Profil calon Pas : Saudara Zulkefly Mohamad, suci lagi menyucikan !

Saya baru tiba dari Bagan Pinang, Teluk Kemang. Malam tadi calon Pas (Pakatan Rakyat) telah diumumkan. Ramai pimpinan utama KEADILAN yang hadir termasuk pimpinan AMK Pusat. Program dibuat di Bilik Gerakan Utama DAP. Ini baru namanya 1 Pakatan !

Saya begitu teruja apabila sahabat karib saya, saudara Zulkefly Mohamad diumumkan oleh YB Tuan Guru Presiden Pas sebagai calon untuk rakyat di kawasan Bagan Pinang. Pada hemat saya pengundi di Bagan Pinang begitu bertuah kerana sepanjang pengetahuan saya, saudara Zul merupakan seorang yang kuat bekerja. Lihat sahaja program-program penerangan yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan Pas Negeri Sembilan yang dipimpin oleh beliau. Sikap kuat bekerja ini yang diharapkan dapat membantu rakyat di Bagan Pinang yang telah lama diabaikan oleh wakil rakyat BN yang lalu.

Saya yakin, calon pilihan Pas (Pakatan Rakyat) untuk pengundi Bagan Pinang jauh lebih baik dari ‘surat khabar lama’ Isa Samad !

Profil Zulkefly Mohamad Bin Hj Omar (http://zulkeflyomar.blogspot.com)

NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR

PROFESION: AHLI PERNIAGAAN

UMUR: 45 TAHUN

TARIKH LAHIR: 14/5/1964

KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM)

NAMA ISTERI: SAEIAH BINTI TARMIZI

ANAK:6 ORANG

AHMAD FAKHRURAZI 20 TAHUN

FARAH WAHIDAH 18 TAHUN

MOHAMAD FADLI 14 TAHUN

MOHAMAD FADHIL 11 TAHUN

FADHLIN SAKINAH 8 TAHUN

MOHAMAD FAWWAS 4 TAHUN

JAWATAN DALAM PAS:

PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN- 2 PENGGAL (2007 – HINGGA SEKARANG)

TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN – 1 PENGGAL – (2005 – 2007)

SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2005)

EXCO PEMUDA PAS PUSAT (2001 – 2005)

PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004 – 2005)

TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001 – 2004)

KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999 – 2001)

BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997 – 1999)

LAIN-LAIN JAWATAN:

1.PENGERUSI ‘NO INCINERATOR’ BROGA

2.TIMBALAN PENGERUSI TERAS KEUPAYAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN

PENGALAMAN KERJA:

1.PENGARAH URUSAN, L & R ENTERPRISE SDN BHD.

2.PENGURUS KANAN, IS TECHNOLOGIES TELECOMMUNICATION SDN BHD.

3.PERANCANG PEMASARAN, TELEKOM MALAYSIA BERHAD.

4.EKSKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT, PUSAT ZAKAT SELANGOR.

5.PEGAWAI PERHUBUNGAN, KOPERASI CELCOM BERHAD.

6.PEGAWAI PERHUBUNGAN, BIRO ANGKASA.

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

2 thoughts on “Profil calon Pas : Saudara Zulkefly Mohamad, suci lagi menyucikan !”

  1. Alhamdulilah..Profil yang saya baca mengenai Sdr.Zulkefli Mohamad menujukkan Kerajaan Barisan Nasional yang di tunjangi Umno selama ini telah berjaya melahirkan ramai melayu yang berjaya dalam berbagai bidang termasuk calun pakatan pembangkang yang di bayangi DAP..HIDUP UMNO DAN BARISAN NASIONAL>

  2. Bagus…tinggi kelulusan,moga2 dapat bantu orang B.pinang,tapi tetapi kena rendah hati denga Allah, dan kpd manusia yang rendah kelulusannya..Apa yang dikerjakan jangan minta dipuji,jauh sekali ‘heran kpd kehebatan diri sendiri’ sekiranya berhutang..tunaikan biarpun seulas nasi..kerana kita jemaah yang ingin membentuk manusia bertakwa kpd Allah.Jauhkan sfat ujub dan riak kerana ia boleh memakan amalan kita…wazkur…rabbaka..fi..nafsika..

Tinggalkan Jawapan kepada Razak Batal balasan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: