elok kita campak dalam laut. Ada ke masuk akal dalam bulan Ramadhan pun dia nak jadi katak lompat.
    Kalau banyak masalah peribadi jangan lah nak jadi wakilo rakyat dan menyusahkan orang ramai. pei….la hang radzi……

  6. Rakyat Lunas mesti bangun menuntut supaya Mohd Radhi Salleh melepaskan kerusinya. Orang sebegini mesti diajar untuk beradab kepada rakyat dan sistem demokrasi. Ayuh !!!!

  7. bagus lah jika mohd razhi keluar PKR ini kerana PKR sebenarnya Parti Khianat Rakyat bukan parti yang boleh bela rakyat. contohnya baru-baru ini PKR sanggup membuat demostrasi jalanan sehingga menyusahkan rakyat di samping menjaja nama baik negara ini ke luar negara. Anwar Ibrahim memang pengkhianat bangsa terutama orang Melayu dengan sanggup melaga-lagakan orang Melayu demi kepentingan peribadi sedangkan dia tidak memikirkan tentang nasib rakyat.jangan lah cari publisiti murahan macam orang menjual di pasar malam.saya mencabar Anwar jika benar-benar dia ingin membantu bangsa negara ini cuba membuat satu pendekatan bagi membela rakyat.Anwar Pengkhianat Bangsa Melayu!!!!!!

  8. Seekor lagi Katak Pengkhianat dah berambus kerana nakkan duit “Haram” dari special draw. Tak tau berapa Juta TOTO Tan Offer.

    Harap Sayap Pemuda PKR khasnya dan Pakatan amnya mendesak si katak pendehaka ini letak jawatan segera.

    Mengapa ADUN ADUN PKR ini tidak seperti ADUN ADUN PAS. Tiada seorang pun ADUN PAS yang jadi katak dan lompat parti kerana nakkan duit “Haram” berjuta juta ringgit hasil special draw sumbangan TOTO TAN.

    I salute all PAS rep for that. Kepercayaan ramai NOn Malays bertambah terhadap PAS. IM a NON Malay and these is the feedback i get from many of may NON Malays friends.

    PKR should do something about these. Kalau tak ramai lagi akan jadi katak khasnya di Selangor. Perasaan Tak Pemuda PKR yang banyak special draw kebelakangan ini.

    HIDUP PKR, HIDUP PAKATAN, HIDUP DSAI DAN DATIN WAN AZIZAH DAN THE GREAT TOK GURU NIK AZIZ..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s