Penyerahan Rakaman CD Pengakuan Penyiasat Persendirian Bala diserahkan kepada SPRM, Putrajaya esok 2/12/2009

Assalammualaikum dan Salam Perjuangan,

Susulan pendedahan berani Penyiasat Persendirian Bala tentang usaha sogokan oleh beberapa individu yang berkait rapat dengan pimpinan negara untuk menarik balik Akuan Bersumpah yang telah diikrarkan beliau mengenai hubungan Altantuya dengan PM Najib, Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat akan menyerahkan rakaman CD Bala kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok, Rabu, 2 Disember 2009, jam 2.30petang bertempat di Ibupejabat SPRM Putrajaya.

Program tersebut akan dipimpin oleh Saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua AMK Malaysia bersesama dengan YB Anthony Loke, Ketua DAPSY dan Saudara Sabki Yusof, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Di samping itu, satu laporan rasmi terhadap individu yang bernama Nazim Razak dan Deepak juga akan dibuat untuk mendesak SPRM melakukan siasatan segera. Justeru, AMK dan Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat menjemput semua ahli, penyokong dan rakyat Malaysia untuk turut bersama-sama ke ibupejabat SPRM esok.

Dijemput wakil-wakil media untuk turut hadir membuat liputan. Sila hubungi saudara Hasmuzair di talian 0148422155 atau Azizi di talian 0192818377 untuk sebarang pertanyaan.

Terima-kasih.

Sekretariat Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat.

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

One thought on “Penyerahan Rakaman CD Pengakuan Penyiasat Persendirian Bala diserahkan kepada SPRM, Putrajaya esok 2/12/2009”

  1. Terima kasih dan syabas atas usaha saudara.

    Satu lagi, pakcik sebagai ahli PKR rasa baik kalau blog ini dimulakan dengan ucapan “Selamat/salam sejahtera” memandangkan parti kita dan rakyat jelata terdiri daripada pelbagai kaum yang menganuti agama-agama yang berbeza. Maka ucapan begini lagi selaras dengan visi parti bagi Malaysia yang majmuk.

    Sekian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: