Ketua AMK ke Hong Kong lapor rasuah Musa Aman

Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd. Akin, sedang dalam perjalanan ke Hong Kong untuk membuat satu laporan kepada Independent Commission Against Corruption (ICAC) Hong Kong mengenai korupsi yang melibatkan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

Laporan ini adalah untuk menggesa ICAC memperluaskan siasatan terhadap Michael Chia Tien Foh yang ditahan di Hong Kong dalam kes pengubahan wang haram. Michael Chia adalah nomini kepada Musa Aman.

Laporan akan dibuat di pejabat ICAC Hong Kong pada 2 Oktober 2009.
Satu kenyataan media dan salinan laporan tersebut akan dapat diperolehi selepas laporan tersebut dibuat.

Pejabat Ketua AMK

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

5 thoughts on “Ketua AMK ke Hong Kong lapor rasuah Musa Aman”

  1. pantun untuk orang melayu bagan pinang

    Balik pulau bayan lepas,
    Di tengah tengah bukit Tambun
    asyik dok politik,sana terpulau sini terlepas,
    ingat ! tak kena gaya berpolitik,cucu cicit tak akan ampun.

    gah sangat ka,umno dan pas berpolitik menang sorak kampung tergadai,…rempit jalanan melayu,di serenti penuh dengan melayu,bohsia melayu,bohjan melayu,pinjam kat mara dengan tekun pun melayu,pinjam pandai bayar tak gheti.
    kita pemimpin melayu jangan cakap berdentum dentum ,tengok tengoklah bangsamu yang kian layu,segarkan dengan kekayaan ekonomi,segarkan dengan kekayaan ilmu,baru laa kita tahu melayu tak kan layu.saya dah naik cemuih pasai politik,baru jadi yang berhormat macam ayam bertelur riuh sekampung.

    1. Pak Syed.
      Syabas saya mahu perkatakan kerana Pak Syed begitu jelas yang melayu mundur sejak 52 tahun diperintah oleh parti Pak Syed, Umno. Pak Syed menyalahkan, sehingga timbul perasaan cemuih pada orang2 yang baru jadi YB, tapi tidak berbuat apa2 apabila bangsa kita dijahanamkan oleh YB2 Umno yang dah lama jadi YB, dan tidak apa kalau melayu mundur pun. Rakyat bangkit untuk mengubah senario ini. Hanya Pak Syed yang masih tidur lena, terkenang masa2 dulu, bilamana rakyat marhaen bangun menentang British. Ramai pejuang2 yang sayang pada islam pada ketika itu hilang macam ustaz2 kat Tak Bai. Bila rakyat bangun, berkokoklah orang macam Pak Syed, seolah-olah mereka maksom dan celik sahsiah. Sayang melayu, konon. Elok lah Pak Syed tolak parti Umno Pak Syed tu, dan cubalah beristiqamah dengan perjuangan rakyat yang menolak Umno. Allahualam.

  2. Hal ini perlu disiasat lagi secara mendalam agar keadilan tidak diputarbelitkan oleh pihak2 berkuasa!

    Selamat Maju Jaya!

  3. Semoga Sabahan tidak terpedaya dengan ceita yang belum ada bukti yang kukuh ini. Marilah bersama2 menyokong Datuk Musa Aman dalam membanggunkan dan memajukan Sabah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: