Ayuh Anak Muda : Pertahankan kemerdekaan, Tolak Politik Perkauman !

Setelah 52 tahun Merdeka adalah amat penting untuk generasi muda Malaysia kembali melihat dan memahami semangat kemerdekaan itu sendiri. Intipati kemerdekaan terkandung dengan jelas di dalam Pemasyhuran Kemerdekaan yang menekankan aspek keadilan dan kebebasan untuk rakyat negara tercinta.

Namun setelah 5 dasawarsa, terdapat rakyat yang tidak mampu menghayati erti kemerdekaan dan menganggap merdeka membolehkan mereka untuk hidup tanpa memikirkan mengenai masa depan negara dan kepentingan bersama. Golongan ini mengambil mudah kemerdekaan yang diperolehi dengan membayar harga yang mahal oleh generasi pengasas negara ini yang mengorbankan harta benda, kebebasan dan darah.

Lebih malang apabila pemerintah sendiri lupa dan khianat kepada teras kemerdekaan yakni menjamin keadilan dan kebebasan untuk rakyat berbilang keturunan dan agama. Pemerintah hari ini bertindak sewenang-wenangnya merebut kekayaan negara untuk kepentingan diri sendiri dan kroni. Pada masa yang sama sentimen perkauman dipai-apikan sehingga menimbulkan syak wasangka, salah faham dan permusuhan antara kaum.

Pemerintah BN hari ini melabelkan sesiapa yang cuba mempertahankan hak sah semua kaum dan memupuk perpaduan sebagai pengkhianat. Walhal mereka yang khianat dengan menjual tanah dan kepentingan strategik negara kepada orang asing. Mereka juga khianat dengan mengajak rakyat untuk bermusuhan. Mereka mahu Melayu menaruh prasangka dan membenci kaum lain. Pada masa yang sama mereka mahu orang Cina, India dan Bumiputra merasa terancam dan membenci orang Melayu. Lagak mereka ini tidak ubah seperti penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah (divide and rule).

Semua ini mereka lakukan dengan tujuan yang sama seperti penjajah, iaitu untuk mengekalkan hegemoni dan penguasaan mereka. Tatkala rakyat disibukkan dengan permusuhan dan kebencian, pemerintah akan bebas merompak kekayaan negara ini. Mereka mengalihkan perhatian rakyat untuk mengekalkan penguasaan mereka dan memudahkan mereka merompak di siang hari.

Kerana itu saya menyeru rakyat Malaysia, khususnya anak muda, untuk memainkan peranan utama mempertahankan kemerdekaan negara dengan menentang sikap perkauman. Pada masa yang sama kita perlu memberi perhatian khusus kepada korupsi dan berjuang menentang amalan rasuah dan pengelewengan. Kita mesti berani untuk mengatakan tidak kepada tindakan-tindakan korup pemerintah.

Anak muda mempunyai tanggungjawab besar untuk bergerak aktif memperjuangkan semangat kemerdekaan melalui parti politik, gerakan masyarakat dan pelbagai wadah lain termasuk menyampaikan mesej melalui seni budaya dan sebagainya. Peranan paling asas yang perlu dilaksanakan ialah dengan mendaftarkan diri sebagai pengundi dan keluar mengundi dalam setiap pilihanraya.

Sebagaimana anak-anak muda negara ini bersama dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, anak muda sekarang perlu memastikan suara, harapan dan buah fikiran mereka juga turut sama dalam membentuk halatuju dan masa depan negara ini. Ini tanggungjawab anak merdeka.

Kerana kita mahukan masa depan yang lebih baik, negara yang adil, bebas dan harmoni; kita perlu berusaha mendapatkannya. Sebagaimana para pejuang kemerdekaan menghadapi penjajah dengan berani, anak muda juga perlu menghadapi pemerintah hari ini dengan berani.

Bersama kita lakukannya !

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

9 thoughts on “Ayuh Anak Muda : Pertahankan kemerdekaan, Tolak Politik Perkauman !”

  1. DEAR SHAMSUL

    I fully understood yr write-up and you are doing the RIGHT thing. We need more bumiputeras like you in Malaysia to help lead us all towards a posperous and harmony society. Our country is the envy to a lot of other countries becos of the mild weather, abundance in natural resources, multi culturalismn, varieties of food and potential for growth.

    We really are fed-up with some kurang-ajar goondoos dragging a cow-head to protest against building of a temple and using abusive and uncouth words during Ramahdan month. What messages are tis kurang-ajar goonddos are trying to send. IT MAKES ME WANT TO VOMIT LA!! Its a disgrace to them. their family, their religion, their fellow men n country. DISGRACE to MANKIND n its CREATOR. May ALLAH hv MERCY ON THEM. Amin.

  2. After 53 years independent, our multi-racial society is more divided than British colonial period. This is a fact not fallacy. The nation direction was driven by ethnic based political party under BN rule for such a long time. Socio-economic development policies implemented throughout these years resulted in wide division among ethnics, not a cohesive multi-racial Malaysian society. The society today is more divided than British colonial period, this is a fact. The BN’s power elites depend on this society division to remain in rule. Umno as a dominant BN power continue to incite racial sentiments through controlled mainstream media and abusing government branches. Power corrupted absolutely. The cruelty againts political opponents are unbelievable in any modern democratic nation.
    The unprecedented 308 election results give new hopes for our Malaysians. Political tsunami awaken many peoples never experience such change in our history that BN government befall possible. BN is no longer invincible. Peoples power can make change happen. Malaysians must stand united.
    Looking forward, young generations should be lead in the context of New Malaysia with new ideas, not the narrow ethnis based formed by Umno BN.

    To saudara Shamsul, we placed our hopes to new generation of multi-racial based party PKR to lead our country towards a better future. I have trust on yours idealism as youth leader.

  3. Generasi muda kini lebih faham apa itu keharmonian semua bangsa tidak seperti DPM Muhyidin yang asyik main politik perkauman. Saya tidak akan menerima dia sebagai PM masa depan kerana terlalu rasist . manusia pun dia ,hantu pun dia. Bahaya orang seperti ini jadi PM. BN kena buat apa yang betul ini saja. lihat jepun punya pembangkang sudah menang kerajaan LDP.

  4. selagi BN/UMNO masih berkuasa di tanah air yg tercinta ini,Merdeka tidak membawa apa2 makna yg tertentu kpd seluruh rakyat Malaysia,mari kita hancurkan mereka pd GE yg ke 13..

  5. Many of us, my Malay, Indian and Chinese friends feel the same way. We are all upset that we are so divided these days. In fact, we miss the good old days when there was English Schools and all the different races played and grew up together. We visited each other often. We went out visiting friends of other races together during festive seasons. There were tons of things we did together but today it is a different story. We need someone who can really gather us all races together to form a non-political organisation to bring about muhibbah again. The problem is, who can gather the masses to do this together and how to gather the people together. May God help us all Malaysians.

  6. “…Tatkala rakyat disibukkan dengan permusuhan dan kebencian, pemerintah akan bebas merompak kekayaan negara ini. Mereka mengalihkan perhatian rakyat untuk mengekalkan penguasaan mereka dan memudahkan mereka merompak di siang hari….”

    Rompak sampai cukup dana untuk bersara di bangalow mewah di kota London bila rusuhan menjadi tak terkawal. Ini yang berlaku di Afrika dan jangan biarkan ia berlaku di bumi bertuah ini.

  7. ..Yang MERDEKA sebenarnya adalah rakyat marhaen bukan pemimpin BN. Contoh yang senang;
    Lihat sidang di Parlimen, sepatutnya;
    1. Parlimen tempat memutuskan sesuatu yg penting utk rakyat tidak kira dari kerajaan atau pembangkang. Realiti, BN tak akan terima cadangan pembangkang.
    2. Pemimpin2 BN rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa sebenarnya Bukan Patriotik tetapi penjahanam negara dan rakyat.
    3. Kalau duit utk rakyat subsidi tapi untuk pemimpin BN insentif.
    4. Pemimpin BN tak hormati undang2 tubuh negeri Perak/Kedah. Adakah ini patriotik kepada Raja dan Negara?
    5. Pemimpin BN tak hormati demokrasi, adakah ini menunjukan mereka Merdeka? Jasad merdeka tapi ideologi sama penjajah.
    6. Pemimpin BN mencampur adukan 3 bidangkuasa yang berasingan. Inikah merdeka namanya?
    7. Pemimpin UBN jadikan harta rakyat dan negara sebagai harta parti UMNO. Merdekakah ini?
    8. Hakim, Polis dan jentera kerajaan dijadikan pelindung kepada par ti UMNO dan BN umumnya, merdekakah ini?
    9. Pemimpin2 UBN terlepas dari siasatan dan dakwaan sedangkan bukti dan laporan telah dibuat? Merdekakah ini?
    10. BN jadikan polis bertungkus lumus menjaga hal ehwal politik sedang indeks jenayah tak menunjuk berkurangan. Merdekakah rakyat dari jenayah?
    11…banyak lagi untuk disenaraikan..Kesimpulannya, rakyat terlebih dahulu menghayati erti kemerdekaan dari kalangan pemimpinnya….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s