PKR syak ada penipuan belanjawan Melaka

www.sinarharian.com.my

CHENG – Keraguan mengenai belanjawan Kerajaan Negeri yang dibentangkan dalam dewan baru-baru ini menjadi antara isu utama yang akan dibangkitkan dalam Konvensyen Keadilan Negeri: ‘Menggilap Harapan Rakyat’, 22 November ini.

Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pengumuman Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bahawa Kerajaan Negeri sekali lagi mencatat belanjawan lebihan atau surplus amat diragui dan bagai ada sesuatu yang tidak kena.

“Adalah sangat tidak wajar apabila Ketua Menteri menyatakan bahawa Kera-jaan Negeri mempunyai lebihan di dalam belanjawan kali ini kerana ekonomi yang lembab, semua negara mengalami defisit.

“Ini termasuk Malaysia mengalami defisit 13 tahun berturut-turut, mana mungkin Kerajaan Negeri boleh membentangkan belanjawan berlebihan atau surplus.

“Ini satu perkara yang tak masuk akal dan saya meragui dengan mengesyaki ada penipuan dalam belanjawan ini,” katanya dalam sidang media kepada pemberita, semalam.

Sehubungan itu, Mohd Shamsul mencabar Ketua Menteri mengemukakan belanjawan tersebut untuk diaudit oleh badan audit bebas seperti Price Water House dan beberapa badan antarabangsa atau peringkat negeri untuk menilai adakah benar yang dibentangkan kepada rakyat itu.

Sementara itu, dalam konvensyen yang akan diadakan di Formosa Garden, Limbongan itu juga sebagai memberi isyarat awal kepada rakyat Melaka dan kepimpinan, cabang termasuk ranting PKR sebagai persiapan awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 dalam misi menjadikan Melaka sebagai negeri Pakatan Rakyat (PR).

“Ia juga bakal memberi ruang kepada peserta mengetahui dengan lebih dekat mengenai kejayaan dan perkara yang baik untuk rakyat, serta yang telah dilakukan oleh pemimpin di negeri-negeri yang diperintah oleh PR.

“Juga termasuk penjela-san tentang mengumumkan dan penganugerahan 4 Bintang oleh Lembaga Audit Negara kepada kerajaan Selangor dan Pulau Pinang dalam menguruskan wang rakyat,” katanya.

Katanya, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah menyatakan persetujuan untuk membentangkan kertas kerja yang bertajuk Setahun Pakatan Rakyat, Manfaat Rakyat.

Pembentangan ini katanya diharap akan mengembalikan semula semangat pemimpin dan rakyat yang sedia maklum bahawa PR dihentam dan diserang media setiap hari.

Menurutnya, ia juga sebagai perkongsian bagaimana kerajaan PR di Selangor memberi banyak manfaat kepada rakyat seperti kemudahan air percuma, dasar ‘open tender’ yang menyelamatkan berjuta-juta wang rakyat.

Pejabat Pengerusi MPN Melaka

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

One thought on “PKR syak ada penipuan belanjawan Melaka”

  1. Work hard for change in my home state Melaka. I hope PKR under Saudara Shamsul leadership will inspire anak Malaka toward change. We have to expose corruption under Ali Rustam leadership to Melaka people as in Selangor state. So far, hardly we see any corruption exposed though we realised this is rampant in Melaka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: