Dakwaan Anwar ada RM3 bilion tiada asas

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story5212213.asp

SHAH ALAM – Dakwaan mengatakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki sumber kewangan sebanyak RM3 bilion disifatkan sebagai tidak berasas.
sam sinar harian
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, sehingga ke hari ini tiada sebarang tindakan selanjutnya diambil ke atas Anwar oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, beliau mahu bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid tampil untuk menjelaskan dakwaan tersebut.

“SPRM sendiri pun tidak ambil tindakan ke atas Anwar. Ini bermakna Anwar tiada kes. Jadi mengapa Abdul Murad mendedahkan dalam akuan berkanunnya bahawa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion,” katanya, semalam.

Mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed yang mahukan Anwar perjelaskan dakwaan itu, Shamsul Iskandar berkata, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak perlu berbuat demikian.

“Yang buat dakwaan adalah Abdul Murad, bukan Anwar. Ini bermakna, Mohd Zin perlu dapatkan penjelasan daripada Abdul Murad betul atau tidak dakwaan itu,” katanya.

Shamsul Iskandar berkata, permintaan Mohd Zin yang mahukan Anwar tampil seolah-olah mempunyai makna yang tersirat.

“Saya dapat rasakan bahawa mereka sengaja memainkan isu ini bagi menutup skandal besar calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang pernah terlibat dalam politik wang. Mereka beranggapan bila isu ini dimainkan media, rakyat akan lupa skandal politik wang calon BN itu sendiri,” katanya.

Pejabat Ketua AMK

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

4 thoughts on “Dakwaan Anwar ada RM3 bilion tiada asas”

  1. Even if Anwar has 3billion, so what….???
    Yes..!!!! Go ahead & check him…

    Toyol Palace still “nothing” being done…. Report made long………… time ago. Only have teh tarik..!!!

    There are many buggers who have that amount & much more. Perhaps they “all” need to be check into..!!!

    KJ included…

  2. Fairdinkum ,
    this is a ploy by umno to paint DSAI bad and what about Md.Isa. Everytime theres an election some frogs are leaping into forbidden territories. Do you think its not money politics ???

  3. Bacaan Ratib Al-Attas & Asmaul Husna dipimpin oleh Habib Hussein Al-Attas, imam masjid Wadi Hana, Johor Baru. Masjid Al-Mukarammah, Bandar Sri Damansara, Jumaat 9hb. Oktober 2009 selepas solat Maghrib Muslimin & muslimat dijemput hadir terutama yang mempunyai hajat khas.Sama-samalah kita berdoa dan menjayakan majlis.

    http://pondokhabib.wordpress. com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: